Want your
own Fotopage?








 
husin's FotoPages

By: husin zainudin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 1-Oct-2008 08:00 Email | Share | | Bookmark
SeLaMAt HaRI RaYA AiDIl FItRi...

...mengacau dodol..
membakar lemang
..main bunga api..
View all 14 photos...
Takbir dan tahmid memuji kebesaran tuhan berkumandang keudara akhirnya...sayu dan akhirnya anak perantau dapat merasai suasana penuh kesyahduan setelah sekian lama ditinggalkan... Suasana keriangan bersama sanak saudara menghapuskan kesedihan sekian lama...namun kenangan bersama rakan-rakan di rantau orang kerap datang bertali arus diminda.

Aku bersama keluarga bersyukur berpeluang kembali ke desa..cuti seminggu yang ku perolehi telah ku gunakan sepenuhnya untuk melakukan pelbagai perkara yang aku tinggalkan di setiap kali hari aidil fitri menjelma... Kesempatan yang ada aku dan keluarga gunakan sepenuhnya...mengacau dan membuat dodol yang sememangnya perlukan ketahanan mental serta membakar lemang yang sentiasa perlukan kesabaran seadanya...menyaksikan anak-anak bermain berkejaran bunga api di waktu malam seakan-akan mengimbas kenangan lama diwaktu kecil dahulu kala...oh! indahnya...

Menjelang pagi raya amalan bersembahyang raya tidak akan ditinggalkan...Mengunjungi pula masjid lama di desa yang penuh kenangan semakin terasa bila bertemu kawan-kawan lama dan bertakbir hari raya bersama-sama ...Semakin terasa bila imam dan khatib pula adalah orang yang paling dihormati sekian lama...Tidak lain tidak bukan YB Dr Mujahid Yusuf Rawa, Ahli Parlimen Parit Buntar yang sudi bersama-sama memeriahkan suasana..Sungguh bertuah rasanya berimamkan anak muda yang berakhlak mulia...

Selepas mengunjungi kubur ayahanda, menziarahi sanak saudara dan kawan-kawan tidak dilupakan... Bertandang ke rumah Dr Kuzi/Dr Mokhtar di Sg Petani serta Keluarga Ust Zaki di Pendang yang jauh di utara..mereka bagaikan keluarga berlainan ibubapa tapi seperti saudara selama-lamanya..

Itulah sebahagian kenangan di hari raya..Tidak akan dilupakan sampai bila-bila...akhir sekali selamat hari raya buat semua..ampun dan maaf dipinta...jika ada salah bicara terkasar bahasa... sesungguhnya kita insan biasa..tak lari dari salah dan dosa.




























Kami rasa sungguh terharu dengan keikhalsan persahabatan Staf Sjn. Husin dan Yati yang sanggup drive dari PB ke SP sempena hari raya. Terima kasih kerana sudi bertandang ke rumah kami. InsyaAllah, kami akan ke KL pula dlm masa yang terdekat. Thu 9-Oct-2008 01:07
Posted by:-dari kami di Seri Iskandar-
kuzi :
bila nak mai?.kami ada tahlil kat rumah kak fiza esok petang(sabtu)
jangan lupa habaq mai no
Fri 10-Oct-2008 15:58
Posted by:~yatyDC~
Insya-Allah kami akan ke KL weekend ni. Tue 14-Oct-2008 09:14
Posted by:-dari kami di Seri Iskandar-
View all 5 comments Add comment


Sunday, 21-Sep-2008 13:24 Email | Share | | Bookmark
Raya Dah Nak Tiba.....

 
 
 
View all 5 photos...
Raya dah hampir..kuih raya kena buat....





















