Want your
own Fotopage?








 
husin's FotoPages

By: husin zainudin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Friday, 29-May-2009 05:24 Email | Share | | Bookmark
GaMbAr YaNG BagUs Di KOnGsI DenGAn AnAK2..

 
 
 
View all 10 photos...
Gambar yang harus dikongsi dengan anak-anak terutamanya yang malas belajar. Ajarlah mereka bersyukur kerana bukan sahaja cukup makan,pakaian, pelajaran malah berlebih-lebihan lagi sehingga boleh dikategorikan sebagai mewah.

Lepas tu memilih makanan, suka bermain games, hiburan sehingga pelajaran di lupakan.

Juga kepada mereka yang berasa kerja anda dah teruk, gaji kecil dan berkira-kira untuk berhenti atau tidak komited dalam tugas, tahukah anda......

BETAPA KANAK-KANAK DI BANGLADESH TERPAKSA BEKERJA DIKILANG BESI DAN PELBAGAI KERJA YANG TIDAK SEPATUTNYA UNTUK MENYARA KEHIDUPAN SEMATA-MATA UNTUK MENDAPATKAN WANG UNTUK MEMBELI SESUAP NASI...BAYANGKAN BAGAIMANA ANAK-ANAK KITA YANG SERING DIMANJAKAN DAN TIDAK TAHU MENGENAL SUSAH





































Care to comment?


Wednesday, 27-May-2009 14:52 Email | Share | | Bookmark
Bantal untuk Lelaki

 
Bantal baru ciptaan Jepun khas untuk lelaki yang kesunyian dan gatal...



BoLeH LeNa ke!!!!!

hehehehe...memang sesuai untuk lelaki gatal n kesunyian

tumpang iklan sikit ya tuan rumah

kepada sesiapa yang berminat dalam image editing dan ingin mendapatkan teknik yang lebih baik dalam image editing ini bolehlah daftarkan diri anda untuk mengikuti Program Adobe Photoshop CS3. Program yang termurah dan terlaris di pasaran buat masa ini. Maklumat lanjut sila layari

http://www.kedai-aida.com

limited to 30 pax :-: class @ bandar baru bangi

Babees Products | Pearl Products | Crystal Products
Thu 28-May-2009 22:17
Posted by:alamak godampc@yahoo.com  - [Link]
Staff, wah kena beli bantal nie... kat mana ye.... bagilah alamatnya hahahahhaha Fri 29-May-2009 15:54
Posted by:Edd
berminat tempahan hubungi no ni; 016-3954114..ia terhangat dalam pasaran tau Sat 30-May-2009 13:37
Posted by:sin
Add comment


Wednesday, 27-May-2009 14:33 Email | Share | | Bookmark
TaNDa KaSiH SaYanG...

 

AbAnG JaLaN DuLu..NaNti AYaNG SeMUa FoLLoW Yeeeee...


Care to comment?


Monday, 25-May-2009 12:13 Email | Share | | Bookmark
Mee UdAnG KuALa SePeTAng...SeDAppppppp

 
 
 
View all 4 photos...
Sempat juga aku pekena mee udang kat Kuala Sepetang..sedap tapi rasanya mee udang Pulau Sayak lebih sedap.... entah apa yang menariknya... Majalah 3 rasanya belum mencuba mee udang Pulau Sayak lagi kot....










Staff, mee tu nampak sedap ... terasa la nak makan.... nanti kalau balik sana boleh ajak makan sekali ye..... Wed 27-May-2009 14:12
Posted by:Edd
Boleh edd, tak ada masaalah..beraitahu je bila balik..lupa pula nak tanya..kenapa blog tak boleh buka Thu 28-May-2009 06:48
Posted by:sin
oh blog dah lama edd tukar pada yang baru.... leh tengok kat www.rezekiharimau.blogspot.com tapi cerita banyak dah tak menarik dah... Thu 28-May-2009 21:00
Posted by:Edd
View all 5 comments Add comment


Sunday, 24-May-2009 11:59 Email | Share | | Bookmark
Di MaNA YEEEEE....

 
 
 
View all 13 photos...
TERBARU TAPI SEBELUM ANISSA PATAH TANGAN
TERBARU TAPI SEBELUM ADIL SUxxx...






































Care to comment?


Saturday, 23-May-2009 20:56 Email | Share | | Bookmark
HaPPy BiRHday AiDiL ke 9 TAhUn...SuRprIsE...

