|
|
| Wednesday, 9-Apr-2008 14:10 |
Email | Share | | Bookmark |
|
..BaLIk KAmpUnG.....
|
|
Seperti yang dirancangkan hari ni kami akan balik kampung..seperti biasa pagi ni aku akan pergi ke pejabat terlebih dahulu untuk urusan kerja yang belum beres..sementara anak-anak aku pula dengan aktiviti biasa mereka dalam masa seminggu ni..apalagi mandi kolamlah...Pukul 12 tengahari aku kembali ke hotel untuk check out...nasib baik saudara kembar aku ada untuk angkat beg-beg aku yang banyak tu dan tumpangkan kat rumah dia..dan yang paling ok sekali abang aku tu pinjamkan kereta NAZA Ria dia yang baru beli sebulan untuk aku gunakan untuk balik kampung..sebelum tu Kuzi ada offer keretanya ketika aku kat kampung...itulah banyak betul pertolongan orang nak beri...belum bertolak lagi Zainal PennState dah talipon balik nanti singgah kat rumah mak mertua dia di Ipoh nak jamu aku makan..alahai Zainal TQ...tapi aku beritahu tak boleh singgah sekarang ni dan aku janji akan singgah bila aku dalam perjalanan balik ke KL nanti..
Dalam perjalanan memandu di negeri Pakatan Rakyat ni banyak perubahan yang aku lihat..jalan-jalan aku tengok sepanjang jalan ada aje kerja ubahsuai..nasib baik kereta tak banyak kalau tidak tentu jem..kemudian singgah sekejap di Jambatan Perak..untuk hilangkan mengantuk..makan confirm kena..tengok mee sup ada..terus pekena...rasa boleh tahan juga..tapi kalau Yati atau kawan-kawan lain buat lagi sedap...
Aku pergi rumah mak aku dulu...tapi mak aku pula tak ada...nasib baik rumah abang aku kat situ..Anak-anak aku menerpa keluar..first time sampai kg dalam masa terdekat ni..Aidil pula yang kelakarnya terus cakap..nak coconut..maaai..rumah mak aku memang banyak pokok kelapa..tapi galah panjang dah patah..aku cakap kat dia esok abah buat galah dan kait buah..seronok mereka..sempat main badminton dengan sepupu mereka..selepas tu aku pergi rumah mak mertua aku untuk tidur disana..
Tengahari ni aku ada janji nak makan tengahari dengan Kuzi/Mokhtar dekat USM..bestnye lama tak jumpa...
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 8-Apr-2008 10:50 |
Email | Share | | Bookmark |
|
SaLAm Di AReNA...
|
|
Assalamualaikum...salam di arena..
Genap 5 hari aku dan keluarga menginap di hotel...esok aku akan keluar dari hotel dan akan balik ke kampung...pengalaman 5 hari di Malaya begitu memenatkan...dengan tidur yang menentu.. bukan disebabkan kerja..tapi anak-anak aku sampai sekarang bangun setiap jam 4 pagi..alahaiiiiii
Aku pula kesibukkan di pejabat menguruskan penginapan aku..ternyata agak sukar dapat quarters sekarang ni..maklumlah sekarang ni semua orang lebih suka duduk quarters kerena ia lebih selesa dan luas..ada kawan-kawan aku yang balik dari luar negeri dapat quarters dengan cepat berbanding aku...
Dalam masa yang sama aku sibuk berjumpa pelbagai orang untuk tanda salam pengenalan ketika balik..kebanyakkan dah jumpa melainkan pengarah aku yang belum..mereka terlalu sibuk dan aku tak berkesempatan untuk berjumpa..paling bestnya aku berjumpa semua kawan-kawan lama aku yang ternyata mereka begitu gembira bertemu aku..maklumlah dah lama aku tinggalkan mereka..disamping tu ustaz zaki ada juga contact aku tapi kesibukkan aku sekarang ni membataskan perbualan..kak laily pun ada call..kadang-kadang aku terlampau letih dengan pelbagai masalah yang belum selesai..
Aku difahamkan akan berkhidmat di Pusat latihan untuk sel fotografi di Sungai Buluh..ini yang aku tak tahan nak mengajar orang..aku lebih suka di unit lama aku..tapi ini masih belum confirm ..aku tengah melobi..hasrat nak balik negeri berkhidmat terpaksa dilupakan seketika kerana keperluan tugas lain...
Sudah seminggu juga aku makan kat luar..ternyata makanan tak sesedap makan kat DC..kawan-kawan kita masak lagi sedap...hari ni aku hantar barang untuk adik Lily Hisham yang rupanya bekerja di Mindef..esok pula nak jumpa Dato..Hasni ..terpaksa aku pergi dengan Johar..lepas tu nak jumpa Dato Mahadi lagi..kemudian Dato Hadi..Dato Salleh..wow banyaknya lagi urusan..peningnya....
