Want your
own Fotopage?








 
husin's FotoPages

By: husin zainudin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]
Sunday, 2-Mar-2008 12:43 Email | Share | | Bookmark
Shopping di Potomac Mills...

 
 
 
View all 25 photos...
Sesak nafas betul aku sekarang ni..terasa hari-hari yang mendatang terlalu cepat sekali..Diam tak diam tinggal 28 hari lagi aku nak meninggalkan USA ni..macam-macam keperluan tak siap lagi..takut pula kalau aku tak sempat..kebelakangan ni barulah terasa aku terlalu menghargai masa..sedetik minit yang mendatang aku akan cuba conggakkan..Selain untuk memenuhi jemputan makan oleh kawan-kawan aku juga terpaksa mencari masa yang sesuai untuk berjalan-jalan ditempat-tempat yang aku belum pernah kunjungi...Kadangkala aku terpaksa menolak jemputan atau menangguhkan jemputan kawan-kawan untuk membolehkan aku memenuhi impian aku.

Semalam aku menjelajahi Tyson Corner untuk mencari beg tangan Luis Vuitton(LV) yang diminta oleh kawanku dari Jepun ..itupun memakan masa yang agak lama..tak beli pun sebab harganya mahal betul...perlu aku maklumkan harganya dulu pada kawan aku...hari ni pula aku merancang nak pergi ke Potomac Mills untuk memenuhi permintaan barang-barang kawan-kawan dan untuk keperluan keluarga aku juga...

Pukul 12.30 tengahari aku dah bertolak bersama Yati dan Anissa...Hari ni aku beri peluang pada Yati untuk shopping untuk dirinya 'no limit'..Ini tanda perhargaan aku kepadanya yang telah lama banyak membantu aku dalam segala hal..hanya dia yang memahami aku sebenarnya..biarlah hari ini dia seronok shopping sebab lepas ni mungkin tiada peluang lagi..Aku pun hari ni shopping 'no limit' untuk keperluan aku di Malaysia nanti..seronok shopping hari ni sebab free tanpa anak-anak..Anissa ni pula sekali sekala ambil gambar aku dan Yati shopping..separuh hari aja shopping untuk kami..untuk pun banyak yang miss..dalam pada itu shopping juga untuk kawan-kawan... terasa duit mengalir bagai air...tapi itulah pengorbanan sebenarnya kalau kita nak balik..kalau nak sesuatu kenalah berani keluarkan duit..kalau tak mahu keluar duit..kita lupakanlah cita-cita kita..Kadang-kadang rasa bangga pula sekali sekala bagi hadiah untuk isteri dan anak-anak shopping...Duit boleh dicari sebenarnya..tapi kasih sayang anak dan isteri perlu juga sekali sekala dihargai...untuk kerukunan rumahtangga..

Seperti yang aku katakan sebelum ini..satu lagi kelahiran Fotopages dapat disaksikan... http://madisayasin.fotopages.com ......
































EHHHHHHH CANTIKNYA GAMBAR DEKAT ESPIRIT MACAM YATIE DAN LISA DALAM IKLAN TU GINI MACAM HUSIN DAH PRO JUR U KAMERA NI Mon 3-Mar-2008 12:58
Posted by:azura asri
Seronoknya tengok kawan kita berbelanja...yelah...di sana kita tak terasa sangat nak shoping...tapi bila balik di tanahair terasa wang begitu berharga sekali...sbb..barang manyak mahal loo...nak beli baju/pakaian kena fikir dua tiga kali....lagipun yang beli di sana tak terpakai lagi ...ada yg masih dlm kotak!!!...tumpang dah shoping tu jgn lipa adik beradik di sini sama.... Tue 4-Mar-2008 02:03
Posted by:Orang kampung aasefz@yahoo.com
Sebab tu la shopping last minute macam ni ustaz..kat Malaysia nanti kita dok diam2 kat rumah je..kat malaysia kita pi jalan-jalan ustaz..macam kita ni bersyukur je apa yang ada..dapat datang kat sinipun dah lebih bersyukur...alhamdulillah Tue 4-Mar-2008 04:32
Posted by:*husindc*
View all 4 comments Add comment


Friday, 29-Feb-2008 20:05 Email | Share | | Bookmark
Farewell di Rumah Kol Othman/Kak Ana...

 
 
 
View all 24 photos...
Terasa kesejukkan malam ini..jam sudah menunjukkan pukul 1.15 pagi..aku masih berteleku di depan komputer..FP aku ni perlu dibereskan sebelum aku melelapkan mata..terasa keletihan malam ini kerana baru balik dari farewell yang dibuat khas untuk kami sekeluarga oleh kol Othman dan Kak Ana..Esok masih ada tugas yang perlu dibereskan..jam 5 .30 pagi tayar kereta dah bergolek untuk menghantar seorang pegawai tentera Malaysia ke airport..

