|
|
| Sunday, 10-Feb-2008 11:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
..Teruskan Jejak Langkah..
|
|
Kedinginan pagi di Washington DC tidak menghalang aku,Yati dan Anisa meneruskan jejak langkah menyusur muzium disepanjang jalan Smithsonian..Kali ini tanpa berteman dua orang anak aku yang lain iaitu Aiman & Aidil..Mereka lebih senang meneroka alam kanak-kanak di depan video games mereka..
Derap langkah awal terhenti di Hirshhorn Museum and Sculpture Garden..tapi kurang memberi impak maksima pada kami, langsung ditinggalkan menuju ke destinasi kedua yang dijangkakan lebih menarik. National Air & Space Museum..Pelbagai tinggalan sejarah penerokaan angkasa oleh angkasawan USA memberi sedikit pengetahuan berguna pada kami..Replika kapal angkasawan dan sejarah penerokaan angkasawan USA ini memperlihatkan kehebatan mereka..namun ia juga kurang menarik perhatian aku sebenarnya..aku masih mencari-cari sesuatu yang sjiwa dengan aku..tapi dimana?
Hati aku tergerak untuk menuju bangunan bersebelahan muzium ini..Namanya sudah cukup menarik aku untuk kesana…National Museum The American Indian..rupanya disini jiwaku terarah…aku mengemari ciri-ciri artistic begini..senibina sejarah lama masyarakat Red Indian yang dipinggirkan masyarakat USA..Tinggalan-tinggalan sejarah mereka seperti tempat tinggal serta hasil kraftangan mereka memberikan aku pelbagai ilham untuk aku lebih mengenali masarakat ini…sayangnya bangsa ini kian pupus ditelan kemajuan yang tiada sempadannya..persembahan tarian oleh bangsa Indian Bolivian yang begitu manarik telah menyerlahkan lagi kepuasan aku mengunjungi Museum ini..
Sebelum pulang kami singgah West Potomac Park untuk mengabadikan kenangan kami yang terakhir di sebuah patung manusia gergasi yang ditenggelami oleh bumi…rasanya semua tempat yang menarik di DC hampir habis dijelajahi..Ia akan dijadikan memori indah untuk kami bawa pulang ke tanahair nanti..
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 9-Feb-2008 12:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Melawat Muzium di DC..
|
|
Hari ni aku dan keluarga membawa hati yang lara ke DC..bukan kerana hati dan perasaan..tapi sebab yang berlaku kat rumah..terpaksalah mencari kedamaian kat luar...hanya orang yang tertentu yang tahu sebab apa aku ke DC ni..suspennnn..
Hasrat nak melawat Muzium kat DC ni dah banyak kali aku suarakan..tapi selalunya gagal aje..memandangkan aku pun kurang minat nak melawat muzium ni..anak-anak aku jangan tanyalah..tak pergi pun tak apa..tapi bila tengok dalam blog si Isma tu..best juga..ini tak boleh jadi..hari ni kena kuatkan tekad kena pergi juga..lagipun kami dah tak ada masa untuk berangan-angan atau tertunggu-tunggu masa yang sesuai...asalkan free aje kena keluar cari destinasi menarik.
Akhirnya kami mula menjejaki muzium yang pertama yang kami singgah..National Museum of Natural History...macam tak percaya ..menarik habis..rugilah kepada sesiapa yang tidak pernah mengunjungi tempat ini...Di dalam muzium ini ada dipamerkan artifak lama zaman pra sejarah seperti rangka dinasour yang dijumpai..dan rangka tersebut dicantum-cantumkan hingga terbentuk satu dinasour yang lengkap..sebiji macam yang dalam cerita "The Jurasic Park"...selain itu ada dipamerkan seni sejarah lama di beberapa negara seperti mumia di Mesir, kehidupan zaman lamapu di Afrika dan juga lukisan besar illustrasi zaman pra sejarah...sungguh cantik dan menarik sekali...Ada juga pameran senifotografi yang cantik dan menakjubkan dari pelukis terkenal yang dipamerkan disitu..aku rasa takjub sekali dengan seni fotografi yang dihasilkan..mantap lagi menawan..banyak lagi yang menarik..kalau nak cerita tak cukup FP aku ni..
