|
|
| Monday, 19-May-2008 04:21 |
Email | Share | | Bookmark |
|
NasIHaT KePAdA OraNG YaNG SukA BuAt MaKSiAt...
|
|
Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."
Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"
Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekiNya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?"
"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya? "
"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!"
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya? "
"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga.
Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"
"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.
Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'."
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku? "
"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"
"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya. "
Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.
Biar susah, jangan menyusahkan.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 18-May-2008 03:43 |
Email | Share | | Bookmark |
|
KiSAh & TaULadaN....
|
|
Banyak orang tahu mengapa Allah mewajibkan perempuan bertudung..banyak hikmahnya..selain tu pengamalan ayat-ayat tertentu yang biasa disebut dalam hadis-hadis Rasulullah banyak memberi manfaat kepada penggunanya....Kisah dibawah ini akan membawa kepada pengertian tersebut..Ia adalah sebuah kisah benar menurut penulisnya yang aku sertakan dibawah...semoga kita semua mendapat hidayah darinya...sesungguhnya yang baik itu dariNya..yang lemah itu kelemahan diri aku sendiri...
Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik kerumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yanglalu lalang pada masa itu. Maklum hari sudah lewat malam. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan berseorangan.
Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.Masa dia melepasi lelaki yang bersandaritu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.
Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu. Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.
Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).
Dia pun tanya perogol itu "Why don't you do anything to me on that night even though you know that I'm alone?" Perogoltu jawab: "No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim."
Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.
MORAL CERITA INI:
Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam.(Kalau aurat terbuka malaikat pun malas dekat).Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.
Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab...selalulah amalkannya. Bayangkan anda seorang yang selaluingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, sambil lewa beribadat.Dapatkah anda mendapat pertolongan sebegini dari Allah? Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di akhirat kelak memang pasti kerana itu janji Allah. Jadi, renungkanlah di mana level 'iman' kita sekarang ini. Wassalam.
Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya [Dari Abdullah bin 'Amr r.a.]
Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan saya.semoga anda semua mendapat pengajaran dan ilmu yangbermanfat.sebagai hamba kita seharusnyapercaya dengan kemampuan senjata orangmukmin iaitu DOA....semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam.....
Mohazila Hamdan
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 17-May-2008 15:19 |
Email | Share | | Bookmark |
|
PeRCuBAaN BuaT KaRIpaP VerSi BAru...
|
|
Hari ni Yati berkesempatan melakukan eksperimen membuat karipap style baru..kalau kat DC dulu kita selalu buat karipap pusing..tapi rupanya kat Malaysia lebih advance buat karipap style baru ni..aku pun tak tau apa nama karipap ni..tapi cantik rupanya..
Nanti kalau kawan-kawan balik kat DC boleh..bolehlah kami jamu karipap ni..rasanya lebih rangup..bila goreng pula susah pecah...itu yang bestnye...
Selain tu bagi kawan-kawan yang nak tahu perkembangan kami kat MALAYA bolehlah layari blog aku yang baru berkesempatan nak up date...http://suarakedamaian.blogspot.com
|
|
|
|
|
|
| Friday, 16-May-2008 13:11 |
Email | Share | | Bookmark |
|
BBQ berSaMA KeLUarGa Dr. KuZI di PaNTaI MeRDeKA..
|
|
..Ini kenangan kami ketika BBQ bersama keluarga Dr Kuzi & Dr Mokhtar di Pantai Merdeka..Kedua ibubapa Kuzi ni memang amat baik..mereka sanggup bersusah payah menunggu kami hingga kami tiba di Pantai Merdeka dari Langkawi..Pak Ku juga sanggup membeli ikan kembong untuk kami bakar..
Best sungguh..angin sepoi-sepoi bahasa menjadikan selera ummmmp! sedapnya..hingga menjilat jari..anak-anak aku pula sibuk mandi pantai..cantik sungguh Pantai Merdeka..bersih dan banyak gerai makan disekelilingnya...
Sebenarnya banyak janji Pak Ku dengan aku ni..katanya dia nak bawa aku berjalan-jalan di kampung-kampung yang musnah dilanda Tsunami..cuma masa aku yang tak mengizinkan..tapi janji aku akan tetap aku tunaikan nanti..
