husin's FotoPages - - Fotopages.com
JaLAn-JaLAn CaRi DuRIaN..........
Durian berisi tebal, besar, aroma yang harum dan sungguh manis..itu yang dapat digambarkan keenakkan durian tembaga Gunung Ledang...bersesuaian dengan tempat puteri Gunung Ledang, isi durian pun berwarna emas kekuningan..lambang diraja barangkali...
Sungguh puassssssssssssssss :-D  :-D  :-D  :-D  :-D
KeMbALi ke PaNGkAL JaLAn....
Memang betah pada awalnya namun dipenghujungkan cepat menguasai suasana...aku dapat merasakan ketenangan dijiwa..hanya bertemankan irama rimba...tenyata ia lebih mengasyikkan... mungkin bagi yang tidak biasa merasakan hanya membuang masa sahaja...tapi bagi sang pencinta ianya adalah anugerah tuhan yang tiada taranya...itulah duniaku kini..ingin aku mengajak kawan-kawan aku merasai suasana begini...mungkin suatu masa nanti tercapai impian aku nanti...
HaPPy BirthDay UsTaZAh & KaK FiZa...
rancangan tu ada sebenarnya tapi malangnya pada tarikh tersebut aku kena bertugas 24 jam sebagai Pegawai Bertugas Kem..bukan 1 hari tau tapi 3 hari berturut-turut dari hari Jumaat dan tamat pada pagi Isnin..
Pada hari itu juga (sebelah malam) kak Fiza dan keluarga telah mengadakan majlis tahlil untuk arwah. Aku sedih juga tak dapat menghadirkan diri...aku harap ada kesempatan waktu dilain kali.
Hari Ahad pula (semalam) Kak Zaimun/En Berahim buat tahlil untuk arwah En Lan kat rumah mereka di Putrajaya...itupun aku tak boleh menghadirkan diri kerana bertugas..ralat sungguh rasanya..tapi aku bangga dengan keperihatinan bekas warga DC dalam urusan kebajikan ni..tetap sama macam kat DC dulu..cuma aku yang masih belum berpeluang nak jemput kawan-kawan kat rumah..almaklumlah terlampau sibuk..tapi insyaAllah kalau  ada jemputan aku akan cuba penuhi...
Dalam pada tu hari Jumaat lalu Kak Saimun/Mej Aziz sekeluarga telah sudi datang ke rumah aku..tapi aku tak ada kat rumah kerana bertugas...Tapi nasib baik Yati ada di rumah...dalam pada itu Adie/Shila pun rajin talipon kat rumah..dapatlah tahu serba sedikit perkembangan di DC...Kak Fazilah pun selalu juga talipon..terimakasih semua...
Selain tu sekarang ni aku tengah berbincang dengan beberapa orang anggota alumni DC yang berminat untuk berkampung di PD...rasanya dah lama sangat tak buat BBQ..tengah cari tarikh yang sesuai...kalau kat DC hari minggu aje boleh BBQ..tapi kat sini hari minggu pun adakalanya ada kalangan rakan-rakan kita yang bekerja..
Hampir terlupa pula.... pada 9/7/2008 ini adalah birthday Kak Fiza...walaupun Kak Fiza tengah bersedih tapi kawan-kawannya akan sentiasa mendoakan kebahagiaan beliau ..semoga kehidupan keluarganya akan sentiasa dalam kegembiraan..dihilangkan kedukaan..sesungguhnya ramai kawan-kawan sentiasa akan ada disisinya...bersedia membantu apa saja...
Bagi kawan-kawan DC yang nak balik ke Malaysia..Selamat Kembali diucapkan terutama pada En Asri & Zura sekeluarga..bertambah seorang lagi Alumni DC...lepas ni siapa lagi ye?....ah! tak kisahlah...siapa yang nak balik ke tanahair taliponlah kami semua..kalau ada masa bolehlah kita jumpa...
Salam Untuk Semua...
MaJLiS TaHLiL UnTuK ArWAh En LaN....
Antara Alumni DC yang hadir adalah keluarga Ustaz Zaki, Hashimi/Hada, Rusti/Baidura, Huda/Rusdi, Rozita, Puan Rose Izlan, Yazid/Kak Siti. Majlis ini juga turut dihadiri oleh Ustaz Wan (Chicago) dan keluarga. Selepas tahlil hadirin dijamu hidangan yang dilaksanakan secara pot luck...Menu utama dalah bihun goreng yang dimasak oleh Yati...
