|
|
| Monday, 18-Feb-2008 08:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Tamat Kembara ke Ohio..
|
|
Seawal jam 8 pagi kami telah selesai check out dari hotel...Hari ini hari Isnin yang merupakan cuti am 'Presiden Day' di USA ini..Sebenarnya kami keluar awal kerana menerima jemputan breakfast dari Kak Melati/Abang Rashid..serba salah juga pada awalnya untuk menerima jemputan ini memandangkan kami tahu mereka berdua ini sibuk..Kak Melati dengan kuliahnya manakala Abang Rashid hari ini bekerja pula...tapi kesungguhan mereka membuatkan kami menerima jemputan ini..
Kami dijamu dengan laksa penang yang 'cow' habis..sedap..nasi goreng lagi..rezeki sungguh datang ke Ohio ni..Malahan mereka siap 'ta pau' lagi untuk bekal kami dalam perjalanan nanti..mee hoon goreng..entah macamana nak ucapkan terimakasih kepada keluarga ini..hanya Tuhan yang mampu membalasnya...Bukan itu saja Kak Melati sanggup meninggalkan kuliahnya pagi ini untuk membawa kami shopping lagi..alahai.. macamana aku nak katakan lagi..semoga Allah akan sentiasa memberkati saudara-saudara kami ini..
Selepas shopping dan mengucapkan terimakasih kepada Kak Melati kami pun mohon diri untuk meninggalkan mereka..sedih sekali meninggalkan keluarga yang baik dengan kami selama ini..namun apakan daya..sudah suratan..ini mungkin pertemuan terakhir aku dan Yati bersama keluarga ini di USA..moga-moga kita akan bertemu di tanahair nanti..
Sebelum tu kami menuju ke Prime Outlet di Arora..Di situ janji terakhir antara kami untuk membawa haluan masing-masing kerana aku berhasrat untuk meneruskan kembara yang masih berbaki cuti lagi...rupanya kembara kami selepas itu penuh pancaroba bila ribut salji melanda..salji yang datang bersama angin kuat menyebabkan sukar kenderaan dikendalikan..lori2 besar kerapkali menjadi halangan yang merbahaya kepada kami kerana sikap tidak perihatin mereka terhadap pemandu jalanraya yang lain..sikap kurang ajar mereka kerapkali membuatkan kami terpaksa beristigfar berkali-kali...Akhirnya aku membuat keputusan untuk kembali aje ke VA kerana memikirkan cuaca yang tidak menentu di destinasi yang kami mahu pergi..cukuplah rasanya xpdc kami...dah puas dah..tak ada apa yang mahu dicari lagi...serata ceruk tempat kami dah pergi..kami tidak akan merindui USA lagi selepas ini...
P/S: Husin FP akan melakukan beberapa proses penjenamaan semula tidak lama lagi..insyaalah..
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 17-Feb-2008 21:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Berkunjung ke Rumah Abang Rashid & Kak Melati..Kent Ohio...
|
|
Kawan umpama saudara pada kami..kami sebenarnya berada di penghujung kembara yang jauh..matlamat utama kami sebenarnya adalah malam ini...kunjungan terakhir buat saudara kami di Kent Ohio sebelum menamatkan kembara di bumi Bush ini..Hampir 4 tahun di bumi US ini begitu agak terlewat kami mengenali keluarga ini..agak singkat tapi ternyata amat mesra...
Kami tiba di bandar Kent..langkah menuju ke sebuah rumah yang menjadi persinggahan sementara keluarga ini..kami disambut dengan penuh kemeriahan..kami tidak menyangka sambutan semeriah begini..tapi itulah Abang Rashid/Kak Melati..Mereka yang kami kenali amat menghormati tetamu mereka..biar bagaimanapun kawan atau sahabat mereka..semuanya akan diraikan dengan sepatutnya...Kesibukkan Abang Rashid bekerja & Kak Melati belajar di 'U' bukanlah menjadi halangan besar pada mereka..lihatlah makanan yang disajikan kepada kami...terharu dan terpana kami..sememangnya kami lapar tapi kesungguhan mereka melayan menjadikan kami semua amat malu dan rasa sedih pula kami diraikan sebegini..Bila pula kami nak balas jasa mereka sedangkan kami semua nak balik ke Malaya dah..mungkin ada kesempatan di tanahair akan kami balas budi yang mereka berikan pada kami...