Esok aku nak balik kg dulu..berehat sementara selama 28 hari..sebenarnya banyak gambar aku ambil kat sini tapi tak sempat nak download kerana kesuntukkan masa...banyak yang aku nak ceritakan tapi masa tak ada dan internet susah..selagi aku tak dapat rumah dan masukkan internet..beginilah jadinya...nasibbbbbbbbb.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 3-Apr-2008 19:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
KEmbALi Ke TaNahAIr...
|
|
Akhirnya hari yang dinantikan dah tiba...pukul 7 malam kami berlepas ke airport Heathrow.. Walaupun ada masalah berat muatan tapi berjaya diselesaikan oleh SSjn Ramlan yang memang 'power habis' kat airport..bukan kena kurangkan muatan dalam luggage malah semua beg hand luggage pun dimasukkan sekali..aku masuk kapal terbang lenggang aje..terimakasih Ramlan..
Sampai di KLIA pada jam 5.46 petang..risau juga kalau tak ada sesiapa yang menunggu kami..lega rasanya bila nampak saudara kembar aku Hassan dah siap menunggu..lepas tu nampak kelibat mak mertua dan kakak ipar aku...last sekali terkejut aku bila tiba-tiba muncul pula Ust Zaki, Ustazah, En Lan,kak Fizah,Hashimi dengan anak-anak mereka..berpelukkan kami kegembiraan.. inilah kawan-kawan dan saudara2 kami sebenarnya..mereka terpaksa tutup office awal untuk menyambut kami..terimakasih..lepas tu Kol Anwar Tai talipon aku juga..bertanya khabar dan menawarkan pertolongan..terimakasih semua yang perihatin..begitu juga salam dari kawan-kawan yang tidak dapat datang..terus ajak makan..dah lama tak berborak panjang..macam-macam perkara dan agenda dibincangkan..insyaalah bila segala urusan aku selesai kami akan mengadakan perjumpaan..
Aku menginap di hotel Vistana..di sana terjumpa pula kawan-kawan yang lebih awal pulang tapi masih menginap di hotel..antaranya ialah SSjn Binchin(NY) dan SSjn Johar (Vietnam)sekeluarga.. seronoknya aku dapat jumpa kembali kawan-kawan lama..pagi tadi aku pergi berjumpa SSjn Johar untuk menghantar barangan kiriman Adie/Shila..mungkin hari isnin nak hantar barang pesanan yang lain..untuk pengetahuan semua sementara ni boleh hubungi aku di talian 016-3954114...
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 3-Apr-2008 09:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
HaRI TeRAkhIr Di LoNDoN...
|
|
Hari terakhir kat London ni tak tau nak pergi mana-mana dah..ingat nak rehat..tapi boring juga lalu kami pergi melawat muzium sejarah dan muzium sains..kami pergi jalan kaki aje..lebih kurang setengah jam dari hotel..Yati dan Anissa pula dah letih bebenar dan sakit kaki..mungkin terlampau banyak berjalan..lihatlah gambar-gambar yang sempat diambil..tak jauh bezanya muzium di sini dengan di DC tapi bezanya hanya pada rekabentuk bangunan..disini lebih nilai artistiknya...
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 2-Apr-2008 18:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
DiNNeR dI RuMAh KaWAn...
|
|
Malam ni kami mendapat jemputan makan di rumah Brig Gen Dato'Shaharudin dan Datin Norinni..macam biasa SSjn Ramlan datang mengambil aku dan keluarga..Datin Norinni dulu satu pejabat dengan aku..banyak cerita lama kami imbas kembali dalam pertemuan ini..sekarang ni mereka berkursus di sini selama setahun...
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 2-Apr-2008 15:03 |
Email | Share | | Bookmark |
|
HaRI KeDUa Di LOnDon...
|
|
Kembara kami hari ini bermula seawal pagi..jam 9 pagi kami dah mula mengatur langkah..hari ini kami merancang untuk berkembara dengan bus tour..kat London segala-galanya mahal..macam tak percaya..harga bus tour kami sekeluarga lebih kurang 90.00 paun…nak pergi bilik air 0.50 paun…mahal betul..First sekali kami berhenti dekat Trafalgar Square…kemudian menuju Buckingham Palace tempat kediaman Ratu Elizebeth…cantik betul tempatnya..Terletak dalam kawasan St James Park..bunga-bunga berkembang cantik..maklumlah musim spring..sempat menyaksikan parade askar British lagi..Kemudian kami menuju Westmister Abbey..