Esoknya aku ada destinasi lain..tentunya melawat muzium lagi..nampaknya aku dah jatuh hati pada muzium pula..kenapalah sebelum ni aku tak ambil kesempatan begini..alahaiiiiiii.
|
|
|
|
|
|
| Friday, 8-Feb-2008 18:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Aidil & Tikki-Tikki Tembo
|
|
Hari ini aku balik awal sikit dari pejabat..bukan apa..sebenarnya Aidil hari ini terlibat dalam menjayakan persembahan "Tikki-Tikki Tembo" kat sekolahnya sempena sambutan Chinese New Year..Aku hanya pergi bersama Anissa dan Aiman..Yati tak ikut sama katanya keletihan kerana seharian packing barang kat rumah..Tema persembahan malam ini adalah warna merah
Aidil hanya terlibat dalam persembahan Dragon Dancers dan juga pemain gendang persembahan .. boleh tahan juga anak aku ni..tapi tau-taulah bagaimanan nakalnya anak aku ni..tak boleh duduk diam atas pentas..ada aje gelagatnya yang kadang-kadang membuatkan aku tertawa bila memandangnya..tapi walaubagaimanapun dialah penghibur hati aku..Aku akan sunyi tanpanya..Teraju utama persembahan malam itu adalah kawan baiknya Minjoo..berbakat budaknya..lihatlah gaya persembahan mereka.....
Berakhirnya malam TTT itu bukanlah penamat aktiviti aku malam ini..selepas tu aku pergi menjemput Adie kat rumahnya pula sebab nak minta tolong darinya angkat sofa dari rumah aku untuk dihantar kepada kawan Yati..orang Indonesia..Lis/Yana..nasib baik Adie sudi membantu aku..kalau tidak patah tulang belakang aku..lepas habis urusan kerja Adie dan anak-anaknya lepak sementara kat rumah aku..Sebenarnya malam ini Lin/Yus juga nak datang nak ambil sofa juga..Dalam pada itu Shila tiba..dia datang lewat sikit katanya ke office dulu ada barang penting tertinggal..Bila Lin/Yus sampai Yati jamu semua yang datang makan nasi dahulu..ye lah adat orang melayu ni..orang datang kita raikan..tapi maaflah tak ada apa yang specialnya..hanya nasi kosong dan sedikit masakan yang biasa aje..lepas tu lepak-lepak dan bercerita.. lupa pulak tentang sofa Lin/Yus ni..Akhirnya pukul 11 malam baru hantar sofa ke rumah mereka..alahai semuanya tak dirancang sebegini...tapi terimakasih kepada semua yang terlibat membantu malam ni...
|
|
|
|
|
|
| Friday, 8-Feb-2008 17:56 |
Email | Share | | Bookmark |
|
RALAT...
|
|
|
..mendukacitakan..FP dan blog aku ni terpaksa dihentikan buat sementara waktu disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan..mohon maaf..akan beroperasi seperti biasa jika keadaan pulih seperti sediakala...
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 7-Feb-2008 10:53 |
Email | Share | | Bookmark |
|
..Sehari di Tahun Baru Cina...
|
|
Hari ini baru terasa penat betul..tak ada masa nak berehat..sesudah subuh lagi aktiviti aku ni bermula..lepas sembahyang subuh aku kejutkan Anissa nak pergi sekolah..hari ni dia ada aktiviti pagi kat sekolah yang memerlukannya pergi awal...ingat nak bangun lambat sikit..biasalahkan hari cuti..lepas aku hantar dia ke sekolah..aku balik rumah ambil Aidil & Aiman pula untuk hantar ke sekolah ..kesian pula kat dia orang ni..masa aku cuti ni tak apalah aku korbankan masa aku untuk hantar mereka kesekolah...Yati pun ikut sekali sebab lepas tu nak pergi ke BOA untuk buat transfer wire..problem sebelum ni tak selesai lagi..harap-harap hari ni selesailah...