Pie epal...suatu kuih tradisi dan kegemaran di USA..tak pernah ingin aku jamah di sini tapi demi keluarga ini aku akan jamah..aku tetap makan walaupun aku kenyang sebenarnya...Ketika menulis ni rasanya nak mengalir airmata aku..aku sebenarnya amat sedih nak meninggalkan semua kawan-kawan aku terutama keluarga ini..tapi aku terpaksa balik kerana aku tak mahu kesedihan-kesedihan begini akan menghantui aku..mungkin aku terlalu sensitif kerana ketika aku menulis ni di awal sore jam 5.15 pagi..kekadang kesunyian awal pagi yang hening membuatkan hati kita mudah tersentuh..tapi ini luahan hati aku sebenarnya..sama seperti ketika semua kawan-kawan aku meninggalkan aku seorang demi seorang...
Esoknya masih ada beberapa lagi program yang diatur oleh keluarga ini sebelum kami meninggalkan negeri Ohio ini...
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 17-Feb-2008 12:10 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Cleveland yang cantik dan menarik
|
|
Awal mula pertama langkah diatur tanpa mengenal jemu..Cleveland menjadi destinasi terbaru kembara keluarga aku dan keluarga Adie/Shila..Kedinginan pagi bukanlah menjadi halangan besar pada keluarga kami. Dengan menjamu hidangan ala kadar yang kami masak sendiri dan tentukan nasi adalah keperluan utama..kami mengisi perut agar terisi supaya memudahkan lagi kembara kami..Anak-anak kami pula menjadikan mee maggi perencah kari sebagai halwa perut mereka..
Jam 11 pagi roda kereta kami mula bergolek di jalan raya..pemandangan kiri kanan yang seliputi salji yang masih mencair menjadi santapan minda untuk berfikir dan mengakui keEsaan Tuhan yang menciptakan keindahan alam semesta..perjalanan yang memakan masa selama 45 minit bagai tidak terasa dan akhirnya destinasi menarik pertama kami tiba ialah Cleveland Sains Center... bangunan yang menempatkan segala pameran berkenaan sains yang mengkagumkan dan mencelekkan minda kami yang sememangnya kabur berkenaan bidang ini..Anak-anak kami pula ghairah bermain permainan berkaitan sains yang juga menyediakan ruang untuk kanak-kanak turut merasai kepentingan dunia sains ini..
Puas menjamu mata kami mula beralih arah ke bangunan berselebahan bangunan ini..ternyata ia lebih menarik...Rock & Roll Hall of Fame & Museum..khas untuk pencinta muzik Rock & Roll yang fanatik..Galeri yang menempatkan segala peralatan sejarah muzik Rock & Roll bermula dari alat muzik, penyanyi dan segala-gala berkaitan perjuangan muzik ini ada dipamerkan dalam sudut-sudut galeri yang cukup menarik..malangnya kamera dan video adalah dilarang untuk dibawa masuk...hanya sekadar bercerita tanpa disertakan gambar aje lah..Bagi peminat muzik ini jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi muzium bersejarah ini.....
Destinasi terakhir kami ialah Cleveland Museum of Arts..namanya aje cukup gah dan menarik namun kami sekadar mengunjungi untuk mendapatkan shot gambar yang menarik untuk kenangan kami sahaja memandangkan masa yang tidak mencukupi...