Malam ini kami sungguh bertuah diraikan dalam satu majlis yang sungguh meriah..terimakasih boss...tetamu jemputan semuanya military..Gen Dato'Mohd Noor dan Datin Shamsiah, Kept Jamal dan keluarga..Mej Abu Hashim dan seorang lagi pegawai tentera dari Malaysia..Kol Moh Noor..dia ni boss aku dari Malaysia..balik nanti aku kena melapor pada dia..selain tu tak ketinggalan LtK Hisham dan Faizal sekeluarga...

Kami bagai satu keluarga yang besar dan tenyata kami sangat rapat antara satu sama lain..itulah yang dapat aku katakan..kami semua bagai adik beradik..aku bangga sekali dapat bersama mereka ...terimakasih tuan-tuan semua..aku pasti kehilangan kalian bila aku kembali ke Malaysia

























RAMAINYA KEKAWAN PANGGIL MAKAN, HUSIN AND YATIE SEMEMANGNYA PERAMAH DAN BAIK HATI SEMUA ORANG SUKA Sat 1-Mar-2008 13:08
Posted by:azura asri
Terima kasih zura...zura dan keluarga juga begitu baik pada kami. kenangan bersama zura sekeluarga akan tetap diingatan Sun 2-Mar-2008 06:40
Posted by:*yatyDC*
Add comment


Thursday, 28-Feb-2008 14:39 Email | Share | | Bookmark
Keraian dari Kawan-kawan - Part 3

..jiran tetangga..
..penaja Gado-gado..
..Shawn pun masak..
View all 34 photos...
Apalagi yang dapat ku katakan...tiada kata lagi yang mampu ku ucapkan..semuanya adalah hakikat yang perlu aku terima..rupanya di dunia ini masih belum ketandusan nilai persahabatan sejati..bukan di tanah air tercinta..tapi di bumi yang disifatkan ibu kejahatan dunia..

Tidak pernah ku terfikir bahawa suatu hari nanti aku akan diraikan sebegini..malah ketika aku menjejakkan kaki ke negara ini pelbagai andaian buruk yang wujud di fikiran..sukar membayangkan orang kasar sepertiku mampu hidup dikelilingi bijak pandai dan golongan moderate..tidak langsung terfikir bahawa anggapan aku itu tiasa langsung berasas..hampir 4 tahun aku cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan baru ini..rendah diri dan jauh hati menjadi mainan..hinggalah pada akhirnya aku menjadi matang dan akhirnya berjaya mendapatkan rentak yang sepatutnya bila bertugas diluar negara dan bekerja dengan orang awam..

Terimakasih Ibu Diana,terimakasih Kak Saimun, terimakasih kawan-kawan yang lain..aku tak tau siapa peneraju utama majlis pagi ini..hanya aku tahu Ibu Diana dan Kak Saimun yang bekerja keras untuk majlis ini...andai aku tersilap dan tak menyebut nama orang lain aku minta maaf..Terimakasih Puan Ann kerana membenarkan majlis ini..terimakasih penaja-penaja makanan yang aku tak mampu sebutkan kerana hampir semua menaja makanan..semuanya sedap belaka..kami amat terharu akan kesungguhan kalian semua meraikan kami...ia akan jadi kenangan kepada kami untuk dibawa ke tanahair nanti..

Aku dan Yati terhutang budi pada kalian semua..tidak terbalas jasa kalian semua..kita semua adalah kawan dan saudara dunia dan akhirat..insyaalah suatu masa nanti jika ditakdirkan tuhan moga-moga aku dapat meraikan kalian sebegini, dibumi Malaysia pula..

Seperti yang aku katakan di majlis tadi bumi USA dan bumi Malaysia tidaklah jauh.. seandainya jauh pun kita akan dekat-dekatkan.itulah tujuan asal aku buat FP ni untuk ' informasi terkini' untuk kawan-kawan kat Malaysia..selepas ini kalau aku balik ia akan bertukar pula kepada informasi terkini buat rakan-rakan di USA.. ...






























kawan-kawan..sila buka blog ustaz..ada cerita.. Fri 29-Feb-2008 16:46
Posted by:husindc
Add comment


Thursday, 28-Feb-2008 13:30 Email | Share | | Bookmark
Keraian Dari Kawan-Kawan - Part 2

...Ditaja oleh Shila..
Ditaja oleh LtK Hisham.
Ditaja oleh Yati DC..
View all 11 photos...
Antara hidangan yang sempat diambil...terimakasih semua.. budi kalian tidak dapat dilupakan..minta maaf pada semua kawan-kawan yang menaja makanan tapi gambarnya tak sempat diambil..kegagalan amat dikesali..









































Care to comment?