Pukul 10.30 aku dah ada kat rumah..buka komputer.. baca blog kawan-kawan..lepas tu teringat pula pasal golf set saudara kembar aku yang masih belum aku beli lagi..aku ni buta pasal golf ni..tak ada orang lain yang boleh tolong aku pasal ni..hanya seorang aje...aku talipon si Adie..rupa-rupanya dia tengah exercise kat rumah dia..semangat betul dia ni..biarkanlah.. orang-orang muda kena semangat kuat...aku janji dengan Adie pukul 11 pagi aku jemput dia..kami cadang nak pergi ke kedai Washington Golf di Road Seven...
Pukul 10.47 aku dah sampai depan rumah Adie..nak buat macamana..jalan clear hari ni..lepas tu tanpa membuang masa kami bergerak ke kedai yang dimaksudkan...Macam biasalah aku serahkan tugas ni 100% pada Adie.. Adie yang sibuk membelek-belek golf set yang sesuai untuk saudara aku tu..aku mengiyakan aje..akhirnya dapatlah golf set yang dikehendaki...lepas tu aku ajak balik aje sebab tak mau mengganggu masa cuti si Adie ni sebab aku tahu dia dah ada program dengan Sheila lepas ni..walaubagaimanpun terimakasih Adie kerana selalu menolong aku ..lepas ni ada lagi pertolongan yang aku perlukan darinya...
Balik rumah dah hampir pukul 12.30 pagi..tepat pada masanya..Edger pula datang ke rumah untuk hantar kotak serta semua kelengkapan untuk packing barang..pasal business ni Edger memang cekap..sekali talipon aje barang dah sampai..tapi yang aku tak suka padanya ialah sikap over confident beliau yang melampau..sekali tengok aje dia dah buat anggaran berapa kaki yang diperlukan..sedangkan barang aku pun dia tak tengok lagi...
Balik aje Edger aku pun mula packing dengan Yatie...belum sempat habis bernafas lagi..teringat pula janji dengan Temina nak tengok perabut baru aku...biasalahkan extra furniture kerana lebih perkhidmatan kat sini..rupaya disini rezeki aku berganda pula..sebelum sampai ke kedai tadi aku dah terfikir ayat ni "KITA TENGOK SIAPA YANG AKAN KENA..SAMADA AKU ATAU DIA"..rupanya tenyata Temina yang terkena..alhamdulillah rezeki aku nyata masih ada disini...baik sungguh Temina melayan aku hari ni..mungkin dia dah bertaubat kot heeeee..
Rupanya selesai urusan dengan Temina Jam sudah menunjukkan pukul 3.30 petang..lapar pulak rasanya..aku ajak Yati pergi makan dekat Village Kabob..teringin nak makan nasi dengan ikan talapia goreng..order punya order baru aku tau rupanya semua makanan di Village Kabob ni semuanya halal termasuk makanan Latino..sebelum ni aku pernah makan disini hanya makanan Kabob aje yang halal manakala makanan Latino non halal..rezeki lagi...memang tuah aku hari ni..apalagi kami pun orderlah makanan Latino..sedap juga...
Lepas makan cepat-cepat bergegas balik kerumah sebab Aiman,Anissa dan Aidil akan balik kesekolah..dia orang tiba kat tempat menunggu bas pada jam 4.05 minit..tepat masanya kami sampai..lepas tu masuk rumah sambung packing..aku pula buka internet..tengok blok kawan-kawan..aku tertarik pada blog Si Shila hari ni..sebab cerita best sikit..ada perkembangan menarik pada dirinya..alhamdulillah..aku pun tak ambil masa panjang untuk siapkan blog aku pula...dalam pada itu pula..perabut Temina pun tiba ke rumah..sama seperti yang dipinta ketika berurusan dengan Temina pagi tadi...boleh tahan juga..tengoklah gambar.....tapi masih ada barang yang belum sampai lagi..
Lepas ni aku nak pergi ke Ross pula lepas siapkan FP aku ni..lebih kurang pukuk 8 malam siaplah ..itu ajelah kali ni..ini pun dah cukup panjang...
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 6-Feb-2008 21:01 |
Email | Share | | Bookmark |
|
KISAH DAN TAULADAN..
|
|
assalamualaikummmmm...
kisah & tauladan
Hai kawan-kawan, ini ade something for you guys to read...