Detik jam 5 petang kami telah menamatkan kembara akhir kami di Cleveland dengan bersiar-siar di keliling bandar ini..ternyata Cleveland ini seolah-olah bandar mati yang tiada berpenghuni.. bangunan cantik dan jalinan jalan raya yang sistematik namun tiada ramai yang menggunakan... kenapa jadi begini?...namun pembangunan di sekitar bandar tetap rancak..rupanya diakhir kembara kami baru kami ketahui rupanya Cleveland ini merupakan bandar yang semakin sepi ekoran dari penghuninya yang banyak meninggalkan bandar ini disebabkan faktor penghijrahan yang dikaitkan dengan kemiskinan..mungkin ada benarnya kerana kawasan sekitar Cleveland ini tidaklah mencapai pertumbuhan penduduk yang ramai dan pembangunan pesat yang sepatutnya ada di negara maju..Walaubagaimana pun, pengalaman yang kami kutip dan kecapi hari ini lebih berharga dari segala-galanya..ternyata ada sedikit kebahagian dan kegembiraan untuk aku bawa pulang dan menghabiskan sisa-sisa kehidupan di bumi Bush ini..
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 16-Feb-2008 21:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Happy Birthday Afiq..
|
|
Selepas berakhir shopping di Grove City Prime Outlet..kami mengatur langkah mencari hotel untuk bermalam..Dalam perjalanan aku dan Yati mula merancang untuk membuat surprise party birthday Afiq..Birthday Afiq sebenarnya jatuh pada tarikh semalam..sila lihat dalam blog Shila...semalam mereka sambut birthday Afiq kat rumah aje..rasa kesian pula kat Afiq..sebab tak ada kawan-kawan menyambut bersama dia..lagi pun lepas ni aku tak berkesempatan lagi nak sambut birthday mereka sebab aku dah kena balik ke Malaya.. apa salahnya aku gembirakan sedikit hati mereka sebelum aku balik ni..lagipun mereka sekeluarga ni dah banyak tolong kelurga aku selama ini..
Kami memilih Best Western Inn untuk menginap malam ini..Selepas check in hotel..aku dan Yati keluar dari hotel tanpa diketahui oleh sesiapa kecuali anak-anak aku aje yang aku tinggalkan di hotel..pesan aku pada mereka sekiranya Uncle Adie cari katakan kami keluar cari barang ...berpusing-pusing aku dan Yati cari kek..bukan senang nak cari kek di pekan kecil begini..lagipun jam sudah pukul 9 malam lebih..banyak kedai dah tutup..
Akhirnya memang rezeki Afiq..jumpa juga kek coklat yang sederhana besarnya..selepas membeli lilin dan aiskrim untuk makanan tambahan birthday kami pun pulang semula ke hotel..rupa-rupanya Adie dah ajak anak-anak aku yang aku tinggalkan pergi ke bilik mereka...terpaksalah kami buat surprise birthday Afiq dalam bilik mereka..walaupun tidak begitu sempurna tapi kami berbangga kerana berjaya memberikan kegembiraan pada Afiq malam ini..Happy Birthday Afiq..semoga lekas besar dan jadi anak yang pandai dan membanggakan ibu bapa..Dalam masa yang sama malam ini juga kami sambut birthday Syamir sekali sebab masa birthday Syamir nanti kami tentu tengah sibuk nak balik Mesia...Hadiah kesukaan Afiq dan Syamir iaitu kereta pun telah kami sempurnakan malam ini..alhamdulillah selesai sudah majlis..bersyukur pada Tuhan..esok ada program lain lagi...
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 16-Feb-2008 17:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Shopping di Grove City Prime Outlet, Pennsylvania..