Terimakasih Dr Kuzi/Dr Mokhtar sekeluarga terutama ibu bapanya yang melayan kami dengan baik..moga-moga kita masih berkesempatan untuk berBBQ begini
|
|
|
|
|
|
| Friday, 18-Apr-2008 12:29 |
Email | Share | | Bookmark |
|
CuTi-CuTi LanGKaWI - HaRI Ke TiGa..
|
|
Sekian lama FP aku ni tak bergerak..hari ini barulah aku boleh berkarya kembali..bukan apa sebelum ini internet masih belum beroperasi kat rumah..hari ni baru ok..tak sabar rasanya nak menulis...ini gambar-gambar lama kami sekeluarga ketika bercuti di Langkawi..hari ke 3 di Langkawi kami telah melawat Dataran Kuah, Makam Mahsuri, Pantai Pasir Hitam dan Telaga air panas..saksikanlah gambar-gambar yang sempat dirakamkan...
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 17-Apr-2008 09:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
CuTI-CuTI LaNGkAWI - HArI Ke DUa...
|
|
Pada hari ke 2 jejak terus di atur..kali ini kami ingin merasai keindahan pulau-pulau yang berada di sekeliling Pulau Langkawi..Masalah pengangkutan air bukanlah masalah utama di pulau ini..banyak syarikat yang menawarkan pakej melawat pulau-pulau berdekatan..Kami menyusur melalui air dan destinasi pertama ialah Pulau Dayang Bunting...Pulau ini di gelar sebegini kerana bentuk pulaunya adalah bentuk seorang perempuan sedang terbaring dalam keadaan mengandung..keunikkan pulau ini adalah juga kerana ia merupakan sempadan antara kuala sungai dan laut..tempat pertemuan air ini sungguh unik kerana jika kita berada betul di pusat pertemuan air ini kita akan mendapati air tawar dan air masin dalam keadaan tidak bercampur..pelikkan..aku tak pernah rasa air ini..namun ketika aku kunjungi pulau ini pada tahun 1991 aku pernah merasai keunikkan ini...
Apabila mendarat di Pulau Dayang Bunting kami menuju ke tasik pulau ini yang jarak perjalanan berjalan kaki lebih kurang 10 minit..alahai jalan pula turun naik bukit...di tasik tersebut ada disediakan perlantar yang luas...sekiranya kita melabuhkan kaki kita di dalam air tasik ini kelihatan gerombolan ikan keli yang banyak akan mengerumuni kaki kita sambil menggigit-gigit..alahai sedapnyaaaa..urut special ni...bagi yang ingin melihat tempat pertemuan air ada disediakan jambatan menuju ke tempat tersebut..banyak hidupan alam dapat di lihat disepanjang jalan tersebut...sungguh indah dan menakjubkan..terasa keajaiban ciptaan tuhan...
Dari Pulau Dayang Bunting kami menuju ke perairan Pulau Singa yang merupakan tempat habitat burung helang..beratus-ratus burung helang akan mengerumi kita seandainya dicampakkan makanan seperti kulit ayam kedalam air..pelbagai burung helang kelihatan..macam tidak percaya begitu banyak burung helang di pulau ini..sebab itu Pulau Langkawi awal namanya adalah bermula huruf LANG....
Dari situ kami singgah di Pulau Beras Basah untuk berehat dan mandi manda...keindahan pulau ini pula selain pantainya yang cantik ia juga tempat puluhan monyet yang jinak dan sentiasa mendekati pelawat yang menawarkan makanan..tapi awas kena hati-hati kerana antara monyet-monyet yang datang kepada kita itu temasuk ketua kumpulan monyet yang kelihatan begitu ganas dan mengawal anggota kumpulannya dari diganggu oleh monyet lain...
Setelah penat belayar seharian kami pun pulang ke hotel untuk berehat dan mandi manda di kolam hotel untuk memulihkan tenaga untuk XPDC seterusnya..