Bacalah. Mungkin ianya satu pembalasan.......kerana kealpaan
manusia... bacalah ia buat peringatan kita bersama.....mudah-mudahan...
semuga ada perubahan diri....
Keheningan pagi membuat Kamal sentiasa terkenangkan sesuatu.
Pengalaman manis dan pahit masih kukuh di ingatan. Dan seperti biasa
Kamal akan melayani lamunannya sebaik saja terjaga dari tidur.
Mak Senah ibu Kamal menjalankan rutinnya menyuruh Kamal segera bersiap
untuk membantunya di kebun. Kamal menarik nafas dalam-dalam kerana
satu jadual yang terpaksa di ikut setiap hari. Selesai saja bersarapan
mereka memulakanlah rutin kehidupan seperti biasa. Kadang-kala terasa
bosan juga di hati Kamal, tetapi apakan daya itu saja yang dapat
dilakukan. Namun begitu,jauh di sudut hati Kamal dia sentiasa berdoa
dan berharap agar hidupnya akan berubah satu hari nanti.
Kebun mereka tidak berapa jauh dari rumah, lebih kurang 15 minit
berjalan kaki.Sedang mereka berjalan kaki di sebatang denai, tiba-tiba
satu cahaya muncul di hadapan mereka. Hati mereka menjadi kaget
kerana tidak pasti dari manakah datangnya cahaya itu. Dan tak
semena-mena badan Kamal mula melayang-layang di udara dan Mak Senah
pengsan waktu itu juga. Kamal ingin menjerit tetapi halkumnya bagaikan
disekat.Dia cuba meronta untuk melepaskan diri tetapi sia-sia.
Tiba-tiba badannya mula bercahaya secara beransur-ansur dan akhirnya
sama dengan cahaya tersebut.
Seketika selepas itu badan Kamal mula merekah-rekah. Darah segar
memancut-mancut dari liang-liang tubuhnya. Kesakitan yang amat mula
terasa di seluruh anggota. Urat-urat kaki dan tangan membengkak dan
pecah. Darah lebih banyak keluar dari tubuh badan Kamal. Otot-ototnya
membesar dan terkoyak secara tiba-tiba. Kamal masih tidak mampu
menjerit namun begitu matanya semakin segar menonton penyeksaaan pada
dirinya. Tiba-tiba kulit badannya tersiat-siat. Setiap sel-sel
kulitnya seperti dirobak-rabik dan kelihatan daging putih yang tidak
berkulit lagi.
Darah mula terbit dicelah-celah daging badan Kamal. Pedih dan ngilu
tidak dapat dibayangkan lagi. Apakah ini pembalasan Tuhan? Kamal tidak
terdaya lagi. Dia tidak mampu menahan apa-apa penyeksaan yang
dilakukan kepada dirinya. Dengan tidak semena-mena, larutan garam
disimbah ke badannya yang tidak berkulit itu. Air garam itu mula
menusuk ke dalam dagingnya menambah kepedihan yang sedia ada.
"Argh......Argh,....." Itu saja yang mampu dikeluarkan dari hati
kecilnya.Peristiwa sadis ini dengan tiba-tiba datang dan menyeksa dirinya.
Secara perlahan-lahan badan Kamal yang terapung diletakkan semula
dengan tiba-tiba. Duri-duri semalu sedang menunggu tubuh Kamal untuk
dijamah.Kamal tidak tahan dengan penyeksaan itu lagi dan dia pun pengsan.
Biarlah hilang ingatannya supaya segala kepahitan, kesakitan dan
kesengsaraan dapat dilupai. Malam itu gempar satu kampung apabila para
penduduk terjumpa Mak Senah Pengsan bersama satu makhluk yang lain. Kamal
tidak dapat dicam lagi oleh para penduduk kerana rupa bentuk
fizikalnya telah berubah. Tok Imam segera dipanggil untuk melihat
apakah makhluk itu. Tok Imam ternampak satu tanda di dada Kamal dan
akhirnya Tok Imam dapat mengenali Kamal. Malam itu juga Tok Imam
mengumumkan kepada penduduk kampung bahawa makhluk itu adalah Kamal dan kini
ia.......telah berubah. Hidup Kamal kini betul-betul telah
berubah........berubah...........
