Want your
own Fotopage?








 
husin's FotoPages

By: husin zainudin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Saturday, 16-Aug-2008 08:02 Email | Share | | Bookmark
KhuSuS uNTuK KaKI PanCinG...

 
 
 
View all 6 photos...
Bab-bab pancing ni memang aku minat..tapi tak berkesempatan pula nak memancing..joran pun dah aku beli masa aku kat US...last sekali yang aku dapat buat hanya dapat tengok gambar ikan yang termakan pancing...















Tumpang Iklan

Jualan Pembukaan Kedai

Layari http://sulamqistina.blogspot.com

Mari selagi stok masih ada
Untuk persiapan hari raya
selain kelainan penampilan
Tidak mahu manik....kita guna sulam..
Sulam di jahit dengan manik pun menarik juga
Harga promosi.... sehingga 1 Jun 2009
Kain Sulam Bukit Tinggi Indonesia
Punya Kelainan dan sulam yang cantik.....
Lihat dulu....kot2 ada yang berkenan....
Thu 30-Apr-2009 02:34
Posted by:limau merahlimau2@gmail.com
Add comment


Saturday, 16-Aug-2008 07:48 Email | Share | | Bookmark
MInDa MuFti....

Dah lama bebenar aku tak menulis dalam FP aku ni..almaklumlah aku sibuk berkursus di PD..walaubagaimanapun aku sempat juga membaca email dan blog kengkawan..aku tertarik dalam satu e-mail yang dihantar oleh seorang kawan dan rasa-rasanya kita semua boleh sama-sama memikirkannya...


AGAMA BUKAN CANDU UNTUK MENGKHAYALKAN ORANG MISKIN

PENULIS: DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
MUFTI KERAJAAN NEGERI PERLIS


Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya". (Surah al-Isra: 26-27).

Saya tertarik apabila membaca membaca kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad. Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga. Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki talipinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu.

Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabiNya s.a.w. (lihat: 'Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam). Saya suka dengan jawapan al-Imam al-Nawawi ini. Saya tahu, selepas ini banyak forum-forum perdana, ceramah-ceramah di radio dan televesyen akan memperkatakan tentang kewajipan berjimat cermat. Maka ustaz, ustazah dan penceramah pun –atas pemintaan penaja yang membayar harga ceramah- akan bersungguh-sungguh menyuruh orang-orang bawahan untuk berjimat cermat. Dalil-dalil pun akan dibaca. Mungkin akan ada ustazah yang mencari cerita-cerita ajaib yang baru untuk dikaitkan dengan bab jimat cermat dan jangan membazir. Mungkin akan ada penceramah yang cuba menangis-menangis –seperti seorang pelakon berjaya yang menerima anugerah- bercerita kepada makcik-makcik yang kusyuk menonton tentang azab seorang yang membazir 'nasi lemaknya'. Datanglah orang-orang kampung mendengar forum perdana dengan basikal atau motosikal sebagai menyahut seruan agar tidak membazir petrol. Adapun penceramah, datuk-datuk pengajur, YB-YB hanya menggunakan kenderaan mewah yang berkapasiti atas daripada 2000cc. Tujuannya untuk mengelakkan pembaziran wang kerajaan yang terpaksa dibayar kepada empunya kenderaan 2000cc ke bawah, lebih tinggi daripada 2000 ke atas. Maka insaflah mak cik dan pak cik yang barangkali teringatkan tulang ikan yang pernah dibuangnya padahal masih ada sedikit sisa isinya yang melekat. Itulah membazir namanya. Maka, atas keinsafan dan taubat itu, mungkin ada yang akan mula mengurangkan makan nasi lemak daripada sebungkus seorang kepada sebungkus yang dikongsi bersama. Air kopinya yang memang sudah 'ceroi' akan ditukar kepada yang warna hitamnya antara kelihatan dan tidak. Maka selamat negara kita ini, disebabkan pakcik dan makcik, pak long dan mak long, pak lang dan mak lang di kampung sudah mengubah gaya hidup mereka.

Jika saya hadir ke forum yang seperti itu, saya ingin bertanya soalan, tapi soalan yang belum 'dijakimkan', "apakah agama ini dihantar oleh Allah untuk menghukum manusia bawahan dan menghalalkan yang lain tidur dalam kekenyangan dan kemewahan?". Sebelum harga minyak naik, telah sekian mereka yang berada di teratak usang itu menjimat makan dan pakai. Saban hari mereka mengira belanja untuk memboleh mereka terus hidup di kala negara dunia belum menghadapi krisis harga minyak.

Saya tidak mahu membicarakan tentang kenaikan harga minyak dari sudut perjalanan ekonomi antarabangsa. Telah banyak pakar-pakarnya bicarakan. Tapi saya ingin bincangkan tentang soal pembaziran dan jimat-cermat. Ya, memang Islam memusuhi pembaziran. Bahkan al-Quran tidak pernah mempersaudarakan antara mana-mana pembuat dosa dengan syaitan, melainkan mereka yang membazirkan. Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya): "Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya". (Surah al-Isra: 26-27).

Demikianlah Allah persaudarakan pembazir dengan syaitan. Kesan pembaziran sangat besar. Lihat negara kita yang kaya dengan berbagai hasil. Sepatutnya kita akan tetap kukuh dan setiap rakyat akan menikmati kekayaan ini dengan adilnya. Namun, disebabkan pembaziran, harta negara yang sepatutnya dapat dimakan puluhan tahun, tetapi surut mendadak dalam masa beberapa tahun. Maka, yang patut mendapat bantuan dan hak, tidak cukup untuk sampai kepadanya. Barang keperluan pula bertukar menjadi mahal. Pembaziran memusnahkan kehidupan rakyat bawahan dan menghalang hak yang sepatutnya sampai kepada mereka. Maka betapa wajar untuk para pembazir itu dipersaudarakan dengan syaitan. Apatah lagi dalam banyak keadaan, pembaziran itu lahir dari keangkuhan dan kesombongan. Sifat-sifat itulah jua yang menjadi asas kepada kekufuran syaitan.

