|
|
| Friday, 13-Jun-2008 14:06 |
Email | Share | | Bookmark |
|
TazKiRaH...AnDAkaH YaNg PaLiNG MaLAnG SekALi ?....
|
|
Korang merasakan korangla insan paling malang hari ini... Iye ke? Bacelah kisah orang-orang malang yang kemungkinan besar berkali-kali ganda malangdaripada korang yang malang....
Tak percaye?
Teruskan membaca...
HARI MALANG ANDA?
Pihak bomba di California menemui mayat seorang lelaki yang rentung jauh didalam hutan semasa melakukan penilaian kesan kebakaran hutan yang telah berjaya dipadamkan. Anehnya, si mati berpakaian sut renang lengkap dengansirip kaki, tong oksigen di belakangnya dan topeng pernafasan skuba. Bedahsiasat yang dijalankan kemudian mendapati kematian mangsa bukan disebabkan
kebakaran, tetapi berpunca daripada kecederaan dalaman yang teruk. Siasatanpenuh yang dijalankan akhirnya menjelaskan punca kejadian aneh ini.
Sebenarnya semasa hari kejadian, mangsa sedang menikmati percutian aktiviti skuba di pantai yang terletak kira-kira 20 batu dari tempat kebakaran hutan berlaku. Dalam usaha pantas pihak bomba memadamkan kebakaran, helikopterdigunakan untuk mengangkut air menggunakan bucket yang besar dari puncayang paling hampir. Dapat teka apa yang terjadi kepada mangsa? Dalam masa
seminit, mangsa yang sedang menyelam di laut tiba-tiba menjunam jatuh 300 kaki dari udara ke dalam api.
MASIH MERASAKAN INILAH HARI MALANG ANDA?
Seorang suami di halaman depan rumah sedang membaiki motosikal dan isterinya pula di dapur. Sedang dia memulas enjin, dengan tak sengaja dia terpijak gear lalu menyebabkan motosikal itu meluncur bersama dengan tuannya merempuh pintu kaca, terus ke ruang tamu rumah. Mendengar bunyi dentuman, si isteri meluru ke ruang tamu dan terkejut beruk! Suaminya terlantar luka dan berdarah di sisi motosikalnya. Setelah paramedik dihubungi dan tiba tak lama kemudian, suaminya di bawa keluar dengan berhati-hati ke dalam ambulans kerana kebetulan kedudukan rumah mereka agak
tinggi dengan beberapa langkah anak tangga. Laluan sisi tangga yang licin adalah laluan sempit motosikal.
Kecederaan suaminya tidaklah begitu parah dan si isteri pun tidak mengikutnya ke hospital. Dia mengalihkan semula motosikal ke tempatnya.Didapati minyak yang tertumpah di atas lantai, dia mengelapnya dengan kainlembap dan kemudian membuang kain itu ke dalam mangkuk tandas (bengong tak? Takde tong sampah ke..) Si suami pula yang telah dirawat terus balik sendiri ke rumah (naik aper tak taula), melihat pintu rumah yang pecah terkopak dan sedikit kerosakan pada motosikalnya. Dengan rasa kecewa dan pening lalat, si suami ke tandas, duduk di atas mangkuk dan menyalakan rokoknya. Selesai merokok, dibuangnya sisa puntung ke dalam mangkuk menerusi celah kelangkang dan....... ARRRGGHH!!!! kebaBOOM!!
Si isteri yang mendengar jeritan suaminya dan sayup bunyi letupan kecil berlari lagi, kali ini ke dalam tandas... Suaminya terbaring di atas lantai dengan seluar yang terbakar dan melecur di punggung, lipatan peha dan belakang kaki... tak lupa anunyee.. Dengan panggilan kecemasan, paramedik
yang sama sekali lagi bergegas ke rumah mangsa. Dengan pengusung mangsa di bawa turun melalui tangga laman. Paramedik yang kehairanan bertanyakankepada si isteri hal malang ditimpa tangga yang terjadi. Selepas menceritakan hal tersebut, paramedik yang mendengarnya tertawa dengan kuat.
Malangnye... (sekali lagi...) Salah seorang daripada mereka kemudian tergelincir dan berguling-gulinglah mangsa di tangga tersebut hingga ke kaki jalan. Sekarang, rawatan akibat melecur ditambah dengan rawatan menyimen tangan yang patah... Malang ditimpa eskalator... Akhbar Florida.
MERASAKAN ANDA LEBIH MALANG DARIPADA MEREKA DI ATAS?