|
|
Sesungguhnya masa berlalu begitu pantas untuk kami tinggalkan bumi Bush ni..Sisa-sisa hari perlu dimanfaatkan sebaik mungkin..Destinasi terakhir percutian kami adalah menuju ke Ohio yang jarak perjalanannya lebih kurang 6 jam dari rumah kami..Bersama rakan rapat kami keluarga Adie/Shila..kami merancang untuk mengunjungi sahabat kami di Kent Ohio iaitu Abang Rashid/Kak Melati..Dalam kedinginan pagi yang membeku kami bergerak dari rumah lebih kurang pukul 11 pagi..Matlamat awal bukanlah terus menuju ke Kent,Ohio sebaliknya ingin membeli belah terlebih dahulu di Grove City Pennsylvania...Esoklah baru kami akan mengunjungi sahabat kami itu...Alhamdulillah akhirnya kami selamat sampai ke Prime Outlet tersebut lebih kurang jam 5 petang..Bukan mahu bershopping sangat sebenarnya tapi sekadar melihat-lihat seandainya ada yang berkenan..boleh tahan juga harga barang kat sini....lihatlah gambar-gambar yang sempat diambil..
|
|
|
|
|
|
| Friday, 15-Feb-2008 21:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Pilihanraya ke 12..
|
|
Malam ni kurang ilham sikit untuk menulis..buka blog kawan-kawan tengok samada ada perkembangan atau tidak..banyak perkara yang mereka luahkan tapi entahlah aku rasa berdiam diri lebih baik dari berkata-kata..bila terlebih berkata-kata semakin banyak terdedah kelemahan dan keburukkan kita...anyway hari ni aku seronok membaca blog ustaz..bila baca blog ustaz ni aku rasa happy, ceria dan memberikan aku semangat untuk menulis kat blog malam ni..
Cerita pasal PRU 12..wow bestnye..dah lama aku nak menulis pasal politik ni..tapi takut nanti orang salah anggapan pada aku pula...bagi aku banyak orang salah faham pasal pilihanraya ini..PR sepatutnya dijadikan medan untuk memilih kerajaan yang kita kehendaki..kerajaan yang baik adalah kerajaan yang boleh memberi manfaat kepada rakyat..pemimpin yang baik ialah pemimpin yang bertanggungjawab pada rakyatnya..pemimpin mesti sedar amanah yang diberikan kepadanya..pemimpin tidak boleh melanggar amanah yang diberikan kepadanya kerana di akhirat nanti ia akan diperhitungkan...jangan anggap jadi wakil rakyat mudah..Jangan anggap jadi wakil rakyat itu lubuk mengecap kekayaan tapi sebenarnya wakil rakyat itu wakil kebajikan rakyat..kalau tak sanggup jadi wakil kebajikan rakyat jangan jadi wakil rakyat...wakil rakyat itu pemimpin rakyat..bila pemimpin rakyat kenalah ambil berat pasal rakyat.. namapun wakil rakyat..Kalau kita faham ciri-ciri pemimpin yang digariskan dalam Islam..rasanya tak berani orang nak jadi pemimpin..tanggungjawab bukan setakat di dunia tapi di akhirat juga...sekarang ni banyak wakil rakyat tak pernah fikir macam tu..yang dikejar oleh wakil rakyat sekarang ni ialah imbuhan yang dia akan terima selepas tu..projek, tanah, busines..itu yang dia orang nampak..sedih rasanya..hanya berapa kerat aje yang betul-betul berjuang dengan ikhlas..sekarang ni kalau pemimpin berjuang ikhlas orang kurang nampak sebab tak ada duit yang beliau nak laburkan..rakyat sekarang ni pula banyak yang mata duitan..bagi duit sikit dah lupa semuanya..aku terkilan betul perkara macam ni
Banyak lagi aku nak cakap pasal politik ni..harap-harap kita dapat menilai pemimpin yang baik dan seterusnya akan membentuk kerajaan yang baik..kerajaan yang amanah...yang pentingnya kebajikan rakyat tidak diabaikan..kalau salah memilih..banyak masalah yang akan timbul dan akan membebankan rakyat...Kemajuan dan pembangunan negara mesti seiring dengan kehendak rakyat..jangan sampai kemajuan yang dikejar, keperluan rakyat tergadai...negara maju terkenal dan tersohor..tapi rakyatnya merempat..tak ada gunanya kemajuan begitu..Paling penting kemajuan seiring dengan keperluan rakyat..rakyat akan menumpang tuah dari kemajuan..kemajuan bukan hak diri sendiri dan sebilangan kecil aje yang dapat menggunakannya..kemajuan perlu dapt digunakan oleh semua lapisan masyarakat...kemajuan ikut kemampuan negara..jangan terlampau mengejar nama..kemampuan negara dilupakan...Bagi aku biar pembangunan sederhana tapi rakyat mewah dan hidup aman..itu paling penting untuk rakyat..kalau maju itu bonus la..tapi rakyat pun mesti dapat bonus juga...