Soalannya, mengapakah apabila kita membicarakan tentang pembaziran, kita hanya terbayang orang-orang bawahan di kampung ataupun bandar. Jika kita ingin meminta supaya setiap warga negara ini berjimat dan jangan membazir, maka bermulalah daripada atas. Bukan sekadar untuk 'mengenakan si miskin yang sekian lama telah berjimat dan sudah tidak tahu apa yang hendak dijimatkan lagi. Mengapa kita hanya terbayang rakyat yang berada dalam rumah persendirian dan berbelanja dengan wang poketnya yang sudah lelah? Kita sepatutnya terlebih meneliti semula bagaimana perbelanjaan yang menggunakan harta negara dan rakyat yang sedang berjalan di istana-istana, kediaman-kediaman rasmi kerajaan di peringkat negara dan negeri?. Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah? Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan. Karpet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh 'orang biasa'. Apakah patut di saat yang sebegini, ada istana atau kediaman rasmi menteri yang hendak ditambahmewahkan? Apakah patut orang-orang besar ini diraikan dengan hiburan atau pertunjukan dan konsert yang menelan puluhan ribu ringgit sempena sesuatu kunjungan mereka. Wang itu, wang negara. Wang itu, wang rakyat. Apakah dalam masa yang sebegini mereka masih mendapat peruntukan untuk bersantai, bermain golf dan 'berhiburan' dengan menggunakan wang rakyat bawahan yang disuruh menjimatkan nasi lemak dan air kopi mereka?. Pembaziran sebegini lebih rapat menjadi saudara syaitan dibanding wang persendirian yang dibelanjakan. Meminjam falsafah al-Imam al-Nawawi yang saya sebutkan tadi, jika orang atasan telah benar-benar berjimat, maka wajarlah untuk dikurangkan subsidi rakyat. Al-Nawawi telah dibuang negeri kerana enggan bersekongkol dengan perkara yang seperti ini. Namun, jika itu tidak dilakukan, ulama bukan burung kakak tua.

Saya mengambil risiko menulis hal ini. Tanggungjawab di hadapan Allah lebih besar daripada segala-galanya. Para ulama dahulu jauh lebih mulia, tidak dibandingkan kedaifan saya ini. Pun mereka telah menunaikan tanggungjawab al-Amr bil Ma'ruf dan al-An-Nahy 'an al-Munkar ini. Semoga Allah menimbang tinta para ulama dengan darah para syuhada. Telah berlaku tahun kesusahan dan kelaparan yang amat sangat di Semenanjung Arab pada zaman Amirul Mukminin 'Umar bin al-Khattab. Dikenali dengan 'Am al-Ramadah kerana seakan bagaikan warna ramad atau abu disebabkan kekurangan hujan, warna tanah dan warna kulit manusia yang bertukar disebabkan kekeringan. Ini berlaku pada antara tahun 17H dan 18H selama sembilan bulan. Amirul Mukminin telah berhempas pulas menguruskan harta negara ketika itu bagi mengatasi kesusahan rakyat. Di samping kecemerlangan pengurusan, yang ingin disebutkan di sini kecemerlangan pendirian dan sikap. Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa 'Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar. Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. 'Umar enggan makan bahkan berkata: "Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan keduanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?". (Al-Tabari, 2/358, Beirut : Dar al-Fikr). Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu diceduk masakan itu untuk dihidangkan juga buat 'Umar. Tiba-tiba yang diceduk itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu 'Umar bertanya: "Dari mana diperolehi ini?". Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata 'Umar: "Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa" (Ibn Sa'd, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut : Dar Sadir).

Maka alangkah buruknya seorang presiden, atau sultan, atau raja, atau perdana menteri, atau menteri besar, atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan. Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini. Bermewahan dengan pertunjukan dan hiburan dari peruntukan wang negara. Kemudian bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui apakah kepenatannya untuk rakyat. Kos cuti itu pula ditanggung oleh negara tanpa sebarang pulangan keuntungan buat rakyat. Alangkah zalim! Alangkah keji sikap yang sedemikian rupa. Saya kadang-kala begitu hairan apabila seseorang dianggap 'berjiwa rakyat', hanya kerana makan nasi yang dijamu oleh rakyat, atau masuk ke kampung mendukung anak rakyat untuk beberapa minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto. Apakah itu dinamakan berjiwa rakyat? Jika hendak diiktiraf sebagai berjiwa rakyat, rasailah apa yang rakyat rasai. Orang seperti 'Umar bin al-Khattab lebih mulia daripada segala keturunan atau pangkat yang ada di kalangan manusia. Kemuliaannya telah diiktiraf oleh Allah dan RasulNya. Dia ahli syurga dengan jaminan Allah dan RasulNya sementara politiknya tidak ada saingan yang menggugatnya. Namun tetap amanah dan jujurnya terhadap rakyatnya. Merasai penderitaan rakyat. Beliau idola kepimpinan kita sepatutnya. Walaupun beliau tidak pernah menyuruh orang menyembah atau menjulangnya, namun beliau dipuja oleh sejarah dan diangkat oleh Allah.

Kenaikan harga minyak menaikkan harga barang. Orang berpendapatan rendah menjadi mangsa. Agama berperanan untuk menyedarkan semua pihak tentang tanggungjawab terhadap rakyat. Dalam keadaan begini, antara perkara pertama yang patut dibentang kepada rakyat adalah pengurusan kemasukan dan pengagihan zakat. Zakat yang mungkin sampai kepada peringkat bilion ringgit di seluruh negara mesti diagihkan secara telus dan bijaksana. Mengapa masih ada fakir miskin yang bagaikan meminta sedekat kepada pihak yang menguruskan zakat? Mengapa program tv lebih menjumpai si miskin dibanding pihak yang menguruskan zakat? Mengapa zakat masih berbaki dengan begitu banyak setiap tahun sedangkan kemiskinan masih banyak? Mengapa pihak yang menguruskan zakat kelihatan bertambah mewah, sementara yang patut menerima hak kelihatannya bertambah letih dengan keadaan sekarang? Di masa inilah peranan zakat bagi memastikan setiap yang memerlukan memperolehinya tanpa kerenah birokrasi yang bukan-bukan.. Jangan sampai untuk mendapat RM150 si miskin berulang alik berkali-kali dengan tambang sendiri, sementara yang mendakwa amil zakat mengisi minyak kereta dengan wang zakat atas nama amil! Ramai kata kita berjaya menguruskan zakat sebab kutipan yang tinggi. Saya katakan, pengurusan yang berjaya itu bukan sahaja kutipan semata, tetapi juga pengagihan secara telus, bijaksana dan bertanggungjawab.