Husin,Yati & anak2

Terima kasih di atas kad raya tempohari dan salam aidil fitri dari kami di DC. Banyak buat kuih raya? keliur tengok dalam bulan2 puasa.
Fri 26-Sep-2008 14:48
Posted by:kak ct
selamat hari raya aidilfitri utk encik husin sekeluarga..maaf zahir dan batin... Fri 3-Oct-2008 19:51
Posted by:cek de sam  - [Link]
che mat :
kalian sentiasa diingatan dan kenangan disana sukar dilupakan

kak ct :
kuih sendiri tak banyak tapi bila kat kg berlambak2. semua saudara bawa balik kuih...

cek de sam :
salam aidilfitri dan maaf zahir batin dari kami di mesia.raya kat sana tentu meriah dengan pelbagai kuih dan persiapan.
Mon 6-Oct-2008 04:22
Posted by:~yatyDC~
View all 10 comments Add comment


Sunday, 31-Aug-2008 08:05 Email | Share | | Bookmark
SaLaM RamADhAn Al MubHaRAk....

..pilih..pilih..
sotong goreng tepung
kailan ikan masin
View all 8 photos...
Ramadhan menjelang lagi....tak sabar rasanya menanti bulan yang penuh keberkatan ini...4 kali aku berpuasa di rantau orang...kali ini tiba masanya aku berpuasa di tanahair sendiri..teringat kenangan lama di DC..time ni kami semua pasti sibuk menyusun jadual sembahyang terawih dari rumah ke rumah..kenangan bersama kawan-kawan seperti Ustaz, Jay, Adi dan lain-lain dalam mengatur gerakkan aktiviti terutama berkaitan tahlil seperti sound system, tikar sembahyang dan lain-lain tidak dapat dilupakan...adakah Jay masih orang yang menguruskan tikar sembahyang?..bagaimana dengan Adie pula masih dengan urusan soundsystem?...mungkinkah generasi baru akan mengambil alih?... bagaimana suara-suara sumbang yang selalunya muncul di bulan Ramadhan..yang hanya mengkomplen tanpa sudi menghulurkan bantuan.... bagaimana yang kedekut kudrat, harta benda dan sebagainya..itu adalah asam garam berpuasa di rantau orang...pada tahun ini aku ingin bebas dari permasalahan tersebut..insyaAllah..

Aku juga terima pelbagai SMS, email berkaitan Ramadhan...tapi yang paling tertarik ada aku coretkan dibawah ini....hanya sekadar hiburan...kehebatan teknologi semasa menyebabkan pelbagai unsur sinis dan sebagainya disalurkan untuk pengetahuan ramai....semoga jangan disalahgunakan dan yang penting minda mesti positif dan menilai sesuatu itu dengan rasional.

Vietnamese come...doogs n cats missing
Bangladesh come.. malay girls missing
Chinese girls come...husbands missing
Politicians come...monggolian girl missing
Police Come...drugs missing
Election comes...government funds missing
Election lost...documents missing
Release true report....doctor missing
Tell d truth,...whole family missing

HAPPY RAMADHAN...

Itulah SMS yang aku terima..rupa-rupanya bila aku baca blog-blog dalam internet ternyata satira humor ini dah pun dimuatkan dalam blog masing-masing sebagai muakadimah Ramadhan.. masyaAllah..harap-harap jangan satira humor begini berleluasa dalam bulan Ramadhan ini..nanti kurang pahala dan juga boleh menimbulkan kegelisahan dalam masyarakat..

Berbalik pasal aku dan keluarga yang dalam cuti-cuti Malaysia ke Melaka...walaupun aku sudah patah hati dengan negeri Hang Tuah ini..namun selera makan aku yang ingin merasai keenakkan ikan bakar Umbai Melaka bersama keluarga meruntun hati aku ke sana..tambahan pula esok dah puasa...selalunya kat kampung masa kecil-kecil dulu kalau permulaan puasa ni makan sahor mesti yang paling sedap... masa nilah ayah aku akan tangkap ayam yang dibelanya untuk santapan bersahor..untuk suntikan moral aje supaya sentiasa semangat berpuasa....tambahan pula dihati sanubari selalu disematkan kata orang-orang tua bahawa puasa hari pertama ini memang meletihkan dan mencabar sekali..