Sebenarnya bagi aku sendiri dan mungkin orang lain juga merasakan satu kehilangan yang amat berharga dengan kembalinya arwah ke rahmatullah. Arwah adalah seorang yang amat aktif dalam usaha-usaha kebajikan dan sering menjadi contoh terbaik kepada kami semua. Sememangnya arwah seorang yang pemurah dan mudah untuk menyumbangkan khidmat jika diperlukan. Pemergiannya amat dirasai dan semoga Allah akan mencucuri rahmat keatasnya. Amin.
Belasungkawa Allahyarham Rosllan Ismail - 20.1.1957 - 29.6.2008
Ya Allah apakah ini hanya dugaan pada kami...sesungguhnya kami insan ciptaanMu yang lemah...KAU ambil saudara kami dari pangkuan kami....disaat kami belum puas bersama beliau...terasa amat sayu dan sedih..namun kami percaya hanya KAU yang maha mengetahui akan segalanya..kami semua merelakan dan sesungguhnya suatu masa nanti nasib kami juga akan menyusul seperti saudara kami ini...
Rela dan pasrah..berbaur-baur..begitulah yang terjadi pada kami semua..bagai mimpi dan sukar dipercayai kami akan kehilangan saudara kami ini...namun hakikatnya kasih sayang Allah Taala pada saudara kami ini mengatasi segala-galanya..kami redha akan apa yang berlaku...
Rentetan kejadian sedih ini umpama sebuah kisah yang panjang...bagai sebuah lakonan...namun ia benar-benar terjadi...Pagi Ahad yang akan dikenang selamanya...Aku pergi ke Sg Buluh untuk membuat persiapan menyambut students baru...sedikit pun aku tidak menyangka ia adalah hari yang akan memusnahkan kegembiraan yang sepatutnya aku kecapi hari ini... Lebih kurang pukul 10 pagi..HP aku berbunyi... tertera nama isteri aku keluar di skrin HP...aku ingat panggilan biasa aje...tapi rupanya ada getaran suara isteri aku " En Lan dah tak ada..En Lan dah meninggal"...bagai dihempap batu aku rasakan..terasa berpinar mata..Seakan tidak percaya...namun kugagahi untuk percaya...aku talipon Ustaz..Ustazah angkat..memang confirm..Ya Allah kenapa begini jadinya...
Aku dapat merasai getaran suara Ustaz/Ustazah...sahabat karib mereka telah kembali ke Rahmatullah...aku pula lantas menghubungi kawan-kawan rapat...Adie, Kak Saimun, Jay dan ramai lagi...dalam masa yang sama HP aku tak henti-henti berdering..panggilan kawan-kawan rapat yang bertanyakan berita ini...rupanya pemergian arwah ini merapatkan kembali silaturrahim warga DC..ketentuan Tuhan, pada akhirnya ramai kawan2 DC dapat berkumpul..Lt Kol Anwar yang dalam operasi di Sabah selama ini ..rupa2nya berada di KL pula...Kuasa Tuhan beliau dapat cuti kebajikan untuk melawat anak-anaknya yang sakit di hospital...sempat juga dia menatap wajah En Lan buat yang terakhir kali...Lepas tu berita ini merebak...begitu pantas...Razman, En Md Noor, Rozita, Encik Ismail Laila, Rusti dan lain-lain lagi...kuasa Tuhan yang menemukan semua kawan-kawan..kesibukkan masing-masing dilupakan...nasib saudara didahulukan...berduyun-duyun rakan DC berkumpul..Dr Kuzi, kak Rod, Hashimi Hada, En Rone & kak Nab, Zainal PS, Yuslaini Virginia Tech..Begitu juga dengan kakitangan Kementerian. Ramainya, alhamdulillah..semuanya ingin memberikan penghormatan pada En Lan...begitulah jika kita sentiasa berbuat baik pada semua orang...