Dalam usaha kerajaan menangani kemelut ekonomi hari ini, perkara-perkara yang disebutkan ini mestilah dipandang serius. Kejayaan sesebuah kerajaan menghayati penderitaan rakyat akan menjadikan mereka lebih disayangi dan disokong. Jika orang atas mengubah cara hidup, kita akan berkempen untuk semua agar mengubah cara hidup. Jika orang agama disuruh berkempen orang bawahan agar mengubah cara hidup, sementara melupai yang di atas, mereka sebenarnya cuba menjadikan agama sebagai candu agar seseorang melupai masalah yang sebenar.

Care to comment?


Monday, 28-Jul-2008 14:24 Email | Share | | Bookmark
CeRiTA KeLAkAR....

Aku datang dari keluarga yg besar...16 adik beradik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!!

Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup " gaya pulang ke pangkal jalan'"...maka adalah yg tak kena sana sini...oh..
Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz) lalu ada yg sound:
"apahal duduk macam nak berlari ajer...."
"tak baik lutut tinggi pada makanan.."
" ni duduk ke nak berak nie..?"
Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen...aku pun basuh tangan,
Nota untuk mua'alaf: sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua2 tangan dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie, sebelum korang mati Allah
akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang korang. -Hutang kereta/rumah/ kahwin/ study/along bla bla bla!!!
Sambung balik, aku pun berpikir...ada baiknya juga Nabi tak makan pakai sudu @ garfu, kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak org miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu material apa? stainless steel ke inconnel 601? nak pakai colour camne? matelic ke cooper? kan susah tu!!! tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja..bentuk bulat ke bentuk heksagon?, oktagon?, nanagon? nak kena pergi Kedai perabot buat ansuran mudah! jimat ! hanya RM 1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah kedai perabot terbesar di Malaysia , bla bla bla!!! Oh..
Biasa korang belajar doa makan macam nie:
"Allahummabariklana (hingga akhir)Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah sajer:
"Bismillah, barkatillah"
Lepas tu makan lah, dengan tiga jari(sunnah Nabi)
kemudian, ada pulak suara2 yg sound: "Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari? "
aku kata: "huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis nasi satu pinggang!!! "
Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5...oh..tepuk dada tanya iman..
Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh...
Diorang tegur: "essh..pengotor betullah"
Aku kata: "Apa pulak kotor, aku makan nasi, buka tahik!!!"(tapi aku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman)
"Nie, apahal jilat2 jari nie? lucah betul!!"-tanya diorang pada aku..
"Makan ayam sedap sampai ke kaki....makan sate sedap sampai ke lidi he he eh"-kataku. ..
Banyak pulak diorang komplen cara aku makan..err maksud aku cara Nabi makan... aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka lalau aku ubah topik dengan bertanya :
Tahukkah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun?
Abang aku kata: sebab tengkuk lembu berat...bla bla bla..
Aku kata: "salah!!! lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar!!!(tak lawak) ha ha ha!!!"
aku menyambung: "Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer, namun bila korang makan macam Nabi saw makan, maka di kira ibadat..
Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yg bagi kenyang..hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah. "

Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan..
(bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang)
Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yg sarankan agar makan pisang, minum air dengan capat, makan nasi kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya..
kesian mak aku...
"Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik camne?..cakap terer.."(kata abang aku)
Aku kata: "senang sajer...Mak angkat kedua-dua tangan ke atas.. "
Mak akupun buat..tapi masih tak jadi..
Aku kata: "lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!"
(bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..)
Aku kata:
"Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! "
HA HA HA..
(semua org ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini.
Mak aku juga ketawa..sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar..semuanya dari Allah!!!
he he he...selamat mencuba, ni bukan hadith,,just pengalaman.

PS:
1. sekiranya rakan korang menjadi mayat(over ketawa sehingga tulang mencucuk tengkuk) sesungguhnya penulis tidak bertanggung jawab!!!

2. Tak baik kenakan Mak sendiri..kalau kecil hati siapa yang susah? Tak cium bau syurga nanti.

Salam. 14 ni aku balik k Ipoh. 16 & 17 ada di Kajang. 17-24 kami becuti ke Sabah. Kalau ada program yang kena masanya boleh lah maklumkan. Tq. Tue 29-Jul-2008 11:45
Posted by:zainal-watie
cerita pasal program yang sedih ni..4 - 15 Ogos ni aku kena kursus kat PD..melepas banyak program..aku baru bincang dengan Yati nak ajak bermalam utk BBQ di Ulu Yam..nak ajak kawan-kawan..tapi kena kursus ni tangguh dulu....habis kursus ni aku kena jadi penyelia untuk kursus sampai bulan 11 nanti...lepas tu baru ambil cuti panjang...masa ni aku planning nak bercuti kat Kelantan & Terangganu....itu je...Mencadat sotong tak sempat tahun ni..tahun depan kena palnning lain pula...kalau kawan-kawan ada masa free hari minggu bolehlah kita plan jalan-jalan tempat-tempat berdekatan seperti Bukit Tinggi dan sebagainya..itupun aku tak boleh janji..banyak palnning aku gagal kebelakangan ni...sibuk sangat... Wed 30-Jul-2008 10:28
Posted by:~husinDC~
Add comment


Sunday, 13-Jul-2008 14:19 Email | Share | | Bookmark
JaLAn-JaLAn CaRi DuRIaN..........

 
 
 
View all 8 photos...
Musim durian datang lagi....first time dalam masa 4 tahun aku mengecapi kembali zaman ini..seronok bukan kepalang...Tambahan pula ada jemputan dari keluarga adik ipar untuk datang menikmati keenakkan durian tembaga dari kebun mereka. di kaki Gunung Ledang,Johor...tanpa bertangguh haluan dituju bersama adik beradik yang lain...