Sampai di Umbai jam 8.30 malam..alahai ramainya orang..nasib baik ada parking..lalu pergi ke salah satu gerai..masyaAllah banyaknya ikan segar, udang, ketam, segala jenis kepah dan sebagainya terletak diatas meja...kita hanya perlu memilih apa yang kita nak makan dan menunya...apalagi aku pilih sotong, ikan pari, ikan cencaru, udang galah, kerang dan sayur kailan...dalam hati banyak lagi aku nak makan tapi takut membazir pula...tengoklah gambar yang dapat aku ambil..sedapppp...walaubagaimana pun tidak setanding dengan salah satu lagi tempat yang pernah aku aku kunjungi iaitu di Muara Ikan Bakar di Klang....disini bolehlah tahan...cuma ikan bakarnya dibakar kosong kemudian dicicah dengan kicap cili api...insyaallah sekiranya ada kawan-kawan yang nak mencuba dan aku pula free bolehkan kita jalan-jalan cari makan disana...Akhir sekala SELAMAT BERPUASA PADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT TERUTAMA KEPADA KAWAN-KAWAN DI WASHINGTON DC DARI AKU DAN FAMILY, MAAF ZAHIR DAN BATIN....BYEEEE


























Betul jugak tu ! Jangan lah main sedap cakap je ! Nanti dah kena baru nangis ! Tue 9-Sep-2008 23:42
Posted by:unnamed
...jangan ingatkan badan aje. Satu hari nanti badan akan tetap binasa sesudah berulat dan reput. Ingatlah janji Allah...mati itu benar! seksaan kubur itu benar! Yang lain hanyalah sementara. Sun 21-Sep-2008 03:02
Posted by:watie-zainal watie2727@yahoo.com
sedap betul makan di Umbai! itu mmg tpt fave nani ngan mak ayah kalau everything balik drpd Muar!
kak Yati semua apa khabar? dah nak raya dah...halloween pun dah dekat..teringat dulu kita pegi trick or treating sama2...
Nani sekeluarga nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin pada Kak T dah keluarga...tahun ni kitorang meriah sikit sebab dah ada ahli baru!
Mon 29-Sep-2008 00:13
Posted by:~delia  - [Link]
View all 14 comments Add comment


Saturday, 30-Aug-2008 15:47 Email | Share | | Bookmark
MerDEKa...SeLAmAt MeNYamBut KeMerDEkaAn ke 51

 
 
 
View all 8 photos...
Tanggal 31 bulan Ogos 57
Hari yang Mulia Hari Bahagia
Disambut dengan Jiwa Yang Merdeka

Masih tergiang-ngiang aku dengan lagu allahyarham Sudirman ini...begiru menarik dan menusuk ke jiwa...benarkah kita dah Merdeka dalam ertikata yang sebenarnya?..hanya kita yang dapat memberi jawapan dan membuat penilaian...

Sambutan kali ini aku rasakan amat menarik sekali..sebabnya....kali ini aku merancang menyambutnya jauh dari ibu kota...Melaka adalah destinasi pilihan...dah 4 tahun aku menyambutnya di luar negara..tahun ini aku mengubah haluan..ingin rasakan kelainan sambutannya jauh dari kesesakkan ibu kota....

Sebelum menjelang jam 12 tengahmalam aku terlebih dahulu meneroka bandaraya Hang Tuah ni..terkejut sekali dengan suasana kesesakkan dan sikap kurang ajar pemandu dijalanraya...pada awalnya aku buat tidak peduli aje...walaupun dalam hati aku mengatakan..LAHA*** betulllll.
Aku bersiar-siar dengan menaiki feri dan mengelilingi bandaraya Melaka..cantik juga menyusur Sungai Melaka ini walaupun kehebatannya tidak sama ketika kami menyusuri Sungai Thames di London yang terkenal didunia...

Malang sekali percutian dan keseronokkan bercuti kami tercemar dan langsung merencatkan percutian kami yang seterusnya di bumi Hang Tuah ini..sikap LAHA*** penduduknya telah merosakkan program yang dirancang...kereta aku menjadi mangsa sikap samseng penghuni bandaraya yang begitu rakus menyusuri jalanraya atas dasar kononnya meraikan kemerdekaan... kesal sungguh..kesabaran aku selama ini terhakis terus...maaf bumi Hang Tuah bukan lagi menjadi mimpi indah kami malahan menjadi mimpi ngeri aku dan anak-anak aku buat selama-lamanya...