Dalam suasana yang mengharukan..suasana duka yang turut dirasai oleh semua kawan-kawan..kami semua berjanji untuk membantu sedaya upaya Kak Fiza sekeluarga..disaat begini sokongan kawan-kawan amat diperlukan..Aku langsung melepaskan tanggungjawab aku yang sepatutnya aku lakukan di Sungai Buluh..apa yang terpahat dihati aku hanyalah untuk pergi kerumah Kak Fiza..yang lain boleh dilupakan dahulu...sampai di rumah..satu lagi panggilan talipon diterima dari Abang Rashid/Kak Melati, Ohio....kuasa Tuhan sebenarnya..sebenarnya dia talipon aku pun hanya sekadar untuk bertanya khabar..tapi bila aku beritahu tentang kematian En Lan...dia memang terkejut..mengucap panjang beliau..itulah Tuhan permudahkan semua kawan-kawan untuk menerima perkhabaran ini...
Pukul 12 tengahari keluarga aku dan keluarga Kak Laili pun menuju ke rumah Kak Fiza...sampai disana terjumpa pula keluarga Kak Saimun, keluarga Razman..Ustaz Zaki dan ramai lagi...langsung kami menghampiri Kak Fiza dan anak-anak..salam takziah dihulurkan..sebak didada usah ditanya..Yang wanita menangis teresak-esak..yang lelaki menahan sebak didada...Kak Fiza kelihatan letih..merah mata kerana terlampau menangis..Haziq pula kelihatan amat tabah..setabah ayah beliau..Fiy pula kelihatan mundar mandir..seolah-olah kurang mempercayai kematian ayahnya..Alia yang kecil..tidak mengerti..seronok bermain..mungkin disangka ayahnya tidur..tidak dapat aku  bayangkan bila semua yang datang kembali ke rumah...andai aku punya kuasa sakti..ingin aku hindari semua episod sedih keluarga ini...Aku, Mej Aziz, En Dollah terus kedalam..menghadiahkan bacaan Yasin pada arwah..sempat kami membuka kain penutup muka..menatap seketika wajah saudara kami ini..sedih tak terkira..masih aku ingat dua hari lepas En Lan menalipon aku ketika di Sg Buluh..aku memaklumkan pada beliau untuk menjemput ke rumah sedikit masa lagi...ternyata perkhabaran ini memusnahkan impian untuk beliau datang ke rumah..Aku sememangnya merancang untuk menjemput semua warga DC untuk datang ke rumah..menjamu selera seperti di DC..terkilan benar tidak dapat bertemu arwah di majlis yang akan aku buat nanti...
Menurut maklumat yang diterima..Arwah sebenarnya jatuh didalam bilik air..agak kritikal..Langsung Kak Fiza memanggil paramedik datang ke rumah..Allah amat menyangi arwah..arwah disahkan meninggal...Sudah ditakdirkan Tuhan rupanya kerana arwah sempat bersama ayahnya yang kebetulan dijemput En Lan beberapa hari lalu..katanya 'En Lan berhasrat untuk menjaga ayahnya'..selama ini En Lan tinggal bersama ayah dan mak Kak Fiza...ditakdirkan Tuhan apabila kejadian ini berlaku ayah kak Fiza balik ke Singapura...Hanyalah ayah En Lan bersama arwah...kuasa Tuhan sebenarnya kisah ini berlaku...Kak Fiza pula selepas menerima pengesahan arwah dah meninggal terus menghubungi Ustaz Zaki...malangnya Ustaz Zaki berada di masjid bersama Ustazah untuk kursus haji..tak dapat datang awal..tapi alhamdulillah Ustaz zaki dapat call kak Zaimun...Kak Zaimun atas dasar keperihatinan terus datang bersama En Ibrahim..merekalah yang banyak membantu sedaya upaya sementara saudara mara berkumpul...Dalam masa yang sama warga DC semakin ramai memenuhi rumah Kak Fiza melebihi orang tempatan..kelihatan Puan Raziah dan keluarga..Dato' Gen Abu Hashim..En.Yazid, Hadi Telekom, Lt Kol Anwar, En Rusti/Baidura, Mardiana/Tiger, Hj Rusdi/Huda, Rozita/En Din, En Ismail Laila, kak Nor WB & keluarga, Hashimi/Hada...tak lupa Dr Kuzi/Mokhtar yang sanggup datang dari Sg Petani..kemudian singgah di Ipoh mengambil Zainal PS....Nak jadi cerita pula Zainal PS pula akan balik ke Sabah malam ini..namun atas dasar persaudaraan..sanggup beliau bersusah payah datang untuk menatap wajah arwah buat kali yang terakhir..itulah kuatnya ikatan persaudaraan warga DC sebenarnya...
