Want your
own Fotopage?








 
husin's FotoPages

By: husin zainudin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  29  30  31  32  33  34  35  36  37  38  39  40  41  42  [43]  >  >>]    [Archive]
Saturday, 31-Mar-2007 16:00 Email | Share | | Bookmark
Bercuti ke Kanada bersama keluarga dan kawan-kawan..Niagara Fall

Aidil Hezami..anak bongsu
Ada masa possing pulak!
Abah! tolong berat ni...
View all 17 photos...
Ini merupakan percutian pertama kami sekeluarga keluar negara selain AS.Kami bertolak pada 31 Mac 07.Selain itu ia juga disertai oleh dua keluarga lain yang merupakan kawan karib kami iaitu Hashimi (MARA) dan Nursiah (World Bank). Pengalaman percutian jauh ini sungguh menyeronokkan.Tak terasa perjalanan yang jauh.Kami bertolak jam 9 pagi dan sampai ke Buffalo lebih kurang jam 5 petang.Buffalo merupakan sempadan antara AS dan Kanada.Peristiwa paling menakutkan apabila kereta kami dibaling dengan tin air gara-gara pemandu kereta yang mabuk.Nasib baik tiada apa-apa kecederaan.Kami menginap di hotel sebelah Kanada. Malam itu juga kami keluar dan bersiar-siar di Niagara Falls.Sungguh cantik dan indah panorama malam.Terasa keindahan alam ciptaan tuhan.Bandarnya bersih dan gemerlapan.Diserikan dengan aneka pertunjukkan yang menawan hati.Terbayang di fikiran bila agaknya Malaysia boleh mencapai tahap sebegini. Jauh disudut hati, kami bertekad untuk kembali lagi kesini.Akhirnya kami pulang pada jam 10 malam...membawa pelbagai mimpi ...oh! NIAGARA FALLS..Esoknya kami akan jelajahi lagi...

welcome to fotopages ..

'lensa merakam gambar berseri'
'buat memori kekal abadi'
http://anjungmemori.fotopages.com
Tue 24-Jul-2007 03:21
Posted by:napie anjungmemori@yahoo.com.my  - [Link]
_____________________________________________________
Face on Mars? Check it out at:

Real Scifi
We brings you the most mysterious science images!

Visit http://realscifi.fotopages.com today!
_____________________________________________________
Wed 25-Jul-2007 00:15
Posted by:Real Scifi
Add comment


Thursday, 15-Mar-2007 08:00 Email | Share | | Bookmark
Imbas Kembali...Memori awal 2007

senyumlah sikit...
Cepat sikit..dah lewat kesekolah ni..
 
View all 24 photos...
...Untuk tatapan semua, gambar yang dipaparkan dibawah ini merupakan sebahagian aktiviti awal keluarga saya yang merupakan sebahagian memori indah bagi tahun 2006...Kecerian anak-anak dialam persekolahan dan aktiviti harian adalah juga merupakan kecerian abadi bagi saya, ceria anak, cerialah saya,dukanya anak ibarat racun bagi saya.Juga tidak lupa dimuatkan gambar ketika snow melanda diawal tahun 2006. Snow tebal yang adakalanya menenggelamkan kereta saya dan sebahagian jalan...merupakan keindahan yang kekal abadi bagi saya..dan merupakan memori indah bagi saya bila kembali ke malaysia dan pastinya indah untuk dikenang kembali terutama dihujung usia emas kita..mungkinkah berkesempatan lagi bagi saya dan keluarga untuk mengalami saat-saat begini?..

Care to comment?


[<<  <  29  30  31  32  33  34  35  36  37  38  39  40  41  42  [43]  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.