Kalau datang ke London kalau tak mudik feri di Sungai Thames memang akan kerugian rasanya…dapat pula menyaksikan London Eye,London Bridge,Tower Bridge,Tower of London, Tower Hill dan lain-lain..sungguh indah rekabentuknya..London hari ini sungguh cantik pada pandangan mata..
Selepas selesai menjamu mata kami terpaksa pulang segera..kembara akan bersambung esok..malam ini ada jemputan dinner di rumah SSjn Ramlan…sempat juga aku buka FP dirumah member aku ni...dan tengok blok kawan2…sedih juga aku bila baca blog kawan-kawan…tak sanggup aku menghabiskan bacaan..kerana makin aku membaca aku makin bersedih..teringat kembali kisah lama..cepat-cepat aku stop dan sekadar membalas komen yang pendek aje…esok kita sambung cerita…
|
|
|
|
|
|
| Monday, 31-Mar-2008 14:16 |
Email | Share | | Bookmark |
|
TiBA Di LoNDoN....
|
|
Buat pertama kalinya aku menulis blog dalam kapal terbang..namun ternyata ideanya gersang sekali..ingatan kepada kawan-kawan terlalu kuat hinggakan tak mampu melontarkan sebarang ilham..namun masih cuba ku coretkan pelbagai cerita untuk tatapan semua…aku tidak mahu menjadi lemah dan langsung tidak lagi mampu berkarya..aku tidak mahu kawan-kawan di sana kehilangan berita mengenai kami..kami akan terus berkarya..mungkin berita ini akan lambat tersiar kerana maklumlah London tidak sehebat Washington dalam alam ciber…..hotel pun tidak sebanding dengan Washington…malangnya..hanya yang dapat aku lakukan menulis dan kemudian save…..
Ternyata kali ini anak-anak aku terutamanya Aidil begitu teruja naik kapal terbang..ketika kami datang dulu Anak2 aku tak dapat manfaatkan pengalaman ini..sekarang tidak lagi...Aidil sampai tak tidur dalam flight….lepas tu mulalah meragam…nak lepas imegresen bukan main susah..sampai pukul 6.50 pagi..pukul 8 pagi barulah selesai…lepas tukar duit kat money changer kami pun mencari kawan aku..tak Nampak pula batang hidungnya..risau juga…rupanya dia tak perasan kami…legaaaa bila dah jumpa dia....
Kawan aku SSjn Ramlan ni dulu kat Malaysia satu office dengan aku..kami dulu jurugambar..bab ambil gambar ni..dia lebih hebat dari aku..aku hanya juruvideo..kami makan dekat Malaysia Hall..makan nasi lemak…Tapi mahal betul…Lepas tu kami masuk hotel ..boleh tahan harganya....4 hari harganya dah mencecah $355.00 paun..fuhhh.. mahal gila kehidupan kat sini…duit macam air.
Kami cuba check in awal tapi hotel tak ready lagi..sementara tu Aidil dah tah tahan dah....pantang ada tempat rehat terus tertidur..kesian kat dia…lepas tu untuk elakkan kebosanan kami jalan-jalan kat Paddington…pukul 12.30 tengahari kami kembali ke hotel dan terus masuk bilik untuk zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz…
Pukul 4 petang kami bangun dan mula berjalan-jalan dekat Oxford Street..banyaknya gerai dan orang Islam kat sini…tapi budaya hisap shisa tak kira lelaki atau perempuan menunjukkan sikap kurang manis pada kacamata orang barat…lepas tu jalan-jalan lagi sampailah ke Royal Albert Hall..dah malam baru tiba sana…malam terasa dingin…tapi maaflah..ini pandangan peribadi…Washington terlalu hebat dibandingkan dengan London..dari segi kebersihan,sopan santun dan sebagainya..pemandu kereta memandu kereta bagai pelesit..tak menghormati pejalan kaki…bangunan tak terjaga seperti di Washington…tapi tak mengapa hari ni baru sehari..mungkin esok tanggapan ini mungkin akan berubah…
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 30-Mar-2008 18:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
BEraNgKAt MeNInGGalKaN BuMI bUSh...
|
|
Terimakasih semua..terimakasih semua…kami hargai nilai persahabatan kalian…kami amat bersyukur mempunyai kawan-kawan seperti kalian…Aku pasti akan ingati nama-nama yang begitu sinonim dengan kehidupan kami ..nama-nama seperti Adie,Asri, Saimun,Shila,Ummi,Zura, Yus,Lynn, Berahim,Zaimun,Lily,Isham,Mej Aziz ,LTK Hisyam/Kak Fazilah,Aderin dan lain-lain lagi..bagaimana kami akan lupakan segala-galanya..sampai saat terakhir kalian membantu kami…bagaimana akan aku balas budi kalian…luruh hati kami setelah bersalaman buat kali terakhir..tak mampu menahan sebak yang sebenarnya telah lama bersarang di hati kami…kami terasa begitu kehilangan….amat terasa kehilangan…. teralu banyak kenangan manis…hinggakan tak mungkin aku lupakan….