Hasrat untuk mengebumikan arwah selepas asar tidak berkesampaian bila disahkan mayat arwah terpaksa mematuhi prosedur yang ditetapkan untuk pengesahan di Hospital..akhirnya ia selesai bila tiba  waktu maghrib..Lepas maghrib diadakan bacaan Yassin sementara upacara mandi mayat dilakukan. Selepas Isyak...sembahyang jenazah dijalankan dan dibawa ke perkuburan..kuasa Tuhan juga seharian hari ini awan mendung..hujan tidak berhenti hinggalah bila mayat di bawa ke perkuburan barulah hujan berhenti..didalam kegelapan malam mayat arwah dikebumikan..moga Allah mencucuri rahmat pada arwah...
Sukar aku membayangkan kebaikkan arwah..hanya orang yang mengerti dan mengenali beliau yang dapat mengesahkan kebaikan budi pekerti arwah..Arwah yang ku kenal..sememangnya kami anggap saudara kami selama-lamanya...beliau tidak sombong dan sentiasa mengambil berat pada kami semua...masih aku teringat sebulan sebelum ini...En Lan sanggup datang ke rumah pada waktu malam semata-mata untuk menghantar kad jemputan perkahwinan adik Kak Fiza...katanya untuk kawan-kawan, beliau akan menghantar dengan tangan sendiri...begitulah berbudinya En Lan..dalam keletihan baru tiba dari kampung (sebab kematian ibu beliau), sanggup pula meredah kegelapan untuk menyampaikan kad jemputan..yang sebenarnya boleh dilakukan dengan hanya menalipon saja...fikirkan..bagaimana aku mampu mendapat kawan yang sebaik ini...
SeKaDAr HiBUrAn....
KISAH SEPASANG KEKASIH
Sepasang kekasih sedang asyik memadu asmara di tepi sebuah tasik, sambil berbual-bual mesra...
Makwe: bang, andaikata saya menjadi bintang...
Pakwe: abang kan jadi Ultramannya
Makwe:kenapa pulak, sepatutnya abg jadi bulan purnamalah
Pakwe:Salah tu, kan ultraman ada bintang kepunyaannya
Makwe: gitu... kalau saya jadi bunga
Pakwe: Abang jadi tukang kebunnya
Makwe: Kenapa bukan kumbang
Pakwe: Sebab kumbang keje dia hanya menghisap madu..sedangkan tukang kebun kerjanya menyiram dan membaja bunga tu setiap hari
Makwe: Wah! hebatnya abg nie.... begitu pandai berkata-kata
Setelah puas berbicara dan bergurau senda, bangunlah pasangan kekasih tersebut untuk bersiar-siar... tiba2 si makwe tersepak sebatang tunggul kayu, dan jatuh tersembam ke tanah.....bedebik!!!!!! macam nangka busuk daa!!!!
Makwe: Aduh!!!! sakiknya be, (awek tu rupanya minah kelate)
Pakwe: Cilako! punyo tunggul kayu... .buto ko!!!!!, tak nampak ko oghang nak lalu(rupa2nya si pakwe tu orang N9)... sayang takde apa2 ke?
Makwe: Takde sikit je bang... cuma luka sikit jer dahi nie
Pakwe:Nasib baik tunggul kayu, kalau orang tadi memang nahas abg kejekan.
Memang telah ditakdirkan jodoh mereka berdua... selang beberapa bulan
selepas itu pasangan kekasih ini pun mendirikan rumahtangga... 2 tahun
kemudian, si isteri teringat kembali kisah yang lalu sewaktu membawa anak
mereka bersiar-siar di tasik yang sama ketika bercinta dahulu,
Isteri: Bang, ingat lagi tak tempat nie?
Suami: Masakan abg boleh lupa
Isteri: Kalau saya jadi bintang
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Kenapa bukan Ultraman....
Suami: Kat Malaysia mana ada Ultraman... kat Jepun adalah... apa lah awak nie.
Isteri: Kalau saya jadi bunga
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Apa abg nie... cakaplah betul2
Suami: Apo kono eh dongan ekau nie... dah buang tebiat ko, tak nampak anak kito tu... .kalau dah abg jadi Ultraman ngan ntah apo apo ntah laie, sapo nak bagi makan kek anak kito tu... .yang mengado-ngado nak jadi bintang tu buek apo
Isteri: Abe nie tok supo dulu... .tok rometik lasung, mete2 la saya nie doh tok comey lagi...