Durian berisi tebal, besar, aroma yang harum dan sungguh manis..itu yang dapat digambarkan keenakkan durian tembaga Gunung Ledang...bersesuaian dengan tempat puteri Gunung Ledang, isi durian pun berwarna emas kekuningan..lambang diraja barangkali...

Sungguh puassssssssssssssss














zainal :
minggu ni tak dapat p rumah kak fiza sebab anak ada sekolah ganti,ustaz pula ke johor. maybe masa kau kat kl kita boleh rancang tengok dia.minggu lepas ustaz ajak...aku dah kat kg
Thu 24-Jul-2008 04:54
Posted by:~husinDC~
bestnyer durian!!!! kak T...post hantar kat VA sebijik dua! hehehehe Fri 25-Jul-2008 15:23
Posted by:~delia  - [Link]
delia :
ha..ha..ha...nani bole ka dalam pantang makan durian?
Sat 26-Jul-2008 11:15
Posted by:~yatyDC~
View all 8 comments Add comment


Saturday, 12-Jul-2008 15:20 Email | Share | | Bookmark
KeMbALi ke PaNGkAL JaLAn....

...latihan pandu arah..
...menikmati makanan..
..kelibat ikan dalam anak sg..
View all 7 photos...
Sekian lama melupakan tradisi ketenteraan kini aku seolah-olah kembali ke pangkal jalan. Bermula 10 hingga 12 Julai 08 aku terlibat dengan latihan hutan.Tugas aku sebagai jurulatih membawa aku kembali meneroka alam hutan yang sememangnya tidak asing bagi aku...sungguh menyeronokkan... Pengalaman menyusuri anak sungai yang jernih dan nyaman..menyaksikan keindahan panorama hutan yang masih belum tercemar..kicauan burung dan unggas memainkan irama alam semesta... monyet dan lotong saling bergayutan..babi hutan yang sentiasa mencari mangsanya..sungguh indah ciptaan tuhan.. merasaikan pengalaman digigit pacat..meredah belukar dan kebun..berteman malam yang gelap gelita...berbumbungkan langit yang meluas yang tiada hadnya..aduh nikmatnya kehidupan dunia ini...

Memang betah pada awalnya namun dipenghujungkan cepat menguasai suasana...aku dapat merasakan ketenangan dijiwa..hanya bertemankan irama rimba...tenyata ia lebih mengasyikkan... mungkin bagi yang tidak biasa merasakan hanya membuang masa sahaja...tapi bagi sang pencinta ianya adalah anugerah tuhan yang tiada taranya...itulah duniaku kini..ingin aku mengajak kawan-kawan aku merasai suasana begini...mungkin suatu masa nanti tercapai impian aku nanti...
























selamat kembali bertugas husin, itu kaki kena gigit pacat ke, Sun 13-Jul-2008 03:24
Posted by:azura asri  - [Link]
kena gigit ngan pacat hutan Tue 22-Jul-2008 05:44
Posted by:~husinDC~
Add comment


Monday, 7-Jul-2008 06:35 Email | Share | | Bookmark
HaPPy BirthDay UsTaZAh & KaK FiZa...

Rutin harian yang amat sibuk kebelakangan ni membuatkan aku alpa dengan hari-hari bersejarah kawan-kawan...almaklumlah semenjak aku bertugas di Sungai Buluh ni langsung masa aku amat terbatas untuk bertemu kawan-kawan...nasib baik FP aku ni boleh dijadikan galang gantinya..Hari Sabtu 5/7/08 lalu adalah merupakan hari paling bersejarah buat Ustazah Fatimah. Hari tersebut adalah hari ulang tahun kelahirannya...Semoga Ustazah dan keluarga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...kalau kat DC tu bolehlah aku dan kawan-kawan merancang buat surprise...
rancangan tu ada sebenarnya tapi malangnya pada tarikh tersebut aku kena bertugas 24 jam sebagai Pegawai Bertugas Kem..bukan 1 hari tau tapi 3 hari berturut-turut dari hari Jumaat dan tamat pada pagi Isnin..
Pada hari itu juga (sebelah malam) kak Fiza dan keluarga telah mengadakan majlis tahlil untuk arwah. Aku sedih juga tak dapat menghadirkan diri...aku harap ada kesempatan waktu dilain kali.

Hari Ahad pula (semalam) Kak Zaimun/En Berahim buat tahlil untuk arwah En Lan kat rumah mereka di Putrajaya...itupun aku tak boleh menghadirkan diri kerana bertugas..ralat sungguh rasanya..tapi aku bangga dengan keperihatinan bekas warga DC dalam urusan kebajikan ni..tetap sama macam kat DC dulu..cuma aku yang masih belum berpeluang nak jemput kawan-kawan kat rumah..almaklumlah terlampau sibuk..tapi insyaAllah kalau ada jemputan aku akan cuba penuhi...

Dalam pada tu hari Jumaat lalu Kak Saimun/Mej Aziz sekeluarga telah sudi datang ke rumah aku..tapi aku tak ada kat rumah kerana bertugas...Tapi nasib baik Yati ada di rumah...dalam pada itu Adie/Shila pun rajin talipon kat rumah..dapatlah tahu serba sedikit perkembangan di DC...Kak Fazilah pun selalu juga talipon..terimakasih semua...

Selain tu sekarang ni aku tengah berbincang dengan beberapa orang anggota alumni DC yang berminat untuk berkampung di PD...rasanya dah lama sangat tak buat BBQ..tengah cari tarikh yang sesuai...kalau kat DC hari minggu aje boleh BBQ..tapi kat sini hari minggu pun adakalanya ada kalangan rakan-rakan kita yang bekerja..

Hampir terlupa pula.... pada 9/7/2008 ini adalah birthday Kak Fiza...walaupun Kak Fiza tengah bersedih tapi kawan-kawannya akan sentiasa mendoakan kebahagiaan beliau ..semoga kehidupan keluarganya akan sentiasa dalam kegembiraan..dihilangkan kedukaan..sesungguhnya ramai kawan-kawan sentiasa akan ada disisinya...bersedia membantu apa saja...

Bagi kawan-kawan DC yang nak balik ke Malaysia..Selamat Kembali diucapkan terutama pada En Asri & Zura sekeluarga..bertambah seorang lagi Alumni DC...lepas ni siapa lagi ye?....ah! tak kisahlah...siapa yang nak balik ke tanahair taliponlah kami semua..kalau ada masa bolehlah kita jumpa...