Pada sebelah petang kami menjelajah pula Telaga Tujuh di Pantai Kok..perjalanan ke Telaga Tujuh adalah amat memenatkan kerana kedudukkannya yang jauh dan berada di kedudukkan tanah tinggi...perjalanan berjalan kaki kesana memakan masa 20 minit..namun penat berjalan terasa berbaloi dengan keindahan tempat tersebut..terdapat tujuh telaga yang besar menampung air dari kaki gunung..airnya amat sejuk dan bersih..tiada pencemaran berlaku..angin beriup sungguh menyegarkan..boleh terlelap sekiranya kita leka menikmati keindahan alam dan keindahan panorama sekeliling..
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 16-Apr-2008 09:51 |
Email | Share | | Bookmark |
|
BeRcUTI DI LanGkAWi - HaRi PeRTaMA..
|
|
Buat pertama kalinya aku membawa keluarga ku bercuti di Pulau Lagenda Mahsuri iaitu Langkawi..Kami menaiki feri di Kula Perlis..sampai aje di Kuala Perlis kami dah sesak nafas dikejar oleh ulat tiket..satu fenomena yang memang biasa di Malaysia...tapi agak luar biasa bagi aku dan Yati sejak meninggalkan Malaysia...mereka sanggup menahan kereta kami di pekan Kuala Perlis semata-mata nak suruh kami beli tiket parking kereta dari mereka..alahaiii..seram aku di buatnya..bagaimana tanggapan pelancung asing nanti..sedih rasanya..
Kami tiba di Langkawi pada jam satu tengahari dan terus menyewa kereta dan menuju ke hotel..kami menginap di Pantai Cenang..harga resort boleh tahan juga..baik banyak dari di London..selesa dan memuaskan...selepas itu kami memulakan XPDC kami menjelajah Langkawi dengan Proton Wira Auto..manual tak berani nak guna lagi...
Belum sampai ke destinasi terserempak pula gerai makan tepi jalan di Coco Beach..alahai teringat pula Coco Beach di Florida...bukan apa terliur pula bila ternampak papan tanda cendol pulut dan mee rebus..dengan angin sepoi-sepoi bahasa yang bertiup menambah keasyikkan dan aroma makanan tersebut..sedapnyaaaaaa...
Lepas perut di isi langkah diatur kembali menuju destinasi pertama di Beras Terbakar di Padang Matsirat..perjalanan ke tempat tersebut menempuh pula gerai-gerai pakaian dan pelbagai minyak gamat yang dijual dikiri dan kanan jalan..Tempat Beras Terbakar ini terletak di perkarangan rumah Ku Halim Ku Hassan..kawasan Beras Terbakar ini dipagar keliling..menurut sejarah Beras Terbakar ini bermula bila pemerintah Langkawi ketika itu telah mengarahkan semua penduduk Langkawi mengumpul beras di suatu tempat dan membakarnya untuk mengelakkan tentera Siam yang akan menyerang Langkawi menggunakannya sebagai sumber makanan mereka...
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 16-Apr-2008 08:28 |
Email | Share | | Bookmark |
|
LaGeNDA MaHSuRI...
|
|
Sejarah Mahsuri di Langkawi memang suatu kisah yang amat tragis..walaupun kisahnya hanya berada dalam lipatan sejarah namun ia tetap diperkatakan apabila kami mengunjungi Langkawi baru-baru ini..ilustrasi wajahnya ada di mana-mana... ia mungkin hanya imaginasi pelukisnya namun hakikatnya kita sendiri pun tidak pasti....mungkin ini adalah salah satu wajahnya........
|
|
|
|
|
|
| Friday, 11-Apr-2008 18:25 |
Email | Share | | Bookmark |
|
BeRSaNtai Di PuLAu SaYaK di KoTa KUaLa MUdA...
|
|
Alahaiiii.....impian makan mee udang Pulau Sayak di Kuala Muda akhirnya tertunai jua...bermula dari jemputan Dr Kuzi & Dr Mokhtar impian kami menjadi kenyataan..malah bertambah berseri pula dengan kehadiran Ustaz Zaki sekali..rupa-rupanya masih ada kesempatan untuk kami bersama seperti kat DC dulu..tapi rasanya kat sini lebih meriah kerana boleh santai-santai dan makan makanan yang sedap-sedap lagi...