Suami: Takdo nak romantik kosmetik do... .
Selepas puas duduk sambil berbalah, maka berjalan pulanglah keluarga tersebut... .tiba2 si isteri tadi tersepak sebatang tunggul kayu(mungkin tunggul yg sama), lalu jatuh gedebuk!!!! ke tanah...
Isteri: Aduh abe sakik nyo!!!!!
Suami: Apo kono eh awak nie... .buto ko, punyo bosa tunggul tu tak nampak ko!!!!!!!!!!
PenGaLaMAn BaRU DaLAm KaRIer....
Roda-roda hidupku kini bermula sejak awal pagi lagi...Selepas menunaikan kewajipan solat jam 6.30 pagi tayar motosikal ku mula meredah gagah keheningan pagi..langkah yang selamat dan pantas berbanding pengunaan kereta..selain menjimatkan masa dan kesesakkan ternyata ia lebih pantas dan lebih efisyen penggunaannya...senja berlabuh barulah aku  tiba di muka pintu rumah..gelak hilai tawa anak-anakku menyambutku dimuka pintu ibarat penawar kepenatan dihambat masa...malam ku penuhi masa untuk membantu anak-anak aku membuat kerja sekolah..bimbingan dari aku dan Yati amat diperlukan disaat anak-anakku yang masih terkial-kial dalam menghadapi alam persekolahan yang amat asing pada mereka...
Namun insyaalah jika ada kesempatan dan masa terluang ingin aku bertemu kawan-kawan DC..merangka program bersama walau dihambat seribu kesibukkan masing-masing...hanya masa menentukan namun keterbatasan masa yang sedia ada bukanlah halangan sebenarnya..kita sendiri perlu bijak merencana..perlu pandai memanfaatkan masa...itu ciri dan semangat yang sepatutnya ada jika mahu mencapai cita-cita...
Pada minggu lepas sempat aku dan Yati luangkan masa untuk membawa anak-anak aku keluar..bersiar-siar di Taman Titiwangsa...sungguh indah dan semakin cantik panorama..anak-anak aku pula mengambil kesempatan mencuba kasut Heelys yang kami beli di US...seronok sungguh mereka dan kami tumpang gembira..Yati pula sentiasa memasak makanan istimewa untuk kami sekeluarga bila ada masa dan ketika...adakalanya ramuan mee tonggek Ustazah pun menjadi resepi utama..sedap namun tak boleh menandingi kehebatan ramuan sang penciptanya... :P
TazKiRaH...AnDAkaH YaNg PaLiNG MaLAnG SekALi ?....
Tak percaye?
Teruskan membaca...
HARI MALANG ANDA?
Pihak bomba di California menemui mayat seorang lelaki yang rentung jauh didalam hutan semasa melakukan penilaian kesan kebakaran hutan yang telah berjaya dipadamkan. Anehnya, si mati berpakaian sut renang lengkap dengansirip kaki, tong oksigen di belakangnya dan topeng pernafasan skuba. Bedahsiasat yang dijalankan kemudian mendapati kematian mangsa bukan disebabkan
kebakaran, tetapi berpunca daripada kecederaan dalaman yang teruk. Siasatanpenuh yang dijalankan akhirnya menjelaskan punca kejadian aneh ini.
Sebenarnya semasa hari kejadian, mangsa sedang menikmati percutian aktiviti skuba di pantai yang terletak kira-kira 20 batu dari tempat kebakaran hutan berlaku. Dalam usaha pantas pihak bomba memadamkan kebakaran, helikopterdigunakan untuk mengangkut air menggunakan bucket yang besar dari puncayang paling hampir. Dapat teka apa yang terjadi kepada mangsa? Dalam masa
seminit, mangsa yang sedang menyelam di laut tiba-tiba menjunam jatuh 300 kaki dari udara ke dalam api.
MASIH MERASAKAN INILAH HARI MALANG ANDA?
Seorang suami di halaman depan rumah sedang membaiki motosikal dan isterinya pula di dapur. Sedang dia memulas enjin, dengan tak sengaja dia terpijak gear lalu menyebabkan motosikal itu meluncur bersama dengan tuannya merempuh pintu kaca, terus ke ruang tamu rumah. Mendengar bunyi dentuman, si isteri meluru ke ruang tamu dan terkejut beruk! Suaminya terlantar luka dan berdarah di sisi motosikalnya. Setelah paramedik dihubungi dan tiba tak lama kemudian, suaminya di bawa keluar dengan berhati-hati ke dalam ambulans kerana kebetulan kedudukan rumah mereka agak
tinggi dengan beberapa langkah anak tangga. Laluan sisi tangga yang licin adalah laluan sempit motosikal.