..Aidil terkejut bebenar
yummy..yummy
dah 9 tahun
View all 6 photos...
Surprise....lama sudah aku tak buat surprise party....kali ni aku dan Yati buat surprise untuk Aidil sempena birthday dia yang ke 9 ....Dalam diam malam tadi aku dan Yati keluar pergi beli kek dan makanan kegemarannya pizza ...bila sampai di rumah..kebetulan Aidil yang buka pintu..lalu bergemalah lagu "Happy Birthday To Aidil"...bestnya....Aidil seronok betul ...tapi sebenarnya Aidil masih lagi didalam pantang










Happy Belated Birthday Aidil.... semoga dilindungi Allah sentiasa dan sentiasa gembira key.... Wed 27-May-2009 14:10
Posted by:Edd
TQ...TQ...uncle, tak sangka masih ingat pada aidil Thu 28-May-2009 03:19
Posted by:aidil
Add comment


Friday, 10-Apr-2009 09:04 Email | Share | | Bookmark
SuRaT Nik AZiZ UntUk YB Ng KoK MiNg

Kata-kata yang membawa maksud yang sungguh bermakna dari seorang tokoh yang benar-benar memperjuangkan Islam yang saya ambil dari Blog YB Tok Guru untuk renungan semua...

09 Apr 2009
Surat Kepada YB Nga Kor Ming ADUN Pantai Remis Perak
Kategori: Isu Semasa
13 Rabiul Akhir 1430
9 April 2009

YB Encik Nga Kor Ming
EXCO Kerajaan Negeri Perak
Pejabat EXCO Negeri Perak
30000 Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN.


Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera


Yang Berhormat,

Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”

Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.

Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya. Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.

Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universiti, baik di IPTS atau IPTA.

Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana.


* MEMBANGUN BERSAMA ISLAM *


(TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT)
Menteri Besar Kelantan
Merangkap
Mursyidul Am PAS


kejahilan seseorang bukan anda yang berhak menilai dan orang pandai jangan takbur..
sekolah setinggi manapun, berpijaklah di bumi nyata dan yang paling penting BERSYUKUR!!!!!!!!!!
Wed 22-Apr-2009 21:14
Posted by:Pak Pandir
zainal,
hang tau dak aku dah check orang yang pro UMNO, pemerhati UITM dan pak pandir itu adalah orang yang sama. kelakar betul...adakah orang yang pandai itu selalu bertukar identitinya. adakalanya orang yang pandai tu juga tidak semestinya pandai dalam bidang politik dan keagamaan. banyak betul muslihat dalam dunia ni....hehehe
Thu 23-Apr-2009 06:09
Posted by:man K
man K,
... semoga lepas ini kita lebih pandai berpolitik. Untuk masadepan kita dan zuriat tersayang.
Wed 29-Apr-2009 15:13
Posted by:Zainal & Watie
View all 11 comments Add comment


Saturday, 14-Feb-2009 02:03 Email | Share | | Bookmark
Kak Zaimun kembali ke Rahmatullah...

 
 
 
Pada jam lebih kurang 4 pagi 14/2/09 Allahyarhamah Kak Zaimun selamat kembali ke Rahmatullah di rumahnya di Presint 18 Putra Jaya disisi suami dan anak-anaknya. Beliau yang keluar dari hospital pada jam 7 malam sebelum itu setelah pihak hospital gagal menangani penyakitnya telah dibawa oleh suaminya ke sebuah pusat kesihatan terapi Gombak pada malam itu juga. Namun kuasa Tuhan tiada siapa yang mampu menghalangnya. Penyakitnya semakin tenat dan pada jam 4 pagi kembalilah ia kepada Sang Penciptanya.

Pada awal pagi lagi ramai yang datang ke rumahnya..Sebahagian besar yang hadir di sana adalah rakan-rakan bekas warga DC dan ahli keluarga...ramai yang tak sempat sampai sebab tak jumpa rumah...Pukul 8 pagi mayat Allahyarhamah dibawa ke Beserah Pahang untuk dimandikan, disembahyangkan serta dikebumikan disana...Ustaz Zaki dan keluarga, Kak Fizah sekeluarga, Kak Nor WB dan Rusti/Baidura sekeluarga turut mengiringi jenazah...untuk kawan-kawan yang jauh ada sedikit gambar yang aku ambil khas untuk semua yang tak dapat menziarahi...sebagai penghormatan terakhir...marilah kita berdoa semoga Allahyarhamah ditempatkan dikalangan orang yang mukmin..amin..... Al-Fatihah!!!








sarjan & kak T, terima kasih kerana sudi berkongsi berita dgn kami..berita yg sangat2 tak disangka..al-fatihah utk kak mun..jasa, kenangan + budi beliau sentiasa bersama kami..salam takziah juga utk cik brahim & keluarga... Sat 14-Feb-2009 05:39
Posted by:lynnZ
Innalillahi wa inna illaihi raji-un. Salam takziah buat keluarga Allahyarhamah.
Moga roh Allahyarhamah ditempatkan di kalangan para solihin...
Al-Fatihah.
Mon 16-Feb-2009 02:46
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
Assalamualaikum, WBT.