Selepas Jumaat kami sekeluarga bergerak terlebih dahulu kerana terpaksa singgah di Seberang Jaya untuk menghantar emak mertua aku ke rumah kakak ipar..Sementara Mokhtar dan Kuzi bergerak lewat sikit tapi kami berjanji bertemu di Tol Sg Petani Selatan...dari situ kami terlebih dahulu singgah di rumah Kuzi sebab Ustaz Zaki janji berjumpa di sana..Ustaz Zaki sebenarnya dari Pendang Kedah kerana menghadiri Majlis Tilawah Kanak-kanak..bayangkanlah Ustaz Zaki yang hendak balik ke KL malam nanti sanggup datang ke Sg Petani untuk bersama kami...itu menunjukkan sikap seorang yang begitu menghargai temannya...terharu kami dengan keperihatinannya..beliau ditemani oleh dua orang kawan baiknya iaitu Ust Razak dan En Tahir..
Ibu bapa Kuzi pula seorang yang sungguh peramah dan kami amat berbangga bertemu mereka..malahan kami dijamu dengan kuih-kuih traditional yang dibeli oleh bapa Kuzi yang kami panggil Pak Ku ...beliau sanggup bersusah payah membeli sejenis kuih di Kuala Muda yang belum pernah aku rasai selama ini iaitu kuih Gedongcak...sedap kuih ni kalau ada kawan-kawan nak rasa bolehlah datang sini....
Pukul 5.45 petang kami semua menuju ke Pulau Sayak untuk merasai kehebatan mee udang Pulau Sayak..perjalanan memakan masa 20 minit...rupanya warung mee udang tersebut terletak di di tepi pantai berlatarkan pemandangan senja yang berlabuh..suatu panorama keindahan tuhan yang amat mengasyikkan..lama sungguh aku tidak menyaksikan keindahan di waktu senja..bagai tidak terasa waktu yang semakin berlalu..anak-anak pula sibuk berkejaran di tepi pantai bermain ombak yang memutih..bermain kulit-kulit kerang dan siput yang hadir bersama desiran ombak pasir..alahai teringat pula sewaktu bermain pasir di Virginia Beach..cuma disini lebih mengasyikkan dengan haruman kesedapan mee udang...mungkin tiada perempuan cantik ditepi pantai tapi mee dan udang yang segar mampu melupakan dunia buat seketika...
Kenangan yang sungguh indah bagi kami selepas balik ke Malaysia...impian kami untuk bersama-sama semua kawan-kawan DC yang lain semakin bersemarak...kami berjanji untuk sama-sama mencari masa dan meluangkan waktu untuk pertemuan seperti ini..insyaalah dengan semangat kawan-kawan semua kami akan melaksanakan aktiviti sebegini selepas segala urusan kami di KL selesai..paling tidak aktiviti mingguan kami kawan-kawan di KL tetap berlangsung..kat KL semuanya berkampung di sana...kembalilah kawan-kawan di DC ..kami semua menunggu kalian semua balik..
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 10-Apr-2008 13:04 |
Email | Share | | Bookmark |
|
MaKaN TeNGaHAri DeNGaN KuZi & MoKHtAr...
|
|
Sehari selepas tiba di kampung aku dah terima jemputan dari Mokhtar/Kuzi untuk makan tengahari..hai gembiranya kami..dah lama tak bertemu dengan saudara-saudara kami ni..pucuk di cita ulam mendatanglah..tambahan pula saudara kami dua orang ni belum lagi bekerja sepenuh masa...bolehlah keluar makan anytime kata Mokhtar..
Ikan keli cicah air asam pembuka selera..sedap sungguh..campur sayur lemak nangka dan kerabu kerang dan pucuk paku..alahaiiii sedapnya..terimakasih Dr berdua kerana belanja kami..tapi paling penting bukan kerana tak makan tapi kerana kami dah lama tak bertemu..banyak perkara menjadi agenda perbualan..tenyata mereka berdua tetap sama seperti dahulu..tetap mesra...kami merancang banyak lagi aktiviti bersama selepas ini..nantikannnnnnnnn..
|
|
|
|