Ingat! Mungkin ini lebih buruk...
1. Kos purata untuk rawatan dan pemuliharaan seekor anjing laut akibat tumpahan minyak Exxon Valdez adalah sebanyak USD$80 000.. Dalam satu majlis khas, dua daripada anjing laut tersebut dilepaskan semula ke habitatnya dengan tepukan gemuruh dan sorakan gembira hadirin. Tak sampai 2 minit kemudian, tiba-tiba kedua-duanya dibaham, NGAP! oleh seekor paus pembunuh.
2. Seorang isteri yang baru balik ke rumah, tergamam melihat lilitan wayar dari pinggang suaminya yang kebetulan berdiri berhampiran cerek elektrik.'Suamiku terkena kejutan elektrik'..jeritnya..
Dengan refleks spontan secepat kilat, dia memukul (dah tentu dengan sekuat atinye...) suaminya dengan kayu (penyapu kot) yang dicapainya di belakang pintu. Akibatnya, si suami yang sebenarnya sedang bergumbira sambil mendengar Walkman... patah dua tulang tangan.
3. Dua orang aktivis haiwan sedang membuat bantahan terhadap kerja-kerjapenghantaran khinzir yang mereka anggap tak berperikehaiwanan di sebuahpusat penyembelihan khinzir di Bonn, Jerman. Tiba-tiba dua ribu khinzirtadi meluru dengan satu rempuhan ke arah pagar yang patah, menyebabkan
kedua-dua aktivis tadi mati serta-merta dipijak oleh ribuan kerbau pendek tu..
AKHIR SEKALI...
4. Khay Rahnajet, seorang penentang di Iraq, tidak melekatkan setem yang cukup untuk letter bomb yang dihantarnya. Surat itu dikembalikan dengan return to sender dinyatakan padanya. Akibat terlupa, letter bomb yang di set meletup apabila dibuka.... menjadikan pengirimnya bercerai kepada
kepingan-kepingan badan yang berasingan... Innalillah..
Untuk artikel lain boleh buka http://suarakedamaian.blogspot.com
|
|
|
|
|
|
| Monday, 9-Jun-2008 13:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
PuLuT TaNaK & DuRiaN..
|
|
Ketika aku di usia kanak-kanak seringkali ibu aku menjamu menu makanan traditional ini..ia amat popular di utara tanahair..agak lama aku tidak mengecap keenakkan makanan tradisi berzaman ini...Namun hari ini isteri aku Yati tergerak untuk melakukannya sementelah lagi kepulangan aku ke kampung baru-baru ini membawa ole-ole durian kampung...teruja anak-anak aku untuk mencuba makanan ini..seandainya warisan traditional ini tidak diterap sebagai makanan untuk anak-anak kita dikhuatiri suatu masa nanti ia akan hilang ditelan zaman..makanan ini kami panggil 'PULUT DURIAN'..Pulut itu ditanak terlebih dahulu kemudian diuli sehingga sebati dengan santan..Pulut ini kemudian akan dimakan bersama durian serta santan yang dicampur sedikit garam dan gula untuk menambah citarasanya..
Hari ini juga merupakan hari pertama persekolahan anak-anak aku..semoga mereka akan tabah dalam mengharungi pembelajaran..biar perit di awal persekolahan namun aku mengharapkan anak-anak aku akan cepat dapat menyesuaikan diri dengan alam persekolahan di Malaysia..ternyata anak-anak aku sendiri tidak sabar untuk menikmati kehidupan sebagai pelajar kembali...
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 5-Jun-2008 15:18 |
Email | Share | | Bookmark |
|
KeNdURi KaHWiN RuMah USt ZaKI di PenDAnG KedAh...
|
|
Kadang kita tidak menjangka sesuatu itu berlaku di luar jangkaan kita sendiri..begitulah yang terjadi apabila akhirnya aku mengambil keputusan untuk pergi ke rumah Ust Zaki di Pendang Kedah sempena perkahwinan adiknya...Sebelum ini aku menjangkakan tiada berkesempatan ke sana memandangkan aku sekarang telah mula bertugas...nak ambil cuti rasanya malu pula..tapi akhirnya mungkin kuasa tuhan agaknya kontena aku dari DC sampai..terpaksalah ambil cuti..dapatlah cuti dua minggu..lega..tapi banyak kerja kena dibereskan...