..................................
..........menjadi................
...............Power -----> Rangers.
Kusyuk dan tawadukkk nampak bila membaca............hehehehehehe
(sorry lah ye aku boring ni...)
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 6-Feb-2008 20:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Serba Kekurangan...
|
|
Untuk kesekian kalinya FP aku terasa kekurangan sekali..kurang menarik..kurang efektif dan segala-galanya...aku pun agak kurang memberi perhatian kepada FP aku kebelakangan ini..lebih terarah kepada blog aku aje...sebenarnya aku kekeringan idea kebelakangan ini...sayang FP aku ni..dialah sumber ilham aku dulu,kini dan selamanya...keadaan aku sendiri yang membuatkan aku kurang memberi perhatian kepada blog aku ni...tumpuan aku lebih memikirkan persiapan untuk aku balik aje..kadang-kadang mood pun hilang jika kita banyak memikirkan perkara lain..tapi ia hanya sementara aje..aku pasti..aku akan aktif kembali bila keadaan mengizinkan..sekarang ni pun aku tidak lagi ghairah mengejar ke angka 99 FP popular..dulu aku akan cuba mengekalkan kedudukan ini...sekarang tidak lagi..bagi aku yang penting bukan lagi kedudukan..tapi yang penting pada aku kini..apakan sumbangan aku kepada pembaca FP aku ini...walaubagaimanapun hingga hari ni aku masih juga bertuah kerana FP aku ni masih dalam lingkungan 99 FP popular tapi agak kebawah sikit nombornya...tapi tak mengapalah sekurang-kurangnya aku tahu FP aku ni masih ada pembacanya..terimakasih kepada sesiapa yang sudi melayari FP aku ni...
Dalam pada itu aku cuba memantapkan blog aku yang baru aku publishkan baru-baru ini..Masih banyak kekurangannya dan aku masih mempelajari teknik-teknik terbaru untuk memperkemaskan blog aku itu..hari ni pun aku dapat satu ilmu baru untuk blog aku ni..tapi aku masih belum mencubanya lagi..tengoklah nanti..jika ada kelapangan..
Bercerita pasal FP aku ini..ada seorang yang banyak membantu aku dalam pengendalian FP aku ni..tak lain dan tak bukan..beliau adalah isteri aku sendiri,Yati..hari ini aku ingin memberi perhargaan kepada beliau yang banyak membantu aku dalam segala-galanya..tanpanya sukar untuk aku mengemaskinikan blog aku ini..beliau yang banyak membetulkan ejaan yang salah dan sebagainya..dan beliaulah yang selalu menjawab semua komen yang memasuki FP aku ni...Beliau juga memberikan inspirasi untuk aku masukkan bahan dalam FP aku ini...terutama kalau ada ruangan resepi..aku berterimakasih pada isteri aku yang selalu memberi peluang untuk aku menulis tanpa gangguan..sekarang ni pun sebab salah satu sebab ilham aku kurang kerana isteri aku tak ada disamping aku kerana beliau sibuk packing barang..insyaalah bila selesai segala urusan..FP aku ni boleh beroperasi seperti biasa...insyaalah...
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 5-Feb-2008 13:20 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Menghitung Hari....56 Hari..
|
|
Sudah terserlah kini..tinggal 55 hari lagi aku dibumi Bush ini..surat tamat tugas pun aku dah terima hari ni..maka berakhirlah kehidupan aku disini dalam masa terdekat ni...Aku akan balik ke malaysia pada 31 Mac 08..tidak dapat aku bayangkan perasaan sedih bercampur sayu kerana meninggalkan semua kawan-kawan semua yang amat baik pada aku..yang selalu menolong aku dan keluarga di masa susah dan senang ..hanya tuhanlah yang akan membalasnya..namun sudah suratan..aku pergi pun kerana kehendak aku sendiri dan aku merelakannya..terimakasih semua...budi kalian semua tetap akan dikenang hingga akhir hayat..hayati pantun ini..