Thursday, 28-Feb-2008 13:20 Email | Share | | Bookmark
Keraian Dari Kawan-Kawan - Part 1

Bersama Ibu Diana Z..
 
Bersama Puan Ann yang di hormati.
View all 9 photos...
Sebahagian gambar kenangan bersama kawan-kawan yang sempat diabadikan...terimakasih semua..






























Care to comment?


Monday, 25-Feb-2008 20:13 Email | Share | | Bookmark
Potret Kehidupan..

 
 
Hari ini aku menerima sekeping lagi potret keluarga yang aku tempah dari Lan..makin bertambahlah koleksi gambar aku...gambar kedua-dua dibawah ni sama tapi tak serupa..

Dalam diam dan tak sedar seorang lagi anggota baru Fotopages akan lahir..sementara ni biarlah aku rahsiakan dulu...bila ada masa yang sesuai aku akan beritahu...






Terimakasih Zainal..nanti sampai kat Perak tentukan ada kalungan bunga dari gadis tol untuk kami...maklumlah negara maju..sentiasa mesra pada pelancung dan warganya...tol jelapang tu ok ke..takut aku nak lalu kat situ Wed 27-Feb-2008 15:04
Posted by:*husindc*
Hai dah lama tak jenguk dan tanya berita..khabar apa agaknya...yang pasti kami di sini menanti penuh sabar...Mokh/Kuzi sering menyebut...macam kembar siam tak boleh lupa...begitu juga kawan2 lain...pulanglah perantau...PULANGLAH!... Thu 28-Feb-2008 06:34
Posted by:Orang kampung aasefz@yahoo.com
Kami pun begitu juga..taksabar rasanya nak balik..insyaalah kami akan beritahu dari masa ke semasa..selalulah lihat FP ini...kami akan hubungi semua kawan-kawan nanti..salam untuk semua..
Sekarang ni sibuk urusan packing..teringat kat ustazah pula masa packing..kesian kat ustazah masa tu..sekarang ni aku kesian pada diri kami pulak..adat nak balik macam tulah..jangan lupa PRU..undi pos tak sampai-sampai lagi ni..camno ni..tak sempat rasanya nak pilih kerajaan sendiri..
Thu 28-Feb-2008 15:10
Posted by:*husin*
View all 9 comments Add comment


Saturday, 23-Feb-2008 13:00 Email | Share | | Bookmark
Jemputan Makan Tengahari dari Puan Ann & En Hasdi..

General Tso' fried chiken..
Scallop with black bean sauce...
sauteed mix vegetable...
View all 17 photos...
Hari ni kami sekeluarga amat berbesar hati untuk menerima jemputan makan tengahari dari Puan Ann & En Hasdi di Mandarin Restaurant di Springfield..katanya mereka buat ini untuk farewell kepulangan kami..terimakasih kami ucapkan..buat susah-susah aje...

Sesungguhnya mereka berdua ni pasangan yang aku hormati kerana sikap dan dedikasi kerja mereka..malah aku tidak malu-malu untuk mengatakan mereka ni salah satu sumber inspirasi aku di USA ni..mereka telah banyak memberi pengetahuan untuk aku kutip hasil pergaulan dengan mereka...malah aku berharap suatu hari nanti aku mampu mencontohi mereka dari segi dedikasi kerja, budi bahasa, menghormati setiap orang dan sebagainya...

Kami tiba di Mandarin Restaurant pada jam 1.15 tengahari...Banyak yang Puan Ann order seperti Beef Monggolia, General Tso' Chiken Wings, Flounder Fish Sweet Sour, Sauteed Mix Vegetable, Lemon Chiken, Scallops with Black Bean Sauce dan Vanilla Ice Cream. Selepas membuat pesanan kami berbincang pelbagai perkara dan segala kenangan lama yang pernah kami lalui bersama.. sesungguhnya kami kagum dengan mereka yang lebih dahulu makan garam dari kami.. sesungguhnya antara kami dan mereka ibarat langit dan bumi..tapi ternyata mereka begitu professional dalam segala hal..itu yang membuatkan aku kagum dengan mereka..

Kami pasti akan terasa kehilangan mereka selepas kembali ke tanahair nanti namun apa yang kami pelajari dari mereka akan kami sematkan di dada dan akan sentiasa di ingati hingga keakhir hayat..terimakasih atas segala-galanya..sekiranya ada salah dan silap kami yang terkasar bahasa, terlanjur perbuatan itu adalah kelemahan diri kami sebenarnya...ampun maaf di pinta..
