Kontena aku tu tiba pada hari Isnin..first sekali aku suruh hantar ke rumah aku sekarang di DTHO...penuh rumah aku dibuatnya..satu bilik tu penuh dengan kotak hingga hampir ke syiling..belum mampu dibuka lagi ..terlampau banyak barang hinggakan hari Selasa baru pekerja Subali Pack tu boleh pasang perabut kat rumah..Hari Rabu sebahagian barang lagi tiba di kampung di Parit Buntar,Perak....simpan kat rumah keluarga kat kampung..begitulah ceritanya pasal kontena aku tu..bagi kawan-kawan DC yang akan balik lepas ni buatlah persiapan dari sekarang...hingga ke hari ni aku masih belum habis buka kotak lagi...
Dalam sibuk-sibuk kat kampung menguruskan barang-barang dan lain-lain urusan, aku setuju menerima ajakan Mokhtar/Kuzi untuk ke rumah Ustaz Zaki...Zainal PS dan keluarga pun nak ikut sekali..kami setuju untuk menjadikan R&R Juru sebagai check Point berkumpul...Mengikut perancangan awal En Hashimi MARA dan En Roslan pun nak join juga tapi last minit terpaksa dibatalkan kerana ada urusan lain...Kami bercadang nak ke sana waktu petang kerana dalam masa yang sama Kuzi/Mokhtar ada jamuan perpisahan di USM...
Akhirnya kami tiba di Pendang pada jam 5 petang..ternyata masih ramai tetamu lagi...datang waktu petang sebenarnya ada istimewanya sebab kebiasaannya kenduri di Utara selepas waktu petang ada tambahan hidangan istimewa seperti mee rebus dan sebagainya..alhamdulillah rezeki tuhan beri tetap ada...Sebenarnya dah lama aku tak pergi kenduri di Kedah ni..selalunya masakan kenduri di sini memang sedap..memang tak salah jangkaan kami..kami dijamu dengan gulai lemak tulang lembu + nangka,pajeri nenas,ayam masak merah dan sebagainya..sedap hingga menjilat jari
Kelihatan Ustaz Zaki dan Ustazah serta anak-anak mereka Jo,Syazwan amat sibuk melayan tetamu...terlalu ramai tetamu yang hadir terutama kawan-kawan Ust yang datang bertandang.. hinggakan daging lembu terpaksa ditambah..rupa-rupanya tak cukup lembu seekor..menurut ceritanya Ust Zaki tek sempat nak menjemput mulut semua kawan-kawannya..hanya melalui SMS aje..ternyata kebanyakkan kawan-kawannya datang...begitulah berpenggaruhnya Ust Zaki...
Dalam pada itu dengar ceritanya Ustazah pun memainkan peranan utama dalam majlis ini..dengar ceritanya beliau menaja pakaian semua ahli wanita keluarga pengantin...warna hijau lagi..mantap betul..wajah keletihan terpancar di waja mereka tapi nada keriangan menyambut tetamu tidak pernah berkurangan di wajah mereka..Jo dan Syazwan juga banyak menolong terutama part basuh pinggan..nasiblah anak lelaki katakan!!!!!!!..
Pukul 7 malam kami bergerak pulang ke destinasi masing-masing..rupa-rupanya belum boleh balik ke rumah lagi..Mokhtar ajak ke rumah mereka dulu di Sg Petani...untuk tidak menghampakan Zainal PS yang beriya-iya ke sana aku pun pergi sekali..sebenarnya dah 3 kali aku ke rumah mereka dalam tempoh aku balik ke DC ni..memang agak sinonim dengan keluarga ini..akhirnya sembang punya sembang pukul 9.40 malam barulah boleh menamatkan perjalanan dan kembali semula ke rumah..alahai letihnyaaaaa
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 1-Jun-2008 13:49 |
Email | Share | | Bookmark |
|
SeLaMAt PeNGanTin BaRU-MD AyuB & NoR AzRiNA...
|
|
Minggu mempelai ke jinjang pelamin..begitulah yang terjadi bila era cuti sekolah bermula..Terasa amat bertuah kami bila diundang oleh bekas sahabat kami dalam Gp DC iaitu En Roslan/Kak Fiza ke rumah mereka untuk meraikan perkahwinan adik kepada Kak Fiza iaitu Md Ayub...