Pada akhirnya sambutan kemerdekaan di Melaka terus aku lupakan..lebih baik aku bawa anak aku mandi dihotel dari membiarkan hati yang panas membakar terus marak...

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN....
































merdeka merdeka merdeka....

salam ramadhan utk En Husin sekeluarga....
Sun 31-Aug-2008 19:57
Posted by:cek de sam  - [Link]
begitu juga keluarga cek de sam Mon 1-Sep-2008 05:40
Posted by:husindc
Add comment


Saturday, 30-Aug-2008 05:52 Email | Share | | Bookmark
SeLaMAt JalaN AdIE/SHiLa....IsMA/NiZaM...

 
 
 
View all 7 photos...
Jam 4 pagi aku dah bergegas bangun...selepas mandi untuk menyegarkan badan lantas aku kejutkan Yati dan anak-anak..walaupun nampak liat sikit anak-anak aku membuka mata tapi bila disebut aja nak hantar Syamir dan Afiq terus mereka bangun tanpa masalah..sementelah lagi dari semalam mereka begitu beriya-iya nak mengikut kami ke KLIA...

Jam 4.30 pagi tayar kereta aku dah bergerak..alahai sejuknya...anak-anak aku pula masuk kereta terus sambung zzzzzzzzzzzz...biarlah mereka dengan mimpi enak mereka...aku melayan mengantuk memandu sambil berborak dengan Yati..cuba call Adie ..tak dapat jawapan..tak apalah..yang penting aku tepati masa...

Jam 5.15 pagi aku tiba di KLIA..memang tepatlah aku orang yang pertama sampai disana... tak nampak langsung kelibat Adie & keluarga...sementara menunggu Adie & family sampai aku ajak anak-anak aku ke surau untuk sembahyang subuh..tak lama kemudian aku dah nampak Adie tiba sambil menyorong trolley..terus kami bantu dan uruskan check in mereka..flight mereka dijangka berlepas pada jam 8.30 pagi..masih banyak masa...kemudian nampak Mak cik Azizah dan anak-anak mereka..baik betul Mak Cik Azizah ni..kemudian berbual kosong dengan Mak Cik/Pak Cik Shila yang ada bersama....

Jam 7.30 pagi Adil/Shila mula memasuki gate...rasa kejap sekali percutian mereka..tambahan pula kami sekeluarga tak dapat menjayakan sebarang rancangan untuk percutian mereka...kami bersalam-salaman tanda akan berpisah..kami menghantar mereka hingga kelibat mereka hilang dari pandangan dalam masa yang sama ketika hendak beredar terserempak pula dengan Isma dan Nizam yang kebetulan sama flight dengan Adie/Shila..kelihatan anak mereka menangis kerana terpaksa berpisah dengan sanak saudara mereka..pilu rasanya...good bye kawan-kawan semua..kita pasti akan berjumpa kembali..



























Terima kasih byk2 kak tie/staf sekeluarga susah payah menghantar kami di airport.. awal2 pagi plak tu sian aiman, anissa, aidil kena bgn pagi... insyallah panjang umur kita jumpa lagi... Sun 7-Sep-2008 10:21
Posted by:sheila
sama-sama!! lagi pun kami dah rancang nak gi jalan2 lepas tu....cuti sekolah lalu staf Cbuk ngan keje. moga jumpa lagi Thu 11-Sep-2008 03:54
Posted by:~yatyDC~
Add comment


Sunday, 24-Aug-2008 11:53 Email | Share | | Bookmark
KunJungAn SaHaBAt2....