Buat semua kami di jangka tiba di KLIA pada 4 Apr 08 jam 0526 petang menaiki pesawat MH 0001 dari Heathrow..
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 30-Mar-2008 18:12 |
Email | Share | | Bookmark |
|
HaRi TeRAkHiR dI BuMI BuSH...
|
|
Sesungguhnya tiada langsung aku menyangka diraikan oleh begitu ramai kawan-kawan di sini..terimakasih sahabatku Asri/Zura kerana mengadakan majlis ini..sesungguhnya kami amat terharu....tiada kata untuk aku lafazkan hanya ucapan terimakasih dari kami sekeluarga…. sesungguhnya ia akan kekal terpahat di hati sanubari kami….
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 30-Mar-2008 14:49 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Coretan Terakhir di Bumi Bush....
|
|
SALAM TERAKHIR
Sampaikan Salam Buat Semua
Salam Terakhir Salam Teristimewa
Kepada Kau Yang Tersayang
Pada Teman Yang Ku Kenang
Pemergian Ku Ini tak Di Rancang
Usah Di Tanya Mengapa Aku
Mengucap Salam Terakhir Kepada Mu
Kerna Waktu Berputaran Bimbang Tak Berkesempatan
Melahirkan Kerinduan Kepada Mu
Demi sebuah Kenyataan Yang Amat Menyakitkan
Aku Yang Tidak Berdaya
Hanya Berserah Padanya
Salam Akhir Salam Yang Teristimewa
Bersamanya Ku Pohon Keampunan
Melalui Ku Beri Kemaafan Kepada Mu
Andainya Aku Punya Waktu
Ingin Ku Mengimbau semula
Saat Indah Bersama Mu
Syangnya Tak Berkesempatan
Abadikan Saja Salam Ku Di Ingatan
Salam Ku Yang Terakhir..
Detik yang memilukan akhirnya tiba juga..aku dan keluarga akan pergi meninggalkan bumi Bush..tak lama lagi..tinggal beberapa jam saja lagi..Sebenarnya aku paling tak suka sekali detik-detik kesedihan begini..pengalaman aku menghantar kawan-kawan kembali sebelum ini merupakan pengalaman paling menyedihkan..aku masih mampu menahan daripada limpahan air mata..tapi hatiku sedih tak terkira..
Sebenarnya hari yang berbaki 20 hari kebawah merupakan hari-hari yang tidak dapat aku lupakan kerana ia merupakan hari-hari yang penuh nostalgia pada aku..setiap hari ada aje kenangan yang datang mengimbau dalam kenangan..entah kenapa aku terlalu sebak sekali bila memikirkan perpisahan yang akan berlaku ni..entah berapa banyak air mata yang mengalir tanpa disedari..seawal pagi lagi bila aku memandu kereta ke pejabat adalah masa yang paling kritikal sekali..masa itu segala kenangan bersama kawan akan menjelma kembali..terasa sebak memikirkan tak lama lagi kenangan itu tidak akan muncul lagi..mudah sekali airmata mengalir dan aku sengaja membiarkan ia mengalir sepuas-puasnya kerana selepas itu ia akan memberi kepuasan yang maksima...namun esok dan seterusnya ia mengulang peristiwa yang sama..aku rasa aku dah mencurahkan perasaan aku dengan kesedihan tersebut..tiada siapa yang tahu sebenarnya kerana aku mahu menghadapi perkara ini bersendirian…tapi aku gembira disebalik kesedihan ini kerana ia banyak mengajarku erti ketabahan dan menguatkan semangat aku..Aku baru memahami perkara ini dan selalunya bila kawan-kawan ada masalah dan menangis aku akan suruh dia menangis sepuas-puasnya..lepas tu kita akan puas dan dapat menenangkan kembli..bila berlaku pada aku pada awalnya aku cuba menahan airmata dari mengalir namun aku rasa aku semakin tertekan..dan akhirnya ku biarkan ia mengalir sepuas-puasnya..dan akhirnya baru ketenangan akan wujud..terimakasih pada tuhan kerana membuatkan aku memahami perkara ini…di pejabat pula ramai kawan-kawan rapat aku pula mengatakan tak lama lagi akan berpisah..malah paling sedih mereka tidak akan dapat lagi menemui kawan seperti aku…terimakasih kawan-kawan…insyaalah akan ada pengganti yang lebih baik dari aku..siapalah aku yang pemergiannnya yang perlu ditangisi..banyak kali aku mengatakan aku ibarat ‘melukut tepi gantang aje..datang dan pergi aku tidak akan meninggalkan kesan pada sesiapa’