Sementelah lagi inilah masanya kami mengumpulkan semua group DC ...Akhirnya hari ini mencatat sejarah apabila begitu ramai group DC berkumpul...pertama kali bersua mula dalam jumlah yang begitu ramai..Kelihatan kelibat Keluarga Ust Zaki, Keluarga Dr Mokhtar, Keluarga Zainal PS, Keluarga Hashimi, Keluarga Puan Rodziah MARA, keluarga Mardiana, keluarga kak Huda MITI, Razman, En Md Nor...sungguh menakjubkan...Walubagaimanapun ada beberapa keluarga yang turut diundang tidak dapat menghadirkan diri kerana pelbagai perkara seperti keluarga En Dollah, Kak Nor WB, keluarga Zaimun dan Keluarga Lt Kol Anuar..manakala keluarga En Rusti dan Puan Ann gagal dihubungi..
Alhamdulillah tercapai juga impian kami untuk berkumpul..insyaalah kami akan cuba berkumpul lagi di lain kesempatan walaupun ternyata bebanan kerja amat menyukarkan..namun kesanggupan kawan-kawan untuk cuba berusaha kearah tersebut memberikan sedikit harapan bahawa hubungan silaturrahim yang disemai semenjak di DC akan terus marak dan mekar walau di manapun jua kami berada..Minggu hadapan kami akan berkampung di Pendang Kedah pula di rumah keluarga Ust Zaki..
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 31-May-2008 10:02 |
Email | Share | | Bookmark |
|
ManDI ManDA dI SurIA KLCC
|
|
Anak-anak aku begitu teruja untuk pergi KLCC...seringkali disebut-sebut impian mereka tatkala di USA lagi..hari ini aku tunaikan impian mereka..kegembiraan mereka ternyata membawa kebahagiaan bagi aku dan Yati...
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 28-May-2008 13:05 |
Email | Share | | Bookmark |
|
HaPpY BirHDaY PN LaiLi MaRIaM IsA...
|
|
Hari ni first time Kak Laili datang rumah...aku tak ada kat rumah..macam biasalah aku kerja hari ni..Pada awalnya Yati talipon Kak Laili nak ucap selamat..tup..tup Kak Laili kata dia nak datang rumah tengahari nanti..katanya masa tu kena pergi ambil Pa-ann kat sekolah..jadi dia nak singgah dulu...Yati pun readylah kak rumah nak sambut Kak Laili..sampai aja kat rumahYati ajak makan tengahari .tapi Kak Laili tolak..rupanya dia ada program lain..he.he he..
Nak tahu apa dia?..rupanya dia nak bawa Yati dan anak-anak keluar makan ..katanya nak celebrate birthday dia..rezekiiiiii..lepas ambil Pa-ann, Kak Laili ajak pergi makan KFC..memang makanan favourite anak-anak akulah...walau macammanapun terimakasih Kak Laili..moga dimurahkan rezeki...
Rezeki Kak Laili memang murah pun..Kesempatan Kak Laili datang kat rumah..Yati pun berilah hadiah yang dikirimkan oleh Kak saimun dan Sheila pada kami ketika berangkat pulang dahulu...sebenarnya banyak agenda perbincangan mereka..maklumlah lama tak jumpa...
Kak Laili pun tak lupa pada aku kerana dia tinggalkan kek birthday dia untuk aku..sampai aja kat rumah Yati pun keluarkan kek tersebut untuk minum petang aku..Sedapppp..tak sama kek dekat USA..
Malam pula Razman talipon..bersembang pasal kenduri rumah En Lan..Razman pun kena jemput..jadi aku bincang dengan dia time kami nak tiba dirumah En Lan..Aku rancang biarlah semua kawan-kawan DC dapat datang pada masa yang dirancangkan..barulah boleh berkumpul bersama-sama...Akhirnya Razman beri time akan datang pada jam 1 hingga 2 tengahari dirumah En Lan..Harap Ustaz, Zainal, Moktar dan kawan-kawan lain yang baca FP ni akan datang pada masa masa tersebut..kalau terdatang awal tu harap tunggulah...takut ada yang bermasaalah nanti..
Yati pun akhirnya dapat talipon Marina Kol Anwar..bukan apa nak ajak dia datang kenduri rumah En Lan..harap-harap dia dapat datang..ramailah sikit..Kol Anwar tak ada..tugas kat Sabah...
Kalau ada sesiapa yang rindukan Kak Laili, kat sini ada aku masukkan gambarnya...