Salam Untuk Semua...



happy belated birthday to ustazah...kita call tapi tuan diri tak de kat rumah, dan happy birthday 2 kak fiza. semoga kedua-dua kakak kita ni sentiasa berbahagia, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan kehidupan sentiasa diberkhati Wed 9-Jul-2008 04:37
Posted by:~yatyDC~
Happy birthday to both.. semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Wed 9-Jul-2008 12:24
Posted by:edd
Yelah sibuk ni kadang2 harijadi sendiri pun lupa weh...selalunya Aifa yang tolong ingat...terutama kalau nak tiba harijadinya...maaf kawan2..nanti kita buat list supaya tak terlepas pandang..Selamat menyambut harijadi buat Che Fiza......Nanti kita buat sambutan meriah di PD seperti yang dirancang oleh Jan....
Thu 10-Jul-2008 01:35
Posted by:zaki/fatimah aasefz@yahoo.com
View all 5 comments Add comment


Thursday, 3-Jul-2008 13:01 Email | Share | | Bookmark
MaJLiS TaHLiL UnTuK ArWAh En LaN....

 
Baidurah & Kak Huda
Hashimi & Ustaz Zaki
View all 8 photos...
Kenangan bersama arwah En Lan sukar luput dari ingatan..Justeru itu atas inisiatif Ustaz Zaki kami semua Alumni DC merangka satu majlis tahlil di rumah arwah...majlis yang sekadar menghimpunkan bekas warga DC diadakan semalam. Kami tidak menjangkakan kehadiran tetamu yang ramai memandangkan ia dilaksanakan pada hari bekerja. Namun alhamdulillah dengan berkat Allah Taala majlis hari keempat arwah disemadikan berjaya dijalankankan walaupun sambutannya hanya sederhana...

Antara Alumni DC yang hadir adalah keluarga Ustaz Zaki, Hashimi/Hada, Rusti/Baidura, Huda/Rusdi, Rozita, Puan Rose Izlan, Yazid/Kak Siti. Majlis ini juga turut dihadiri oleh Ustaz Wan (Chicago) dan keluarga. Selepas tahlil hadirin dijamu hidangan yang dilaksanakan secara pot luck...Menu utama dalah bihun goreng yang dimasak oleh Yati...

Sebenarnya bagi aku sendiri dan mungkin orang lain juga merasakan satu kehilangan yang amat berharga dengan kembalinya arwah ke rahmatullah. Arwah adalah seorang yang amat aktif dalam usaha-usaha kebajikan dan sering menjadi contoh terbaik kepada kami semua. Sememangnya arwah seorang yang pemurah dan mudah untuk menyumbangkan khidmat jika diperlukan. Pemergiannya amat dirasai dan semoga Allah akan mencucuri rahmat keatasnya. Amin.
























Salam buat Kak Fiza, semoga banyak bersabar menempuhi hari hari yang mendatang. Betapa kehilangan Abang yang di kasihi amat terasa hingga ke hari ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Buat anak-anak buahku yang dikasihi, haziq, fay dan alia maksu berharap tabahlah menghadapi dugaan ini. Salam dari maksu dan paksu dari Alor Setar Kedah. Mon 21-Jul-2008 06:01
Posted by:Rosliza binti Ismail liv_isma@hotmail.com
al-fatihah....
semoga En. Lan ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman...aminnnnn.....
tiap kali nani nampak benda yg macam 'ayam' terus teringat kat encik lan.. semoga kak fiza tabah menghadapi dugaan terbesar buat kak fiza sekeluarga...tak dpt bayangkan macam mana rasanyer kehilangan orang yg tersayang. apa2 pun encik Lan tetap menjadi kenangan setiap orang yg mengenalinya kerana keperibadiannya yg tak pernah buat sesiapa rasa terasing dan tenang bila bercakap dgn encik lan...
Fri 25-Jul-2008 15:34
Posted by:~delia  - [Link]
semoga kak fiza tabah menghadapi dugaan dan tenang menguruskan segala ibadat n kerja.
al -fatihah ...

selamat berpuasa

takziah dari kami..
suhaimi n tini
washington dc
Mon 8-Sep-2008 21:17
Posted by:tinie
View all 9 comments Add comment


Sunday, 29-Jun-2008 12:34 Email | Share | | Bookmark
Belasungkawa Allahyarham Rosllan Ismail - 20.1.1957 - 29.6.2008

 


Ya Allah apakah ini hanya dugaan pada kami...sesungguhnya kami insan ciptaanMu yang lemah...KAU ambil saudara kami dari pangkuan kami....disaat kami belum puas bersama beliau...terasa amat sayu dan sedih..namun kami percaya hanya KAU yang maha mengetahui akan segalanya..kami semua merelakan dan sesungguhnya suatu masa nanti nasib kami juga akan menyusul seperti saudara kami ini...

Rela dan pasrah..berbaur-baur..begitulah yang terjadi pada kami semua..bagai mimpi dan sukar dipercayai kami akan kehilangan saudara kami ini...namun hakikatnya kasih sayang Allah Taala pada saudara kami ini mengatasi segala-galanya..kami redha akan apa yang berlaku...

Rentetan kejadian sedih ini umpama sebuah kisah yang panjang...bagai sebuah lakonan...namun ia benar-benar terjadi...Pagi Ahad yang akan dikenang selamanya...Aku pergi ke Sg Buluh untuk membuat persiapan menyambut students baru...sedikit pun aku tidak menyangka ia adalah hari yang akan memusnahkan kegembiraan yang sepatutnya aku kecapi hari ini... Lebih kurang pukul 10 pagi..HP aku berbunyi... tertera nama isteri aku keluar di skrin HP...aku ingat panggilan biasa aje...tapi rupanya ada getaran suara isteri aku " En Lan dah tak ada..En Lan dah meninggal"...bagai dihempap batu aku rasakan..terasa berpinar mata..Seakan tidak percaya...namun kugagahi untuk percaya...aku talipon Ustaz..Ustazah angkat..memang confirm..Ya Allah kenapa begini jadinya...