Jan,
Aku jumpa Ustaz Zaki lagi kelmarin. Kami pi makan mee udang di Pulau Sayak. . Nanti balik Parit Buntar boleh kita pekena pulak. Tak sabar nak jumpa!
Mon 25-Feb-2008 04:13
Posted by:mokhtar
waaa...sedap nye mee udang . Kami pun tak sabar dah nak balik nih. hari ni seharian packing n kemas rumah.meriahnya kat mesia nak sambut raya tapi kami cuma lihat dari kejauhan Mon 25-Feb-2008 05:20
Posted by:*husin*
meriahnya suasana ni,nanti bila balik semua akan jadi memori indah Mon 25-Feb-2008 22:21
Posted by:azura asri
Add comment


Friday, 22-Feb-2008 10:30 Email | Share | | Bookmark
AGM PERWAKILAN..

 
 
 
View all 14 photos...
AGM PERWAKILAN berlangsung di Embassy Of Malaysia Washington DC. Penaja makanan adalah dari Group A yang diketuai oleh Puan Zaimun. Saksikan sekitar gambar yang diambil oleh Yati dan juga bantuan dari rakan-rakan yang lain. Ini adalah meeting penutup tirai yang terakhir akan disertai oleh Yati..Sayonara..semoga bertambah CEMERLANG selalu...















Care to comment?


Friday, 22-Feb-2008 09:12 Email | Share | | Bookmark
Nasib aku sebagai sebuah kereta..

 
 
 
View all 13 photos...
Apakan daya..inilah nasibku sebagai sebuah kereta dibumi yang begitu dibanggakan kerana permodenannya... Itulah aku SKR 181..Aku kadangkala terpaksa kesejukkan sebegini..lihatlah hari ni bagaimana seluruh tubuhku dibaluti ais..sejuknyaaaaaa..namun aku tetap akan berbakti kepada tuanku sehinggalah sampai masanya aku tidak lagi diperlukan..rasanya baktiku selama hampir 4 tahun ini berbaloi dengan harga yang ditawarkan untuk mendapatkan aku..

Terimakasih atas segalanya.....





















husin cantik betuiii gambar icy tu kalau hantar edoras atau tok janggut mesti dapat anugerah cubeleeee Sat 23-Feb-2008 05:34
Posted by:azura asri
Add comment


Thursday, 21-Feb-2008 21:52 Email | Share | | Bookmark
Aku dulu kini dan selamanya..

 
 
 
View all 4 photos...
Sebenarnya aku tetap seperti dulu,kini dan selamanya..tak sesiapa yang boleh mengubah penyataan ini melainkan tuhan yang maha esa...mungkin kekadang tu perangai aku pelik sikit..kadang-kadang gembira,sedih,ketawa dan macam-macam..itu perkara biasalah...kalau ada yang terasa tu maaflah ye... Tapi aku tak nak bercerita pasal soal tersebut..hari ini bila aku tiba kat rumah Yati tengah sibuk buat kuih untuk bawa mesyuarat AGM Perwakilan esok...Yati menyediakan kuih Apam Gula Hangus dan Puding Roti...selain tu Yati juga goreng papadom dan keropok ikan..Dengar cerita esok ada makan besar..nasi tomato lagi..terliur kita...Buat anggota Perwakilan selamat bermesyuarat dan selamat menjamu selera dan kalau makan tu jangan sampai lupakan orang yang hendak pergi sembahyang Jumaat..kesian dia orangkan.......















waduh cantik sekali kuih ini emmm yummy Fri 22-Feb-2008 16:04
Posted by:azura asri
Ini kali pertama bukak blog hang. Puiiii...sebagus fp hang jugak. Bagus kisah Azmil tu. Aku sekarang tengah berusaha nak masukan anak aku ke Tahfiz di Ulu langat. Semua tempat kami cuba dah penuh...sampai ke Kelantan. Tak banyak yang nak terima pelajar perempuan.Yang ini ada harapan sikit sebab ada student yang tengah nak tamat. Interview semua dah lulus. Tengah tunggu panggilan aje. Insha Allah kalau ada rezeki mereka, minggu depan depa masuk lah. Dekat Msia sekarang senang nak masuk sekolah convent lagi dari sekolah agama! Wassalam. Fri 22-Feb-2008 16:11
Posted by:Zainal zainalmdnor@yahoo.com
Sebenarnya kalau kita lihat dalam rakyat kita mengejar kemodenan makin ramai rakyat Malaysia yang menyedari kepentingan belajar agama untuk anak-anak mereka..walau mereka ni bijak pandai tapi mereka tahu masa depan anak-anak tanpa agama dimasa depan akan sentiasa terumbang ambing kalau tiada asas agama..aku pun macam tu juga bercadang untuk hantar anak-anak aku belajar agama bila aku balik nanti..kisah Azmil tu adakalanya mengajar aku erti kehidupan di masa depan...itu aku rasakan pilihan yang paling tepat sekali dan ada kewajaran disepanjang masa.. Fri 22-Feb-2008 18:30
Posted by:husindc
View all 5 comments Add comment


[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.