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 25-May-2008 20:14 |
Email | Share | | Bookmark |
|
HaPPy BiRThDay AidIl - 8 TaHUn..
|
|
Dalam kesibukkan aku sehari-hari ni terlupa pula pada 24 Mei merupakan birthday Aidil..itupun last minute teringat...Pada 24 haribulan tu kami sekeluarga bergegas balik kampung sebab ada urusan beli rumah..alahai dah di hujung perkhidmatan ni baru berkesempatan nak beli rumah..itupun nasib baik Mokhtar yang usulkan beli rumah kat situ..berjiran pula dengan dia...memang suratan kami akan berjiran..rumah yang aku beli tu pula rumah yang terakhir untuk dijual..nasib baik Mokhtar dah booking rumah sebelum ni..
Hari Ahad 25 Mei kami balik ke KL kembali sebab esok aku dah kerja..balik tu baru teringat birthday Aidil..jadi aku dan Yati buat surprise malam tu..inilah hasilnya..Tak sempat nak buat apa cuma beli kek dan ayam KFC...kurang meriah sikit sebab barang-barang perabut kat rumah belum ada lagi..Nak jemput kawan-kawan pun almaklumlah kontena pun belum sampai..alhamdulillah baru sampai hari ni..clearance dengan Kastam 4,5 hari , lepas tu barulah barang tu tiba di rumah aku...legaaaaaa..
Minggu depan banyak program alumni DC..kami akan berkampung di rumah En Lan untuk kenduri kahwin..lepas tu mungkin ke Pendang pula kenduri kahwin rumah Ustaz.itupun jika diizinkan tuhan...Selang lepas tu kami pula nak buat jamuan untuk kawan-kawan kat rumah...alahai sibuknya...
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 21-May-2008 10:15 |
Email | Share | | Bookmark |
|
PeLiKnYa DuNIA ni....
|
|
Peliknya dunia ni...Apa yang peliknya?..di akhir cerita ini ada jawapannya kepada persoalan tersebut..
Hari ni aku masih pergi kerja kat Mindef lagi..menyelesaikan beberapa urusan dokumentasi sebelum aku melapur diri sebagai jurulatih di Pusat Latihan xxxxxxxxxx..Tengahari urusan sudah selesai..terus aku ajak Yati pergi ke Jabatan Pendidikan Wilayah kerana ingin mengambil salinan tawaran masuk sekolah untuk Aidil..kesian anak-anak aku semua yang belum bersekolah lagi..Selepas cuti penggal yang bermula pada minggu hadapan barulah anak-anak aku akan memulakan persekolahan mereka...untuk mengelakkan pelbagai masalah bila memulakan persekolahan nanti, Yati telah menyiapkan jadual untuk anak-anak aku tu belajar terutama dari segi bacaan Bahasa Melayu...Tapi tak sangka betul kat sana jumpa pula kawan-kawan lama yang dah lama tak jumpa...Rosila & Asmadi...sempat bertukar no talipon...
Selepas tu kami pergi ke bank pula untuk urusan xxxxxxx. Selesai urusan kami ingat nak cepat-cepat balik sebab tengok cuaca pun macam nak hujan lebat aje..Tapi langkah kami tersekat pula bila kami lihat ada dua kanak-kanak sekolah menerpa ke arah kami dan memujuk kami untuk membeli ubat yang mereka jual..alahai kesiannya kanak-kanak ini..kami tanya dari sekolah mana..kata mereka dari PD..jauhnya kata aku...pelik juga ..sepatutnya masa ni kanak-kanak sebaya mereka patut ada di sekolah atau pun mengulangkaji pelajaran kat rumah...tapi kini sedang menjual....geram betul aku..langsung aku tanya 'datang dengan siapa'. 'kami datang dengan Warden Sekolah'..itu jawapan mereka...untuk puaskan hati aku terus aku tanya lagi 'habis mana Warden tu?'... Dalam keadaan gugup budak tu berkata ' pergi Carefour'..bertambah geram aku langsung aku minta talipon Warden tu..tujuan aku hanya nak gertak budak-budak tu takut mereka menipu.... ternyata budak-budak itu takut-takut nak beri no talipon..Yang paling aku tak puas hati lagi bila budak-budak itu kata selepas habis sekolah waktu tengahari terus mereka dibawa datang datang ke sini untuk menjual..kononnya untuk tabung anak yatim....dia orang kata mak bapak mereka beri kebenaran..banyak lagi jawapan mereka yang meragukan..dalam pada tu hujan dah mula turun..langsung aku suruh Polis Bantuan dekat bank di situ supaya tolong tengokkan budak-budak ini...tentukan tengok siapa yang bawa mereka kat sini...bukan apa kesian pada budak-budak tersebut..tambahan pula sekarang ni banyak sendiket pengemis yang memperalatkan kanak-kanak untuk mencari wang untuk mereka..kegiatan yang memperalatkan kanak-kanak sekolah mencari wang perlu dibanteras walaupun atas dasar apa pun...aku meninggalkan kanak-kanak tersebut walaupun perasaan aku berat hati..hasrat hati aku nak tengok muka Warden Sekolah tersebut...kalau ye pun nak minta kanak-kanak ni tolong menjual janganlah sanggup kau tinggalkan mereka keseorangan..kalau anak-anak sendiri sanggup pula tunggu...takut hilang kononnya..itulah manusia yang bertopengkan xxxxxxxx..
