|
|
| Friday, 14-Mar-2008 11:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Tertunai Juga Hasrat...Thomson Boat Center..
|
|
Sebenarnya dah lama aku nak pergi tempat ni..tapi ada aje halangan..tempat parking tengah baik pulihlah dan macam-macam alasan..planning awal tu bukan nak pergi kesini..tapi nak pergi beli souvenir di DC..tempat yang kami nak pergi pula banyak betul Pak Hitam..NE lah katakan..takut juga..tapi nak buat macamana..orang kata murah beli souvenir kat sini..rupanya hanya indah khabar dari rupa..mahal juga dan yang paling tak ok sekali ialah rasa kurang selesa nak shopping kat sini..macam ada yang memerhatikan kita aje...
Lepas tu kami pusing-pusing kat DC..tengok pokok cherri pun masih belum berbunga lagi..alahai masih ada masakah untuk aku melihat kecantikkan bunga cherri blossom kali ini...harap-harap peluang tu adalah..kemudian pusing-pusing area Memorial Bridge..ternampaklah bangunan cantik di sekitar Sungai Potomac berhampiran Thomson Boat Center..apalagi kami pun singgahlah.. parking yang dulunya ditutup kini sudah dibuka setelah dibaik pulih..memang rezeki kami kali ini...disini juga adalah jeti berlepas/ketibaan feri yang belayar melalui Sungai Potomac menuju Alexandria..
Jam sudah menunjukkan ke pukul 12 tengahari..kami ambil keputusan untuk makan dulu sebelum aku menuju ke masjid untuk sembahyang Jumaat..Sebenarnya hari ini aku batalkan hasrat untuk berpuasa nazar kerana ada sebab yang tidak dapat dielakkan..nampaknya masih terhutang satu hari lagi..tak apalah aku buat lepas ni..kami singgah makan disebuah kedai halal dekat Annandale..sedap makan kat sini..dah banyak kali kami datang dan rasanya boleh tahan juga..
Ketika aku pergi sembahyang Jumaat Yati tunggu kat dalam kereta..sembahyang kat Hilltop aje..jumpa pula ramai kawan..Adie,Mej Aziz, Faizal dan paling tak dapat aku lupakan adalah dapat jumpa Nurul Izzah ..macam tak percaya aje..mungkinkan pelanduk dua serupa..masaalahnya Nurul Izzah yang aku jumpa ni aku memang kenal..dulu tak bertudung kini dah bertudung..alhamdulillah.. dia juga baru keluar dari masjid..mungkinkah dia dah berubah?..
Selepas tu pergi Fairhill Elementry School untuk ambil rekod persekolahan anak-anak..lepas tu nak pergi cuci kereta pula..aduhhhh banyak kerja betul...
|
|
|
|
|
|
| Friday, 14-Mar-2008 10:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Selamat Tinggal Fairhill Elementry School..
|
|
Berakhirlah sudah episod persekolahan anak-anak aku disini..penuh kenangan indah dan mempunyai pengertian yang mendalam..aku memahaminya bila anak-anak aku amat suka belajar disini..tidak pernah ponteng sekolah dan sentiasa berminat dengan pelajaran yang diterima..
Hari ini anak-anak aku dengan riang ingin kesekolah buat kali yang terakhir..kami bekalkan mereka dengan hadiah untuk cikgu-cikgu kelas mereka tanda terimaksih atas jasa mereka selama ini..kami amat terhutang budi dengan mereka..4 tahun mereka melatih anak-anak aku tanpa jemu..tidak terbalas jasa mereka..anak-anak kami juga ternyata amat senang bersekolah disini..
Lambaian terakhir dan pelukan mesra diberikan kepada mereka oleh cikgu-cikgu mereka..malahan mereka bertukar-tukar email dan laman web..suasana penuh keharuan dan aku mengerti kerana disini didikan pada para pelajar bagaikan keluarga malahan kasih sayang melimpah ruah melebihi orang tua..mungkinkah kemesraan sebegini akan ujud di Malaysia?..hanya masa dan ketika yang akan membuktikannya..
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 9-Mar-2008 13:15 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Menghitung Hari...21 Hari Lagi..
|
|
FAREWELL OLEH LYNN & YUS..