Kecederaan suaminya tidaklah begitu parah dan si isteri pun tidak mengikutnya ke hospital. Dia mengalihkan semula motosikal ke tempatnya.Didapati minyak yang tertumpah di atas lantai, dia mengelapnya dengan kainlembap dan kemudian membuang kain itu ke dalam mangkuk tandas (bengong tak? Takde tong sampah ke..) Si suami pula yang telah dirawat terus balik sendiri ke rumah (naik aper tak taula), melihat pintu rumah yang pecah terkopak dan sedikit kerosakan pada motosikalnya. Dengan rasa kecewa dan pening lalat, si suami ke tandas, duduk di atas mangkuk dan menyalakan rokoknya. Selesai merokok, dibuangnya sisa puntung ke dalam mangkuk menerusi celah kelangkang dan....... ARRRGGHH!!!! kebaBOOM!!
Si isteri yang mendengar jeritan suaminya dan sayup bunyi letupan kecil berlari lagi, kali ini ke dalam tandas... Suaminya terbaring di atas lantai dengan seluar yang terbakar dan melecur di punggung, lipatan peha dan belakang kaki... tak lupa anunyee.. Dengan panggilan kecemasan, paramedik
yang sama sekali lagi bergegas ke rumah mangsa. Dengan pengusung mangsa di bawa turun melalui tangga laman. Paramedik yang kehairanan bertanyakankepada si isteri hal malang ditimpa tangga yang terjadi. Selepas menceritakan hal tersebut, paramedik yang mendengarnya tertawa dengan kuat.
Malangnye... (sekali lagi...) Salah seorang daripada mereka kemudian tergelincir dan berguling-gulinglah mangsa di tangga tersebut hingga ke kaki jalan. Sekarang, rawatan akibat melecur ditambah dengan rawatan menyimen tangan yang patah... Malang ditimpa eskalator... Akhbar Florida.
MERASAKAN ANDA LEBIH MALANG DARIPADA MEREKA DI ATAS?
Ingat! Mungkin ini lebih buruk...
1. Kos purata untuk rawatan dan pemuliharaan seekor anjing laut akibat tumpahan minyak Exxon Valdez adalah sebanyak USD$80 000.. Dalam satu majlis khas, dua daripada anjing laut tersebut dilepaskan semula ke habitatnya dengan tepukan gemuruh dan sorakan gembira hadirin. Tak sampai 2 minit kemudian, tiba-tiba kedua-duanya dibaham, NGAP! oleh seekor paus pembunuh.
2. Seorang isteri yang baru balik ke rumah, tergamam melihat lilitan wayar dari pinggang suaminya yang kebetulan berdiri berhampiran cerek elektrik.'Suamiku terkena kejutan elektrik'..jeritnya..
Dengan refleks spontan secepat kilat, dia memukul (dah tentu dengan sekuat atinye...) suaminya dengan kayu (penyapu kot) yang dicapainya di belakang pintu. Akibatnya, si suami yang sebenarnya sedang bergumbira sambil mendengar Walkman... patah dua tulang tangan.
3. Dua orang aktivis haiwan sedang membuat bantahan terhadap kerja-kerjapenghantaran khinzir yang mereka anggap tak berperikehaiwanan di sebuahpusat penyembelihan khinzir di Bonn, Jerman. Tiba-tiba dua ribu khinzirtadi meluru dengan satu rempuhan ke arah pagar yang patah, menyebabkan
kedua-dua aktivis tadi mati serta-merta dipijak oleh ribuan kerbau pendek tu..
AKHIR SEKALI...
4. Khay Rahnajet, seorang penentang di Iraq, tidak melekatkan setem yang cukup untuk letter bomb yang dihantarnya. Surat itu dikembalikan dengan return to sender dinyatakan padanya. Akibat terlupa, letter bomb yang di set meletup apabila dibuka.... menjadikan pengirimnya bercerai kepada
kepingan-kepingan badan yang berasingan... Innalillah..