 
 
 
View all 12 photos...
Minggu ni agak menarik berbanding minggu lain..maklumlah minggu ni ramai kawan-kawan DC berkampung...hari ni aku menerima ajakan Ustaz untuk ke rumah Kak Fiza...katanya En Asri sekeluarga nak pergi kesana..aku pun sebenarnya memang nak kesana juga sebenarnya..aku dah janji dengan Yuzaimi nak bawa dia melawat kak Fizah....

Tepat jam 7.30 petang aku dah tiba kesana bersama Yuzaimi...tapi ustaz belum sampai lagi..katanya ia lewat sikit sebab nak tunggu Zainal PS dulu...sesampai disana rupanya bapa Kak Fiza ajak baca Yassin untuk hadiahkan kepada bapanya(Datuk Kak Fizah) yang baru aje meninggal dunia.. masyaallah!... banyak betul dugaan pada keluarga ini..akhirnya bila ustaz,Asri,Zainal,Hashimi tiba kami pun baca Yassin untuk arwah Dato Kak Fizah dan arwah en Lan sekali..moga diberkati Allah akan usaha kami ini...

Lepas sembahyang Isya kami makan juadah yang kami bawa bersama secara pot luck..tradisi yang sama macam kat DC..tapi kali ni special sikit..menu pun hebat-hebat..ada satay,KFC,mee bandung,pulut durian,lontong,mee mamak,lazagna dan sebagainya...dapatlah Yuzaimi melepaskan rindunya pada masakan Malaysia...sambil makan tu banyak perbincangan untuk buat re-union... semangat dah ada cuma kesibukkan kami aje yang menghalang..walaubagaimanapun kami kerap berjumpa kebelakangan ini..cuma program-program utama masih belum mampu dilaksanakan.. kami berharap selepas raya nanti akan ada satu program untuk kami sama-sama jayakan.. insyaalah ... bagi kawan-kawan yang berminat bolehlah tinggalkan no talipon atau alamat ..kami akan hubungi nanti..kami semuanya tak sabar nak menantikan saat tersebut..hanya masa yang menjadi penghalang...

Walaubagaimanpun malam ni paling special sikit sebab kembalinya Zura dari DC bolehlah kami bersaing berblog..bayangkanlah dah lama aku tak bersaing dengan Zura ambil gambar... semalam bersilang-silang flash menyala...terasa meriah sekali..dah lama aku ingin merasai pengalaman begini..kenangan di DC tak dapat dilupakan..disini persaingan blog kurang sekali..sebab tu aku hampir putus asa..

Kami pulang awal memandangkan Kak Fiza dan keluarga akan pulang menziarahi jenazah Datuknya di Johor Baharu malam tu juga..moga dipermudahkan perjalanan kepada keluarga ini...










































Syukur Alhamdulillah. Itulah ungkapan pertama bila menerima kunjungan mesra 'Alumni Warga DC'. Syukur kerana jalinan kemesraan di DC telah membuahkan satu camaraderie yg kuat dan kejap,walaupun disaat kami sedang merindui pemergiaan seorang warganya, ia telah cukup mencerminkan keikhlasan dan ketulusan warga2nya yg sanggup meluang waktu emas mereka. Syukur juga ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya dapat mengadakan bacaan yassin serta tahlil untuk arwah datuk yg kebetulan kembali ke rahmatullah pada waktu asarnya. Maha Suci Allah yang menganugerahkan usia hingga ke 100 tahun. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh2 mereka yg telah pergi mendahului kami. Amin. Terima kasih di atas keperhatinan rakan2 khasnya SSgt Husin-Yati, Ustaz-Ustazah,Ada-En Hashimi, En Asri-Zura,Wati-En Zainal, Yuzaimie serta anak2 yg dikasihi dan semoga 'Alumni' kita mendapat berkat dari Allah Ta'ala. Tue 26-Aug-2008 02:37
Posted by:Noor Hafidzah Omar-Rosllan
Selamat kembali aktif. Janganlah bersaing dengan Zura...kesian dia...dia anak 5, banyak lagi kerja lain kena buat. Wed 27-Aug-2008 06:33
Posted by:Zainal-watie zainalmdnor@yahoo.com
Add comment


Saturday, 23-Aug-2008 06:39 Email | Share | | Bookmark
MajLiS TahLiL di MaSjiD WarDiEbURn...