Aku dapat merasai getaran suara Ustaz/Ustazah...sahabat karib mereka telah kembali ke Rahmatullah...aku pula lantas menghubungi kawan-kawan rapat...Adie, Kak Saimun, Jay dan ramai lagi...dalam masa yang sama HP aku tak henti-henti berdering..panggilan kawan-kawan rapat yang bertanyakan berita ini...rupanya pemergian arwah ini merapatkan kembali silaturrahim warga DC..ketentuan Tuhan, pada akhirnya ramai kawan2 DC dapat berkumpul..Lt Kol Anwar yang dalam operasi di Sabah selama ini ..rupa2nya berada di KL pula...Kuasa Tuhan beliau dapat cuti kebajikan untuk melawat anak-anaknya yang sakit di hospital...sempat juga dia menatap wajah En Lan buat yang terakhir kali...Lepas tu berita ini merebak...begitu pantas...Razman, En Md Noor, Rozita, Encik Ismail Laila, Rusti dan lain-lain lagi...kuasa Tuhan yang menemukan semua kawan-kawan..kesibukkan masing-masing dilupakan...nasib saudara didahulukan...berduyun-duyun rakan DC berkumpul..Dr Kuzi, kak Rod, Hashimi Hada, En Rone & kak Nab, Zainal PS, Yuslaini Virginia Tech..Begitu juga dengan kakitangan Kementerian. Ramainya, alhamdulillah..semuanya ingin memberikan penghormatan pada En Lan...begitulah jika kita sentiasa berbuat baik pada semua orang...

Dalam suasana yang mengharukan..suasana duka yang turut dirasai oleh semua kawan-kawan..kami semua berjanji untuk membantu sedaya upaya Kak Fiza sekeluarga..disaat begini sokongan kawan-kawan amat diperlukan..Aku langsung melepaskan tanggungjawab aku yang sepatutnya aku lakukan di Sungai Buluh..apa yang terpahat dihati aku hanyalah untuk pergi kerumah Kak Fiza..yang lain boleh dilupakan dahulu...sampai di rumah..satu lagi panggilan talipon diterima dari Abang Rashid/Kak Melati, Ohio....kuasa Tuhan sebenarnya..sebenarnya dia talipon aku pun hanya sekadar untuk bertanya khabar..tapi bila aku beritahu tentang kematian En Lan...dia memang terkejut..mengucap panjang beliau..itulah Tuhan permudahkan semua kawan-kawan untuk menerima perkhabaran ini...

Pukul 12 tengahari keluarga aku dan keluarga Kak Laili pun menuju ke rumah Kak Fiza...sampai disana terjumpa pula keluarga Kak Saimun, keluarga Razman..Ustaz Zaki dan ramai lagi...langsung kami menghampiri Kak Fiza dan anak-anak..salam takziah dihulurkan..sebak didada usah ditanya..Yang wanita menangis teresak-esak..yang lelaki menahan sebak didada...Kak Fiza kelihatan letih..merah mata kerana terlampau menangis..Haziq pula kelihatan amat tabah..setabah ayah beliau..Fiy pula kelihatan mundar mandir..seolah-olah kurang mempercayai kematian ayahnya..Alia yang kecil..tidak mengerti..seronok bermain..mungkin disangka ayahnya tidur..tidak dapat aku bayangkan bila semua yang datang kembali ke rumah...andai aku punya kuasa sakti..ingin aku hindari semua episod sedih keluarga ini...Aku, Mej Aziz, En Dollah terus kedalam..menghadiahkan bacaan Yasin pada arwah..sempat kami membuka kain penutup muka..menatap seketika wajah saudara kami ini..sedih tak terkira..masih aku ingat dua hari lepas En Lan menalipon aku ketika di Sg Buluh..aku memaklumkan pada beliau untuk menjemput ke rumah sedikit masa lagi...ternyata perkhabaran ini memusnahkan impian untuk beliau datang ke rumah..Aku sememangnya merancang untuk menjemput semua warga DC untuk datang ke rumah..menjamu selera seperti di DC..terkilan benar tidak dapat bertemu arwah di majlis yang akan aku buat nanti...

Menurut maklumat yang diterima..Arwah sebenarnya jatuh didalam bilik air..agak kritikal..Langsung Kak Fiza memanggil paramedik datang ke rumah..Allah amat menyangi arwah..arwah disahkan meninggal...Sudah ditakdirkan Tuhan rupanya kerana arwah sempat bersama ayahnya yang kebetulan dijemput En Lan beberapa hari lalu..katanya 'En Lan berhasrat untuk menjaga ayahnya'..selama ini En Lan tinggal bersama ayah dan mak Kak Fiza...ditakdirkan Tuhan apabila kejadian ini berlaku ayah kak Fiza balik ke Singapura...Hanyalah ayah En Lan bersama arwah...kuasa Tuhan sebenarnya kisah ini berlaku...Kak Fiza pula selepas menerima pengesahan arwah dah meninggal terus menghubungi Ustaz Zaki...malangnya Ustaz Zaki berada di masjid bersama Ustazah untuk kursus haji..tak dapat datang awal..tapi alhamdulillah Ustaz zaki dapat call kak Zaimun...Kak Zaimun atas dasar keperihatinan terus datang bersama En Ibrahim..merekalah yang banyak membantu sedaya upaya sementara saudara mara berkumpul...Dalam masa yang sama warga DC semakin ramai memenuhi rumah Kak Fiza melebihi orang tempatan..kelihatan Puan Raziah dan keluarga..Dato' Gen Abu Hashim..En.Yazid, Hadi Telekom, Lt Kol Anwar, En Rusti/Baidura, Mardiana/Tiger, Hj Rusdi/Huda, Rozita/En Din, En Ismail Laila, kak Nor WB & keluarga, Hashimi/Hada...tak lupa Dr Kuzi/Mokhtar yang sanggup datang dari Sg Petani..kemudian singgah di Ipoh mengambil Zainal PS....Nak jadi cerita pula Zainal PS pula akan balik ke Sabah malam ini..namun atas dasar persaudaraan..sanggup beliau bersusah payah datang untuk menatap wajah arwah buat kali yang terakhir..itulah kuatnya ikatan persaudaraan warga DC sebenarnya...