Untuk artikel lain boleh buka http://suarakedamaian.blogspot.com
PuLuT TaNaK & DuRiaN..
Hari ini juga merupakan hari pertama persekolahan anak-anak aku..semoga mereka akan tabah dalam mengharungi pembelajaran..biar perit di awal persekolahan namun aku mengharapkan anak-anak aku akan cepat dapat menyesuaikan diri dengan alam persekolahan di Malaysia..ternyata anak-anak aku sendiri tidak sabar untuk menikmati kehidupan sebagai pelajar kembali... :-D
KeNdURi KaHWiN RuMah USt ZaKI di PenDAnG KedAh...
Kontena aku tu tiba pada hari Isnin..first sekali aku suruh hantar ke rumah aku sekarang di DTHO...penuh rumah aku dibuatnya..satu bilik tu penuh dengan kotak hingga hampir ke syiling..belum mampu dibuka lagi ..terlampau banyak barang hinggakan hari Selasa baru pekerja Subali Pack tu boleh pasang perabut kat rumah..Hari Rabu sebahagian barang lagi tiba di kampung di Parit Buntar,Perak....simpan kat rumah keluarga kat kampung..begitulah ceritanya pasal kontena aku tu..bagi kawan-kawan DC yang akan balik lepas ni buatlah persiapan dari sekarang...hingga ke hari ni aku masih belum habis buka kotak lagi...
Dalam sibuk-sibuk kat kampung menguruskan barang-barang dan lain-lain urusan, aku setuju menerima ajakan Mokhtar/Kuzi untuk ke rumah Ustaz Zaki...Zainal PS dan keluarga pun nak ikut sekali..kami setuju untuk menjadikan R&R Juru sebagai check Point berkumpul...Mengikut perancangan awal En Hashimi MARA dan En Roslan pun nak join juga tapi last minit terpaksa dibatalkan kerana ada urusan lain...Kami bercadang nak ke sana waktu petang kerana dalam masa yang sama Kuzi/Mokhtar ada jamuan perpisahan di USM...
Akhirnya kami tiba di Pendang pada jam 5 petang..ternyata masih ramai tetamu lagi...datang waktu petang sebenarnya ada istimewanya sebab kebiasaannya kenduri di Utara selepas waktu petang ada tambahan hidangan istimewa seperti mee rebus dan sebagainya..alhamdulillah rezeki tuhan beri tetap ada...Sebenarnya dah lama aku tak pergi kenduri di Kedah ni..selalunya masakan kenduri di sini memang sedap..memang tak salah jangkaan kami..kami dijamu dengan gulai lemak tulang lembu + nangka,pajeri nenas,ayam masak merah dan sebagainya..sedap hingga menjilat jari  :-D
Kelihatan Ustaz Zaki dan Ustazah serta anak-anak mereka Jo,Syazwan amat sibuk melayan tetamu...terlalu ramai tetamu yang hadir terutama kawan-kawan Ust yang datang bertandang.. hinggakan daging lembu terpaksa ditambah..rupa-rupanya tak cukup lembu seekor..menurut ceritanya Ust Zaki tek sempat nak menjemput mulut semua kawan-kawannya..hanya melalui SMS aje..ternyata kebanyakkan kawan-kawannya datang...begitulah berpenggaruhnya Ust Zaki...
Dalam pada itu dengar ceritanya Ustazah pun memainkan peranan utama dalam majlis ini..dengar ceritanya beliau menaja pakaian semua ahli wanita keluarga pengantin...warna hijau lagi..mantap betul..wajah keletihan terpancar di waja mereka tapi nada keriangan menyambut tetamu tidak pernah berkurangan di wajah mereka..Jo dan Syazwan juga banyak menolong terutama part basuh pinggan..nasiblah anak lelaki katakan!!!!!!!..
Pukul 7 malam kami bergerak pulang ke destinasi masing-masing..rupa-rupanya belum boleh balik ke rumah lagi..Mokhtar ajak ke rumah mereka dulu di Sg Petani...untuk tidak menghampakan Zainal PS yang beriya-iya ke sana aku pun pergi sekali..sebenarnya dah 3 kali aku ke rumah mereka dalam tempoh aku balik ke DC ni..memang agak sinonim dengan keluarga ini..akhirnya sembang punya sembang pukul 9.40 malam barulah boleh menamatkan perjalanan dan kembali semula ke rumah..alahai letihnyaaaaa :P