Kemasyuran negara kerana kemajuan material dan fizikal sepatutnya tidak terlampau drastik tanpa di imbangi oleh keperluan dalam negara terlebih dahulu..tentukan semua rakyat terlebih dahulu mendapat keperluan yang mencukupi dari segi ekonomi mereka, pendidikan dan keperluan rohani mereka...tentukan rakyat kita kuat dulu, ekonomi mereka kukuh, pendidikan mereka dan sebagainya..bila mereka dah kukuh segala-galanya barulah kita perkuatkan pembangunan..barulah rakyat akan jadi benteng kepada negara..kalau rakyat pun tak cukup makan..sukar mereka nak jadi benteng negara..itu sebabnya rasuah, pecah amanah berlaku...rakyat sebenarnya belum bersedia dari aspek tersebut..Keperluan rakyat adalah keperluan utama..didik mereka, bentuk mereka, majukan mereka...Bila dalam negara dah mantap dan kukuh barulah kita perkuatkan negara di kacamata luar pula..Jika dalam negara kuat sukar anasir asing untuk mencampuri urusan negara...Pembangunan mega pun bolehlah dilaksanakan kerana keperluan rakyat sudah mencukupi...Pembangunan negara pula biarlah terancang..jangan sampai pembangunan negara menjadikan rakyat lemas kerana tak semua rakyat yang mampu menggunakannya..ataupun terlampau banyak pembangunan sampai satu masa nanti sampai dah tak tahu nak buat projek apa lagi dah..itu dah kira pembaziran... yang tinggal hanya projek-projek yang mengarut-ngarut aje tanpa atas dasar kepentingan negara..itu dah teruk...
Panjang juga aku merapu ni..kawan-kawan kat Malaysia selamat mengundi..gunakan undi kita sebaik-baiknya untuk memilih kerajaan yang terbaik..moga-moga kerajaan yang kita bentuk mendapat kerahmatan dari yang maha Esa..Amin...
Alahaiiiiiiii sedihnya aku tak boleh guna kuasa undi aku ni..
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 14-Feb-2008 20:58 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Terimakasih Kawan-kawan....
|
 |
|
...Dari Nani..
|
|
 |
|
...Dari Lynn..
|
|
 |
|
..Dari Hamba Allah..
|
|
|
Apa lagi yang dapat diucapkan pada kawan-kawan semua...melainkan ucapan terima kasih diatas segala-galanya..tidak pernah kami pinta semua ini..namun keperihatinan kawan-kawan membuatkan kami amat terharu sekali..sesungguhnya didunia ini masih ada kasih sayang sesama insan..jangkaan bahawa nilai kasih sayang akan berkurangan ditelan zaman ternyata adakalanya tidak benar...hari ni membuktikannya..terima kasih Nani Delia atas hadiah birthday kepada Yati..begitu juga hadiah dari LynnZ untuk Yati ...Kami juga menerima sepasang hadiah kristal dari seorang sahabat sebagai cenderahati kepulangan kami yang diberikan pada hari ini...kami mengerti mengapa pemberinya tidak mahu namanya disebutkan dalam FP aku ni..ia bukti keikhlasan hakiki pengirimnya...semoga persahabatan kita akan kekal sepanjang zaman... terima kasih semua
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 13-Feb-2008 23:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kudapan Malam.."Beef Strip Roll Bun"
|
 |
|
masak tanpa minyak
|
|
 |
|
dah siap...
|
|
 |
|
dah boleh makan...
|
|
|
Malam kian menjengah...