Hasrat untuk mengebumikan arwah selepas asar tidak berkesampaian bila disahkan mayat arwah terpaksa mematuhi prosedur yang ditetapkan untuk pengesahan di Hospital..akhirnya ia selesai bila tiba waktu maghrib..Lepas maghrib diadakan bacaan Yassin sementara upacara mandi mayat dilakukan. Selepas Isyak...sembahyang jenazah dijalankan dan dibawa ke perkuburan..kuasa Tuhan juga seharian hari ini awan mendung..hujan tidak berhenti hinggalah bila mayat di bawa ke perkuburan barulah hujan berhenti..didalam kegelapan malam mayat arwah dikebumikan..moga Allah mencucuri rahmat pada arwah...

Sukar aku membayangkan kebaikkan arwah..hanya orang yang mengerti dan mengenali beliau yang dapat mengesahkan kebaikan budi pekerti arwah..Arwah yang ku kenal..sememangnya kami anggap saudara kami selama-lamanya...beliau tidak sombong dan sentiasa mengambil berat pada kami semua...masih aku teringat sebulan sebelum ini...En Lan sanggup datang ke rumah pada waktu malam semata-mata untuk menghantar kad jemputan perkahwinan adik Kak Fiza...katanya untuk kawan-kawan, beliau akan menghantar dengan tangan sendiri...begitulah berbudinya En Lan..dalam keletihan baru tiba dari kampung (sebab kematian ibu beliau), sanggup pula meredah kegelapan untuk menyampaikan kad jemputan..yang sebenarnya boleh dilakukan dengan hanya menalipon saja...fikirkan..bagaimana aku mampu mendapat kawan yang sebaik ini...

Tidak juga dapat aku lupakan bila arwah datang menjemput kami di airport sekembalinya kami dari USA...keperihatinan dan sifat persaudaraannya begitu kental....memang ramai mengalir air mata pada saat akhir arwah akan dikebumikan...muka arwah yang tenang dan berseri seolah-olah seperti tersenyum pada kami...perginya penuh dengan kemudahan....Ya Allah kau tempatkan arwah dikalangan orang-orang yang mukmin...juga semoga Kak Fiza dan keluarga akan diberi kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi semua ini..kami semua berjanji untuk bersama-sama susah dan senang bersama keluarga ini...begitulah nekad kami ...semoga Tuhan akan memberi kami kekuatan untuk menghadapi semua ini....AL FATIHAH!!

First time aku menjejak kaki ke Washington DC..kawan yang pertama berbual dengan aku selain tim defence adalah arwah En Lan...Dalam keadaan terpinga-pinga aku dibawa ke mensyuarat agung Embassy Club..dalam keadaan suasana baru bagi aku dan orang yang pertama menegur aku adalah En Lan...dialah yang bertanya khabar dan masaalah..kurang-kurangnya aku dapat gambaran yang baik bahawa kakitangan Embassy semuanya baik-baik...semasa tu MSD dibawah Dr Zahratul..kerapkali MSD buat jamuan..birthday dan sebagainya...jemputan buat defence tak pernah dilupakan..masa tulah aku mula kenal baik dengan arwah dan kakitangan MSD yang lain seperti Ustaz..selepas tu hubungan kami amat rapat hingga hari ini..sukar aku nak melupakan semua jasa mereka...kebaikkan mereka membuatkan aku rasa senang bekerja di sana..punyai ramai kawan yang baik-baik.. Wed 2-Jul-2008 10:13
Posted by:~husinDC~
dari Allah kita dtg kepadaNya juga kita kembali... sedih & terharu melihat pemergian en Lan turut juga dirasai sama oleh anak2 kita - semuanya mengimbas kebaikan arwah & keluarga...moga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas rohnya. moga Fiza & anak2 terus tabah untuk maju ke hadapan. Thu 3-Jul-2008 10:51
Posted by:kak rod radziahmara@yahoo.com
Sesungguhnya berita yang kami terima dari Kuzi Ahad lepas memang amat memeranjatkan. Kami sekeluarga juga mak dan ayah mengucapkan takziah di atas pemergian En. Lan. Semoga Allah memberi kekuatan kepada Kak Fiza dan anak-anak mengharungi episod sedih ini. Doa kami semoga Allah mencucuri rahmat kepada roh En. Lan dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...Amin. Budi baik En. Lan dan Kak Fiza melayan kami sekeluarga serta mak dan ayah semasa melawat ke DC memang sukar dilupakan...hanya Allah saja yang membalasnya. Sun 6-Jul-2008 01:14
Posted by:azza  - [Link]
View all 12 comments Add comment


Sunday, 22-Jun-2008 14:51 Email | Share | | Bookmark
SeKaDAr HiBUrAn....

Minggu ni sibuk bebenor..tak sempat nak bercerita..walaubagaimanapun aku selitkan cerita ni sekadar hiburan aje....

KISAH SEPASANG KEKASIH

Sepasang kekasih sedang asyik memadu asmara di tepi sebuah tasik, sambil berbual-bual mesra...

Makwe: bang, andaikata saya menjadi bintang...
Pakwe: abang kan jadi Ultramannya
Makwe:kenapa pulak, sepatutnya abg jadi bulan purnamalah
Pakwe:Salah tu, kan ultraman ada bintang kepunyaannya
Makwe: gitu... kalau saya jadi bunga
Pakwe: Abang jadi tukang kebunnya
Makwe: Kenapa bukan kumbang
Pakwe: Sebab kumbang keje dia hanya menghisap madu..sedangkan tukang kebun kerjanya menyiram dan membaja bunga tu setiap hari
Makwe: Wah! hebatnya abg nie.... begitu pandai berkata-kata

Setelah puas berbicara dan bergurau senda, bangunlah pasangan kekasih tersebut untuk bersiar-siar... tiba2 si makwe tersepak sebatang tunggul kayu, dan jatuh tersembam ke tanah.....bedebik!!!!!! macam nangka busuk daa!!!!

Makwe: Aduh!!!! sakiknya be, (awek tu rupanya minah kelate)
Pakwe: Cilako! punyo tunggul kayu... .buto ko!!!!!, tak nampak ko oghang nak lalu(rupa2nya si pakwe tu orang N9)... sayang takde apa2 ke?
Makwe: Takde sikit je bang... cuma luka sikit jer dahi nie
Pakwe:Nasib baik tunggul kayu, kalau orang tadi memang nahas abg kejekan.