Kenangan disini memang indah..dan aku perlu mengakuinya..terbayang-bayang hampir 4 tahun aku disini..aku kenal semua hati budi kawan-kawan..aku senang dengan kawan-kawan disini…pengalaman pahit manis suka duka..sekejap bergaduh sekejap ketawa…kadang-kadang bersedih..semua itu merupakan memori yang tudak dapat aku lupakan..kadangkala terfikir pula sikap ego aku juga yang membuatkan persahabatan dengan sesetengah kawan-kawan terbatas dan sering bermasaalah..namun dalam hati aku sebenarnya aku sayang semua kawan-kawan aku..kadang-kadang teguran aku agak keras..adakalanya sindiran aku tak dapat diterima..itulah sikap semulajadi aku sebenarnya..aku bencikan manusia yang hipokrit..aku tidak suka bermadah bila berkata-kata..dan aku tidak suka menegur orang melainkan mereka kawan baik aku..tapi hati aku terlalu keras bila aku menegur aku sukar dapat kembali kepada yang asal..
Aku teringat kawan-kawan yang lain yang banyak memberiku bantaun kepada kami..yang senang menolong bila ada masaalah..yang senang dibawa berbincang..Terimakasih semua..Ada sesetengah kawan-kawan aku terlalu aku hormati..tak perlu aku sebutkan nama..aku bertuah kerana mengenali mereka..mereka memberi contoh terbaik menghadapi situasi kerja yang membebankan..mereka selalu menunjukkan tauladan yang baik…walaupun mereka sibuk atau bayak urusan namu sikap mereka amat professional..mereka masih mampu menghadapi situasi demikian dengan tenang…terfikir pula aku..aku pun tidak mampu berbuat seperti mereka kerana aku bukan pelakon yang baik dan aku sukar dapat menyembunyikan air muka aku bila berhadapan dengan masaalah..tapi aku berteimakasih kepada mereka..kerana banyak mengajarku pengalaman hidup bekerja dalam persekitaran budaya yang berbeza..
Terimakasih juga kepada kengkawan yang selalu membawa kegembiraan pada aku disini..di sini aku diperkenalkan kehidupan sebagai bloggers..dari tak tau apa-apa hinggalah aku boleh mengendalikan blog aku sendiri..kesunyian aku begitu terisi denagn aktiviti-aktivit ini..dan aku teramat gembira bila mempunyai ramai kawan-kawan yang mempunyai minat sebegini..Namun pada akhirnya aku dapati banyak masalah masalah yang timbul akibat berblog ni..aku sebenarnya hampir berputus asa..dan adakalanya aku malas berblog..tapi aku lupakan niat aku tersebut dan aku ambil pendekatan positif untuk berkarya secara baik dan berhemah..namun adakalanya aku tersasar juga bila terlalu mengikut hati dan akhirnya memakan diri sendiri..itulah nasib seorang blogger yang akhirnya kecundang dan akhirnya terpaksa rajuk yang berpanjangan..
Ini adalah coretan terakhir aku di bumi bush..dan sebelum aku mengundur diri ampun maaf dipinta kepada semua yang membaca blog ini dan FP aku..seandainya aku terkasar bahasa dalam penulisan aku..ada yang terasa dan ada yang makan hati..beribu kemaafan dipinta sesungguhnya aku insan yang kerdil di mukabumi ini..sering melakukan kesalahan atau kesilapan..tidak terniat untuk aku melukai hati semua pihak…sesungguhnya yang baik itu dari tuhan yang buruknya adalah dari aku sendiri..terimakasih kepada semua yang membantu aku selama ini dan mengadakan jamuan perpisahan untuk aku dan keluarga ..sesungguhnya budi kalian tidak terbalas oleh kami..sekiranya diizinkan tuhan kita dipertemukan lagi..hubungilah kami dimana-mana..selagi ada hayat dikandung badan kami akan membalas budi baik kawan-kawan sekelian…
Tuailah padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intailah kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Anak Cina memasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Bagai rambut bersimpul mati
Batang selasih permainan budak
Daun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga
Selamat tinggal semua..semoga Allah akan memberkati kalian..Amin
|
|
|
|