Semakin hari semakin hampir..semakin hampir makin bertambah farewell untuk kami..kawan-kawan rapat sentiasa bersama-sama kami..tidak melupai kami..sentiasa bersama membantu dan menawarkan diri mengikut keperluan kami.. itulah kenangan yang terindah disini..rasa bertuah mempunyai kawan-kawan yang baik begini..kawan-kawan baik yang sebenarnya kami anggap seumpama keluarga kami sendiri..merekalah yang banyak membantu bila kami memerlukan pertolongan susah dan senang disini..
Hari ni 'adik beradik' kami meraikan kami..sungguh bangga dan berbesar hati kami untuk pergi..Tidak dilupakan juga satu lagi keluarga yang juga seumpama 'adik beradik' kami juga turut bersama-sama kami..
Keluarga aku dan Adie/Shila tiba disana jam 1.15 tengahari...Tidak disangka rupanya ada yang istimewa tersedia..makanan dan sekelian juadah bagai menunggu kami tiba..Nasi hujan panas, rojak buah dan yang lainnya..ada semua..tak sabar rasanya menikmati juadah pembuka selera..memang sedap dan enak semuanya...Terus makan begitu berselera..sememangnya perut kami pun sebenarnya kosong belaka..rezeki depan mata..makan sajala...
Terasa kenyang mata pun sukar dibuka...mulalah kami bercerita..cerita semalam bagai tidak di lupa..Tsunami PRU ke 12 mula diulang cerita semula...masih menarik dan ditambah pula perkembangan semasa..tak cukup itu internet pula diteroka..sungguh bertuah rakyat Malaysia sebenarnya..demokrasi ternyata belum mati sepenuhnya..
Akhirnya jam 5 terpaksa kami meminta izin mengundur diri..bukan apa... kerna mata sudah terlelap tapi mulut masih mahu berkata-kata..terlalu letih rasanya terpaksa mulut bersuara..terimakasih Lynn dan Yus atas segalanya..tidakkan di lupa jasa 'adik beradik semua'
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 9-Mar-2008 05:51 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Tahlil untuk Nenek Aderin yang kembali ke Rahmatullah..
|
|
"Setiap jiwa akan merasakan kematian?" (QS Ali
'Imran [3]: 183)
Hidup mati ajal maut adalah di tangan Tuhan. Manusia tiada kuasa untuk menghalang apa yang telah tersurat ...Begitulah kehendakNYA..Berita kedukaan buat sahabat kami Aderin yang hari ini kehilangan nenek kesayangannya yang telah kembali ke Rahmatullah..Bagi insan yang hidup ini salam takziah dari kami semua...Sesungguhnya sudah tersurat bahawa Allah lebih menyayangi beliau..Sebagai insan kami berharap Aderin akan bersabar dan menerima suratan Tuhan dengan penuh ketabahan..
Suatu majlis tahlil telah diatur untuk memohon kerahmatan dari Allah untuk Allahyarhamah semoga dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..Selain itu majlis juga turut diniatkan tahlil untuk ibu Kak Adidah dan bapa Puan Ruziah JPA yang juga kembali ke Rahmatullah...Terimakasih Adie/Shila yang membenarkan rumah mereka digunakan sebagai tempat aturcara majis..Terimakasih juga kepada Puan Saimun dan saudara Taufik yang berjaya mengemudikan majlis ini...
p/s: berita PRU sila ke http://suarakedamaian.blogspot.com
|
|
|
|
|
|
| Friday, 7-Mar-2008 21:15 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Farewell di Rumah Gen Dato'Md Noor/Datin Shamsiah...
|
 |
|
datin melayan kami makan...
|
|
 |
|
isteri-isteri dari military...
|
|
 |
|
yaty bersama isteri DA & isteri ADA...
|
| | View all 9 photos... |
|
Tiada ungkapan yang sesuai dilafazkan kepada Dato' & Datin selain ucapan terimakasih yang tidak terhingga kerana mengadakan jamuan perpisahan untuk kami..Namun terlebih dahulu kami memohon kemaafan kerana kelewatan hadir di majlis ini kerana terpaksa menghadiri satu majlis yang juga sebegini di rumah En Mat Aron...Kesudian Dato' & Datin menunggu kami amat mengharukan dan kami mengakui apa yang dilakukan kepada kami malam ini pasti akan meninggalkan satu kenangan yang manis untuk kami bawa pulang ke Malaysia nanti..Insyaalah suatu hari nanti kami berharap masih sempat untuk berkhidmat dibawah pentadbiran Dato'..Insyaalah
Terimakasih Datin kerana bersusah payah menyediakan hidangan yang sungguh enak kepada kami..Panjang umur kami pula akan mengadakan jamuan sebegini untuk Dato' dan Datin..insyaalah di Malaysia jika dianugerahi kesempatan oleh Yang Maha Esa..
Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik di kenang juga
Kapal belayar dari Arakan
Ambil gaji jadi jemudi
Mati ikan kerana umpan
Mati saya kerana budi
|
|
|
|
|
|
| Friday, 7-Mar-2008 19:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Farewell di Rumah En Mat Aron Deraman/Kah Zah World Bank..
|
|
Ucapan terimakasih yang tidak terhingga dari kami buat En Mat Aron sekeluarga yang bersusah payah meraikan kami dalam suatu jamuan perpisahan yang begitu nostalgik sekali. Tiada apa yang kami mampu balas..hanya harapan dan doa agar keluarga ini sentiasa dilimpahkan nikmat dan rezeki yang berpanjangan..
Sikap En Mat/Kak Zah yang sentiasa merendah diri dan sentiasa bergaul mesra dengan semua lapisan masyarakat Malaysia di sini membuktikan bahawa kita semua mampu hidup dalam suasana yang sungguh harmoni tanpa mengira pangkat dan darjat. Terimakasih juga kepada Kak Zah yang menyediakan hidangan yang sungguh enak kepada kami.
Tanam lenggun tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuk mati
Budi tuan saya tak lupa
Sudah terpaku di dalam hati
Dewa sakti melayang ke Daik
Hendak mencari Dewa Jaruga
Kalau ada budi yang baik
Sampai ke mati kami tak lupa
|
|
|
|
|
|
| Friday, 7-Mar-2008 07:02 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Pilihanraya oh Pilihanraya..
|
|
Esok mengundi..esok mengundi..itulah kegembiraan sebenarnya..hari yang sungguh bersejarah untuk memilih kerajaan kita sendiri...Saat yang memang aku nanti-nantikan..saat yang aku tunggu-tunggu..dah lama aku asyik didepan komputer membaca segala sumber maklumat untuk pilihanraya..terasa sungguh berdebar-debar...bagaimana pilihan raya kali ini?..bolehkah sipolan-sipolan menang..esok adalah penentunya...
Macam-macam cerita kurang enak didengar..pelbagai janji di tabur..entah terlaksana atau tidak..rimas aku sebenarnya mendengar kata-kata lunak manis ahli politik bercakap..rasa macam mudah aje mereka nak laksanakan..selalunya lepas pilihanraya bukan setakat projek hilang.. dengan wakil rakyat pun terus hilang...itu macam wakil rakyat pun ada...
Sebelum pilihanraya ni, calon wakil rakyat pijak semut pun tak mati..lepas pilihanraya gajah depan mata pun buat tak nampak..kalau kuku panjang pun disimpan dulu..kalau boleh sorok sampai dalam seluar pun akan disorok..itulah manusia..mulut mahu manis..masa berkempen..hati mau baik..ketika berkempen semua akan cuba dibantu..orang kudung kaki pun sanggup ditanggung atas bahu..lepas pilihanraya dan menang, pandang sebelah mata pun tak nampak..
Alahai...dah lama aku tak nikmati suasana pilihanraya..terlepas lagi aku tahun ni...nampaknya malam minggu ni aku kena berjaga malam untuk menunggu keputusan pilihanraya...tak sabar rasanya nak menunggu esok...bagi kawan-kawan kat Malaysia yang sibuk nak menundi tu..tentukan undi itu untuk membentuk kerajaan yang kita inginkan...jangan undi ikut sedap undi aje..anda semua bertanggungjawab untuk menentukan generasi akan datang..generasi akan datang hasil dari kerajaan yang kita pilih..baik kerajaan..baiklah generasi masa depan...SELAMAT MENGUNDI...tahun ni tahun kejayaan bagi dua orang bloggers yang dipilih sebagai calon pilihanraya..hebattttttt.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 6-Mar-2008 17:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
..Setakat hari Ini...