Dato'Abu & Lt Kol Anwar..
Razman's Family..
...Ust & Keluarga Kak Fizah
View all 9 photos...
Kami sebenarnya amat berbesar hati menerima jemputan dari ex boss kami kat DC (ADA) Lt Kol Hj Anwar yang mengadakan majlis tahlil di Masjid Wardieburn, Setapak khusus untuk pak mertuanya dan arwah saudara kami, arwah En. Rosllan Ismail...jasa saudara kami ni sentiasa akan jadi kenangan sampai bila-bila..majlis ini dihadiri ramai bekas warga DC seperti Ustaz Zaki, Cikgu Rusti, Brig Gen (B) Dato' Abu Hashim (Ex DA DC), Razman, Pn June, En KZ, Kak Zah dan Kak Zaimun & Nabila.Paling tak lupa dapat jumpa dengan Shidah dan Linda...First time jumpa mereka kat Malaysia sejak tahun 2004...mereka tetap mesra macam dulu...tak lupa Kak Fiza dan keluarganya yang turut turun jauh dari USJ ke sini...sungguh meriah rasanya..lama betul tak jumpa..dalam pada itu Adie/Shila pun nak join sekali tapi ada program lain....begitu juga dengan Yuzaimi (TELEKOM)...Zainal PS dan Asri TELEKOM macam tu juga...tapi mereka dah merancang untuk kerumah Kak Fiza esoknya... berkampung lagi kami warga DC...

Lepas menikmati santapan yang sungguh menyelerakan, kami berkunjung beramai-ramai pula ke rumah Lt Kol Anwar...kena pula kopi Kluang...sungguh enak...jam 11 malam kami minta diri dulu...rancangan untuk berkampung bulan Ramadhan ada dalam perancangan..insyaalah jika ada masa yang mengizinkan...

TQ Lt Kol Anwar & Puan Marina......



































Rakan-rakan sekelian...Rasanya elok kita adakan alumni WDC (yang bukan dari DC juga boleh joint)...Sila beri nama, alamat terkini, no tel rumah dan HP, emel dll kepada Sgt Husin....Moga2 tali silaturrahim kita kekal sampai bila2....cadangan utk adakan pertemuan boleh dibuat terutama bln Ramadan dan selepas raya atau cuti sekolah....

Wasalam.
Mon 25-Aug-2008 03:29
Posted by:zaki aasefz@yahoo.com
Salam rakan2. Kami sekeluarga rasa terharu dan ingin mengucapkan setinggi2 penghargaan kepada Col. Anwar & Marina kerana keperhatinan beliau mengadakan majlis tahlil yg berlangsung di Masjid Wardieburn. Semoga
Allah SWTsampaikan doa dan mencucuri rahmat ke atas roh2 mereka yg telah pergi mendahului kami.Dan kami doakan agar Col sekeluarga dan rakan2 lain yg sentiasa memegang tali persaudaraan ini mendapat ganjaran rahmat serta berkat diatas segala jasa dan ingatan yg murni. dan semoga Allah menerima segala amalan dan ibadah kita semua .Amin.
Tue 26-Aug-2008 01:54
Posted by:Noor Hafidzah Omar-Rosllan
Add comment


Friday, 22-Aug-2008 16:23 Email | Share | | Bookmark
TeRimA KunJunGAn Adi & SheIla FaMILy.....

 
Hari ni kami sekeluarga sungguh merasa bertuah kerana menerima kunjungan saudara & sahabat kami yang paling akrab dari DC...dah lama rasanya menunggu kepulangan mereka...akhirnya detik yang dinanti dah tiba...mereka ni dalam percutian di Malaysia dalam masa sebulan...