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Ingat kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi
Hari ini menanam jagung
Hari esok menanam serai
Malam ini kita berkampung
Malam esok kita bercerai
Batang selasih permainan budak
Berdaun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
seribu tahun kembali juga
Orang Aceh sedang sembahyang
Hari Jumaat tengahari
Pergilah kasih pergilah sayang
Pandai-pandailah menjaga diri
Mana Manggung Mana Periaman
Mana batu kiliran taji
Tinggal kampung tinggal halaman
Tinggal tepian tempat mandi
Bintang barat terbit petang
Bintang Timur terbit pagi
Jika tidak melarat panjang
Ada umur ketemu lagi
Dari mana hendak ke mana
Tinggi rumput dari padi
Tahun mana bulan mana
Dapat kita berjumpa lagi
Dian tiga lilin pun tiga
Tanglung tergantung rumah laksamana
Diam juga sabar pun juga
Ada umur tidak ke mana
Tuan puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Di izin tuhan bersua lagi
Maaf ye..sengaja nak berpantun...
|
|
|
|
|
|
| Monday, 4-Feb-2008 12:59 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kisah Gadis Pakai Tudung..
|
|
Ini adalah artikel yang aku ambil dari FP Sirloin Skipper yang aku rasa amat baik untuk renungan semua..semoga kita semua mendapat hidayah daripadanya.
Kisah Benar gadis Bertudung..
"Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.
Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka.
Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, " cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"
Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak y ang masih kecil. Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli.
Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik.
Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?" Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri" Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi......entah apa yang dah berlaku?
Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...saya sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya kata kan ajaib kerana dia berubah seratus peratus!
Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah... saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri..tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunat nya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya..
Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah (rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.
Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang..hati berdebar-debar, tak dapat ditahan.....saya berlari masuk ke dalam rumah..saya lihat ibu menangis .. saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya........dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air mata ini tak dapat ditahan lagi...
Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguakmisteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini. Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu khoiri..disitu tertera soal jawab antara adik dan isteri jiran kami itu. Butirannya seperti ini: Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)
Annisa: aku hairan, wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari "mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"
Isteri jiranku: Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati
Annisa: tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan cantik??
Isteri jiranku: Subhanallah..sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak..siapakah yang boleh menolaknya?
Annisa: Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik.Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung.. pendapat makcik bagaimana?
Isteri ji ranku: Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah SWT nanti dan tudung adalah perlindungan untuk wanita ..
Annisa: tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..
Isteri jiranku: Tudung hanyalah kain, tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami...
Annisa: apakah hakikat tudung ?
Isteri jiranku :Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia .. sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat, lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu.. itulah hakikat tudung..
Annisa: mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung... mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?
Isteri jiranku: Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. Duhai nisa .ingatlah akan satu hari dimana seluruh manusia akan dibangkitkan..ketika ditiup sangkakala yang kedua, .pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya, ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka...
Belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu.Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita ditanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung. . . .Allah SWT. Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya..
Subhanallah ...
Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu "buta, tuli dan bisu.." wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya, wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT, wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia.. "Tak tahan airmata ini pun jatuh". Semoga Allah SWT menerima adikku disisinya.. Amin..Subhanallah.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 2-Feb-2008 18:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Malam Suka Ria..
|
|
Malam minggu ni rupanya malam yang sungguh meriah..apatah lagi bila ramai kawan-kawan baik datang ke rumah...Aderin, Shila, Adi, Yus & Lin datang berkunjung kerumah..dah lama kami tak berkumpul macam ni...seronok juga..macam-macam isu yang kami borakkan ..dari cerita kami semasa kecil hinggalah kami seperti sekarang..terkeluarlah cerita pasal menamakan anak-anak mengikut tempat yang kita sukai..itulah macam-macam nama dicadangkan..Ahmad Dunn Loring...Muhamad Tyson, Abu Metro, Siti Marshall, Wan Ross dan macam-macam lagi..bagai nak pecah perut dibuatnya..seronok sungguh aku malam ni...dalam pada tu tak sangka pula ada hadiah birthday untuk aku dan Yati..terimakasih Aderin....tak ada apa yang istimewa dapat kami sajikan kepada kawan-kawan kami ni melainkan Laksa Kelantan dan donat kentang aje..
|
|
|
|
|