Staff & T,

Thank you for all the news that you posted on your fotopage. What can we all say? Beyond shock, this is His kudrat. He gives life and He takes it from us. But I am grateful that our sister's suffering has ended. But we that is left behind have to be sabar and 'insaf.' I will not want to preach, just a thought.
Salam to all.
J.
Mon 16-Feb-2009 14:29
Posted by:Jumaat Sulaiman jumaat_99@yahoo.com
Add comment


Sunday, 8-Feb-2009 14:51 Email | Share | | Bookmark
Sekelumit keikhlasan diperlukan...

no talipon En Berahim Zaimun....0162389617...hubungilah mereka ..berikan semangat dan harapan pada mereka untuk terus berjuang menghadapi dugaan yang maha Esa ini....TQ

Kepada Allah diserahkan segala doa dan harapan...agar Kak Mon cepat sembuh. Kami sentiasa mengingati dan mendoakan kesejahteraanmu. Thu 12-Feb-2009 17:12
Posted by:warga DC
Alhamdulillah berkat doa dari saudara mara serta rakan taulan, kak Zaimun telah dibenarkan keluar dari hospital pada hari ini (jumaat-7.00pm).semoga kesihatan kak mun akan bertambah baik Fri 13-Feb-2009 12:59
Posted by:~yatyDC~
Kami sentiasa mengikuti perkembangan Kak Mon dan beberapa sesi bacaan yassin kami lakukan di sini memohon kehadrat Allah agar Kak Mon cepat sembuh.....amin. Fri 13-Feb-2009 15:25
Posted by:warga DC
Add comment


Saturday, 7-Feb-2009 14:44 Email | Share | | Bookmark
SeKAdAr DoA bUat Insan....PuAn ZaIMun...

Wajahnya sayu memandang....seakan mahu berkata " terimakasih kerana datang"...namun hanya kumit mulut berkata tanpa suara...digagah juga namun ternyata tidak berdaya...hanya airmata melebihi suara....ada kalanya terdengar seakan ia berkata "maaf akan segalanya"..hanya gerakan bibir tapi remuk rendam hati yang mendengarnya..walau seluas lautan,setinggi langit di angkasa... tiada sekelumit dosa yang tersimpan didada

Insan yang ada bersama ternyata tidak mampu berkata...sebak segalanya...melihat pada kudratnya yang ada..tidak sama seperti selalunya...tidak bermaya...cengkung hasil penderitaan yang telah lama sedia ada...hanya kita yang tak mengambil tahu akan kisahnya...kenapa sampai begitu jadinya???

Susu,bubur menjadi santapan utama...tapi bukan melalui saluran utama..mana mungkin rasa nikmatnya..tapi apakan daya...

Ayuh kawan...marilah bersama-sama..memanjatkan doa pada yang Esa...untuk kesejahteraan saudara kita...tawakkal pada Allah Taala..mungkin kasih sayang kita mampu merubah segala-galanya...Amin Ya Rabbal 'Alaminnnn.

salam sarjan dan kak yati,
terima kasih for such a touching post.
kami doakan kak zaimun cepat sembuh. amin.
sebak fuzy baca post sarjan coz she was kind to me and family and i wish i can see her.
mohon sampaikan salam fuzy dan azrul to kak zaimun n family.
Sun 8-Feb-2009 09:12
Posted by:fuzy
semalam nani dan zaki pi tgk kak mun...memang terkejut tgk keadaan kak mun.mmg lain drpd yg selalu kita tgk masa di DC. kami pun berdoa semoga kak zaimun cepat sembuh dan semoga Allah kurangkan penderitaan sakit kak mun. izzat dan nabilah mmg betul2 tabah. tak dpt bayangkan kalau nani ada kat tempat mereka...melihat ibu sakit. Mon 9-Feb-2009 01:23
Posted by:~delia
lynnZ :
waalaikumsalam...hari lynnZ call, kak T pegi melawat kak zaimun dengan kak melati dan kak kuzi.
sebelum tu kak T pegi ngan kak fiza dan beberapa rakan yang lain.Alhamdulillah keadaannya semakin memuaskan.
harap semua kenalan dapat terus mendoakan kesihatan yang baik untuk kak mun.terima kasih atas ingatan anda semua.
Mon 9-Feb-2009 12:14
Posted by:~yatyDC~
View all 4 comments Add comment


[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.