Oleh kerana lama sangat berada kat luar negara..akhirnya tersesat juga mereka..tapi biasalah tu...jalan-jalan kat Malaysia ni memang macam tu..haru biru sikit..aku pun sampai sekarang ni masih tersesat kesana dan kesini...kami jamu mereka dengan mee kari dan cucur udang aje...maklumlah ketibaan pada waktu petang...tambahan pula dengar ceritanya mereka belum makan lagi...anak-anak mereka pula sibuk main games PS 2..Aidil, Anissa dan Aiman macam biasa..seronok betul melayan dua beradik ni...ingatkan malam tu nak belanja mereka makan masakan Western kat luar....tambahan pula Adi kata dia nak makan Western aje kat Malaysia..katanya dah jemu makan Seafood kat DC....

Tapi hasrat tak tercapai pun sebab Sheila kata dia dah kenyang makan mee kari...Syameer pula demam..hanya Adi yang masih berselera..aku dan Yati ikut aje...akhirnya mereka buat keputusan tangguh dulu...tunggu lain hari yang bersesuaian...entah bila tak pasti...tapi aku sekeluarga tetap juga menikmati keenakan makanan Western Kampung Baru malam tu.


Care to comment?


Monday, 18-Aug-2008 02:44 Email | Share | | Bookmark
KuRsUS FaSILiTatOr DaCuM di IPDA PD...4 - 15 OgOs 08

..baju kuning tu Tenaga Pengajar
..malam sempat minum kat Teluk Kemang..
...sesi bermula....
View all 8 photos...
Peluang mengikuti kursus sebegini akan aku ambil peluang untuk menambahkan ilmu pengetahuan.. jadual yang padat siang dan malam bukan halangan kepada aku sebenarnya... sepatutnya kursus ini dijalankan di hotel atau tempat berkursus diluar kem..namun arahan kerajaan Malaysia yang membatalkan kursus atau seminar di hotel menyebabkan kursus ini terpaksa diadakan di Institiut Pengurusan Tentera Darat (IPDA) di Port Dickson. Semua peserta kursus adalah jurulatih tentera yang pakar dalam bidang masing-masing.

Sepanjang kursus ini dijalankan aktiviti blog dan FP aku terpaksa dilupakan..sibuk dan tak berkesempatan untuk melayari internet...dan sepanjang masa itu pula keluarga aku pun terpaksa ditinggalkan. Tamat kursus ini barulah aku berpeluang mengupdate blog dan FP aku ni...

Tenaga pengajar kursus ini adalah tenaga pengajar awam yang mahir dalam bidang ini dibawah seliaan Kementerian Sumber Manusia..sijil kursus ini diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia...Peserta diakhir kursus akan cuba mendapatkan seberapa banyak maklumat dari ahli panel yang dilantik untuk membentuk satu kertas kerja yang tajuknya telah ditetapkan..































Care to comment?


Saturday, 16-Aug-2008 14:14 Email | Share | | Bookmark
MaJLis TAhLiL & MaKAn2......

tomyam campur
udang butter
sayur kailan
View all 5 photos...
Minggu lepas aku sekeluarga ke rumah Kak Fiza di USJ...ada majlis tahlil untuk arwah En Lan selepas Asar...genap 40 hari arwah meninggal...sedih rasanya bila mengenangkan kebaikkan arwah..tengok Kak Fiza dan anak-anak terdetik kesayuan memandangkan arwah amat rapat dengan mereka...semoga Allah akan mencucuri rahmat keatas arwah...kawan-kawan DC ramai yang tidak boleh menghadirkan diri..kebanyakkannya hanya hadir mengunjungi keluarga arwah pada keesokkannya...itulah yang paling terbaik..tanda setiakawan kita sebagai saudara sesama Islam..

Sebelah malamnya aku membawa anak-anak aku makan malam di sebuah restoran seafood di Kg Baru..Restoran yang menyediakan ikan hidup..ditakung dalam akuarium besar...terus aku pilih ikan siakap yang sederhana besarnya....masakan pilihan tentulah ikan masak 3 rasa..ummmmmp! sedapnya...kemudian pekena pula Tom Yam yang sememangnya favourite aku dan keluarga... sungguh menyelerakan dan tidak mengecewakan....




















Care to comment?


[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.