Nasib kami sungguh baik..sampai aje kat rumah hujan turun dengan lebatnya...hujan-hujan waktu petang2 begini , alangkah sedapnya jika dapat minum petang dengan cucur udang sambil mengirup teh 0 yang panas...Nasib baik bahan nak buat tu ada kat rumah...terus Yati buat cucur udang..selain tu Yati juga hidangkan biscut tali yang kebetulan dia buat kelmarin..alahai enaknyaaaaaaa...
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 20-May-2008 11:59 |
Email | Share | | Bookmark |
|
HaPpY AnnIVerSary En LAn & KaK FIzAh...
|
|
Hari ini hari paling membahagiakan bagi saudara berdua kita ni...hari penting yang merupakan aras tanda kebahagian perkahwinan mereka selama ini..Hari ulangtahun perkahwinan mereka..apalagi yang dapat membahagiakan mereka selain dari kebahagian perkahwinan yang berkekalan..Tahniah buat En Lan & Kak Fizah...semoga berkekalan hingga ke anak cucu..
Ikhlas dari
Husin,Yati,Aiman,Anissa & Aidil
|
|
|
|
|
|
| Monday, 19-May-2008 14:09 |
Email | Share | | Bookmark |
|
KeRAnG ReBUs...
|
|
Hari ni cuti umum Hari Wesak..biasalah hari ni aku bangun lewat sikit..lepas tu tolong-tolong Yati kemas rumah sikit..Dalam masa yang sama Yati masak nasi lemak untuk sarapan pagi...dah selalu sangat bungkus makan dari luar..hari ni Yati masak sendiri..makan kat luar pun bukan sedap sangat..selalu beli tak habis pun..cuma nasi lemak lauk biasa aje..ikan bilis,telur sambal..itupun dah bertambah-tambah makan..
Lepas tu Razman talipon..berborak dengan dia kejap..aku masih tak sempat nak jumpa dia..maklumlah kereta tak ada lagi..Razman beritahu dia akan berhenti kerja ditempat lama dan dah dapat kerja baru kat bank..alhamdulillah..murah rezeki..aku ajak datang rumah tapi aku kata tak bolehlah masak sedap-sedap sebab barang dalam kontena aku belum sampai lagi...semalam Razman pergi rumah En Dollah..hantar komputer..
Kemudian aku talipon Dr.Mokhtar pula..aku suiruh dia tengok-tengok kalau ada rumah-rumah yang hendak di jual kat PB..aku nak buat loan kerajaan..takut tak sempat dah..Yang bestnya Mokhtar kata nak datang KL pada 1 Jun nanti..bolehlah aku ajak datang rumah..tapi takut juga kalau masa tu aku kena balik kampung kerana aku diberitahu barang kontena aku akan sampai pada hujung bulan ni..harap-harap sempatlah..
Selepas sembahyang zohor aku ajak Yati keluar nak hantar duit upah orang pasang batu marmar kat lantai rumah aku kat Keramat..malang sungguh rumah aku tu..bila balik aje dari US..aku tengok rumah sewa aku tu tak terjaga...penyewa rumah aku tu teruk betul..sampai hati mereka curi kipas angin syiling rumah aku..bukan tu aje habis kabel letrik rumah aku dia orang curi..terpaksa aku upah orang buat wiring baru..itulah perangai orang Malaysia yang aku tak suka..tapi nak buat macamana Malaysia tetap tanahair ku..
Selepas tu kami singgah pasal malam..dalam pada tu fikir-fikir juga apa menu makan malam nanti..dah tak tau nak masak apa dah..rasanya semua menu dah rasa...ha!!!!! dapat idea..malam ini ingat tak payah makan nasi kot..makan kerang rebus..mesti sedap...
Inilah gambar kerang rebus dengan kuah kacang..sedapppppppp...
|
|
|
|