Namun aku sukar melelapkan mata...
Terasa lapar pula...
Mujur Yati masih ada...
Lalu ditanya keperluan apa yang ku pinta..
Apa-apa saja..
Asalkan boleh kenyang dan melelapkan mata..
Itulah isteriku yang setia..
Hidangan ini yang disedia...
Boleh-boleh aja...
alahaiiiiiiiiiiiiiiiiiii
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 13-Feb-2008 21:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
HIPOKRASI KEHIDUPAN
|
|
Hidup ini umpama roda..
adakalanya kita diatas adakalanya kita dibawah..
Adakalanya kita gembira dan adakalanya kita berduka.
Di kala kita gembira dunia seumpama milik kita..
Di kala berduka semuanya bagai hampas belaka..
Tuhan berikan keadilan pada semua makhluk ciptaannya..
Tapi kita sebagai hambanya
Sentiasa tidak pernah berpuas hati dengan pemberiannya..
Begitulah lemahnya insan bernama manusia..
Selalu tidak bersyukur dengan apa yang ada..
Mungkin hari ni hari kita..
pelbagai dugaan datang bertimpa-timpa
Rasa tak tertanggung dij iwa..
Tapi terpaksa direlakan semuanya
Demi suatu hakikat yang nyata
Mungkinkah esok masih ada
Mungkin kan sinar akan kembali bercahaya
Mungkin ia tidak semudah yang dijangka
Kerna mendung sentiasa berarak bersama
Mungkin kadangkala terlalu mengikut rasa
Akhirnya binasa badan jadinya
Tapi demi suatu pengorbanan yang nyata
Perlu adanya penderitaan mengiringinya
Moga kebahagian akan menyusul akhirnya
Perlu ada tolak ansur kerananya
Paksaan bukan jalan penyelesaiannya
Budi bicara adalah sebaik-baiknya
Tak semua yang kita berkehendakkannya
Akan kita dapati semuanya
Terimalah saja segalanya yang ada
Pasrah dan ketentuan ilahi adalah suratannya
Hidup didunia begitulah lumrahnya
Tetapi kehidupan perlu diteruskan seadanya
Biar perit susah payah merentasi badai untuk mengharunginya
Jangan putus asa dan lemah kerananya
Kerana kita hambanya
Perlu ada semanagat waja
Mungkin benarkah ini naluriku berkata
Mungkin untuk menyedapkan hati aku aja
Semoga esok masih ada
Menggapai impian yang semuanya kini berkecai belaka…
Kisah ini hanya rekaan sahaja
Tiada kena mengena antara yang hidup atau yang tiada
Maaf jika ada yang terluka
Kerna aku manusia biasa saja
Alahaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
|
|
|
|
|
|
| Monday, 11-Feb-2008 18:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Aiman..Winter Concert..
|
|
Seni muzikal itu indah dan boleh memukau perasaan..Bagi diri aku sendiri memang meminati seni muzik..Justeru itu hari ni aku berpeluang menyaksikan sendiri anak sulung aku mempamirkan bakatnya…
The Fairhill Band & Strings Program hari ini menganjurkan ‘WINTER CONCERT’ di dewan gymnasium sekolah Fairhill Elementary School..Ia merupakan persembahan dari kanak-kanak grade 4,5 & 6…Gabungan 3 grade ni mempersembahkan beberapa lagu muzikal terkenal ciptaan komposer terkenal seperti Mozart dan sebagainya..
Aiman memainkan alat muzik trumpet..Sebagai bapa aku berbangga dengan pencapaian Aiman dan sesunguhnya aku mengharapkan ia akan berkekalan hingga pulang ke tanahair . Ia mungkin persembahan Aiman terakhir disini..tidak pasti bilakah lagi aku berpeluang menikmati saat-saat begini..menikmati seni muzik alunan anakku sendiri…Alahaiiiiii.
|
|
|
|