Memang telah ditakdirkan jodoh mereka berdua... selang beberapa bulan
selepas itu pasangan kekasih ini pun mendirikan rumahtangga... 2 tahun
kemudian, si isteri teringat kembali kisah yang lalu sewaktu membawa anak
mereka bersiar-siar di tasik yang sama ketika bercinta dahulu,

Isteri: Bang, ingat lagi tak tempat nie?
Suami: Masakan abg boleh lupa
Isteri: Kalau saya jadi bintang
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Kenapa bukan Ultraman....
Suami: Kat Malaysia mana ada Ultraman... kat Jepun adalah... apa lah awak nie.
Isteri: Kalau saya jadi bunga
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Apa abg nie... cakaplah betul2
Suami: Apo kono eh dongan ekau nie... dah buang tebiat ko, tak nampak anak kito tu... .kalau dah abg jadi Ultraman ngan ntah apo apo ntah laie, sapo nak bagi makan kek anak kito tu... .yang mengado-ngado nak jadi bintang tu buek apo
Isteri: Abe nie tok supo dulu... .tok rometik lasung, mete2 la saya nie doh tok comey lagi...
Suami: Takdo nak romantik kosmetik do... .

Selepas puas duduk sambil berbalah, maka berjalan pulanglah keluarga tersebut... .tiba2 si isteri tadi tersepak sebatang tunggul kayu(mungkin tunggul yg sama), lalu jatuh gedebuk!!!! ke tanah...

Isteri: Aduh abe sakik nyo!!!!!
Suami: Apo kono eh awak nie... .buto ko, punyo bosa tunggul tu tak nampak ko!!!!!!!!!!

Saya gemar betul membaca blog U. Bukan senang untuk menbuat catatan yang begitu panjang dan penuh emosi. saya dapat fotopages nie dari fotopages abang saya M. Azmi MSD Chicago. azrol74.fotopages.com Mon 23-Jun-2008 10:37
Posted by:Azrol azrol@tsssb.com
Saya gemar betul membaca blog U. Bukan senang untuk menbuat catatan yang begitu panjang dan penuh emosi. saya dapat fotopages nie dari fotopages abang saya M. Azmi MSD Chicago. azrol74.fotopages.com Mon 23-Jun-2008 10:38
Posted by:Azrol azrol@tsssb.com
terima kasih kerana sudi bertandang ke FP saya.jika ada kesempatan jemput pula datang melawat ke http://suarakedamaian.blogspot.com Tue 24-Jun-2008 05:59
Posted by:~husinDC~
Add comment


Tuesday, 17-Jun-2008 11:38 Email | Share | | Bookmark
PenGaLaMAn BaRU DaLAm KaRIer....

 
 
 
View all 5 photos...
Sudah ditakdirkan ilahi agaknya..kehendak dan suratanNya..sesungguhnya apa yang kita impikan tidak semestinya akan menjadi kenyataan..begitulah suratannya..kini karier aku berubah akhirnya..anjakan paradigma dalam kehidupanku..karierku kini lebih terarah kepada pendidikan kepada warga tentera..tugasku sebagai jurulatih merupakan cabaran yang amat hebat padaku lantaran kurangnya pengalaman dan sebagainya..namun kepercayaan yang diberikan kepada aku sesungguhnya suatu kebanggaan yang tidak ternilai harganya..akan ku sahut cabaran...biar perit akan ku harungi jua..

Roda-roda hidupku kini bermula sejak awal pagi lagi...Selepas menunaikan kewajipan solat jam 6.30 pagi tayar motosikal ku mula meredah gagah keheningan pagi..langkah yang selamat dan pantas berbanding pengunaan kereta..selain menjimatkan masa dan kesesakkan ternyata ia lebih pantas dan lebih efisyen penggunaannya...senja berlabuh barulah aku tiba di muka pintu rumah..gelak hilai tawa anak-anakku menyambutku dimuka pintu ibarat penawar kepenatan dihambat masa...malam ku penuhi masa untuk membantu anak-anak aku membuat kerja sekolah..bimbingan dari aku dan Yati amat diperlukan disaat anak-anakku yang masih terkial-kial dalam menghadapi alam persekolahan yang amat asing pada mereka...

Namun insyaalah jika ada kesempatan dan masa terluang ingin aku bertemu kawan-kawan DC..merangka program bersama walau dihambat seribu kesibukkan masing-masing...hanya masa menentukan namun keterbatasan masa yang sedia ada bukanlah halangan sebenarnya..kita sendiri perlu bijak merencana..perlu pandai memanfaatkan masa...itu ciri dan semangat yang sepatutnya ada jika mahu mencapai cita-cita...

Pada minggu lepas sempat aku dan Yati luangkan masa untuk membawa anak-anak aku keluar..bersiar-siar di Taman Titiwangsa...sungguh indah dan semakin cantik panorama..anak-anak aku pula mengambil kesempatan mencuba kasut Heelys yang kami beli di US...seronok sungguh mereka dan kami tumpang gembira..Yati pula sentiasa memasak makanan istimewa untuk kami sekeluarga bila ada masa dan ketika...adakalanya ramuan mee tonggek Ustazah pun menjadi resepi utama..sedap namun tak boleh menandingi kehebatan ramuan sang penciptanya...
















salam. Tak ade ke nama yang lebih baik sikit untuk mee tu? Tue 17-Jun-2008 14:37
Posted by:watie-zainal watie2727@yahoo.com
wah bestnye mee, letak kerang,kat USA nie kerang mahal,husin tulisle resepinye boleh buat kat USA ni nie he he Asri ada meeting kat Singapore,cukup bulan ni packing barang lepas tu tinggal apartment dulu akhir ogos balik for good ke Malaysia Tue 17-Jun-2008 18:01
Posted by:azura asri  - [Link]
nak wat camana...dah ustazah bagi nama camtu atau boleh juga tukar kepada mee cangkung Wed 18-Jun-2008 06:13
Posted by:~yatyDC~
Add comment


[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.