|
|
Hari ni mood aku baik sikit..rajin pula nak menulis dalam FP aku..selalunya bila balik kerja mood tak baik aje...karang ni mood aku ni ok sikit..tengahari tadi aku dah up date FP aku..walaupun sebenarnya aku paste aje dari internet..itulah kerja orang malas..Balik kerja pun tak awal sangat..lepas tu yang bestnya aku race kereta dengan kawan aku tu..dahsyat betul dia pandu..kalah tu tak mungkinla..tapi aku bagi peluang dia menang..nanti nangis pula...co pilotnya boleh tahan juga..panaskan hati si pemandunya..itulah kelajuan 25 dia orang redah 55..tanda STOP dia nampak JALAN..nasiblah...
Sampai rumah Yati dah siap hidang makan kat aku..itulah kebaikkan isteri aku ni..balik aje hidangan dah ade.....tadi kawannya Lis datang..jamu makan bihun aje...lepas makan Yati nak ajak pergi COSCO pula..nak beli telur..kat rumah sekarang ni banyak makanan dah kurang..nak habiskan stok sampai hujung bulan ni..hari minggu tak susah sangat..ada aja jemputan makan..esok ada dua jemputan makan malam..entah macam mana nak buat tu...nampaknya pergi jamuan kejap-kejap aje lah...
FP aku ni malam ni aku akan abadikan gambar-gambar keadaan rumah aku yang akan aku tinggalkan nanti...sedih juga...tapi ia sebagai kenangan abadi aku di rumah ni..penuh dengan kenangan dan memori yang takkan dilupakan...karang ni aku selalu mengambil kesempatan menikmati keindahan rumahku dan kawasan sekitarnya yang akan aku tinggalkan..kebiasaannya aku kurang memberi perhatian perkara ni..semenjak dua menjak ni aku dah berubah...aku lebih happy sekarang...
P/s: Hari ni adalah birthday kawan baik aku ...siapa lagi..semua orang kenal dia..Razman Idrus..
Man...kalau kau buka FP ni..happy birthday dari aku dan Yati...nanti aku balik kita celebrate ok..
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 6-Mar-2008 12:07 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Surat Buat Teman...
|
|
Tinggal 3 minggu lagi..cepatnya..kerja masih banyak belum beres..aiya camno ni...undi pos hari ni baru sampai..nasib baik ada pegawai SPR kat sini..senang sikit..bila pening-pening ni aku berehat kejap..mulalah buka internet ..cari maklumat..alkisahlah terjumpalah satu artikel yang sungguh syahdu..nak tahu apa dia..itulah SURAT BUAT TEMAN...
SURAT BUAT TEMANKU…
Teman..
Buat pertamakalinya aku coretkan kesedihan hatiku sebenarnya. Hati yang bagai disiat dan dibakar hangus. Mengeletar badan aku ketika aku menulis surat ini.Terasa kesedihan yang tidak dapat dibayangkan. Aku ditipu atas dasar persahabatan.Aku ditipu kerana keluhuran hati aku sendiri.Aku ditipu kerana terlalu mempercayai kawan-kawan.Aku ditipu hidup-hidup.
Di manakah akan aku ubati hati aku ini.Di manakah aku mahu pulihkan kepercayaan diriku kembali.Selama ini aku terlalu mempercayai kawan-kawan.Apa kata kawan-kawan bagiku benar belaka.Tidak sedikitpun prasangka atau curiga. Kini aku terima pembalasan di atas kebaikkan aku sendiri
Aku masih ingat suatu ketika dahulu kau pernah mengatakan bahawa kita akan kawan selama-lamanya.Kita sentiasa akan bersama kemana-mana sahaja.Lantaran itu aku tidak pernah melupakan kamu biar kemana pun aku pergi. Kita akan pergi kemana bersama-sama.Walau sesibuk manapun aku akan usahakan untuk pergi.Aku tinggalkan kuliah aku.Aku tinggalkan segala-galanya demi kawan-kawan.Aku akan menolong seberapa terdaya.Adakalanya pertolongan yang ku berikan tidak masuk akal sebenarnya.Aku terlalu mempercayai semua kawan-kawan adalah baik belaka.Tidak pernah aku memikirkan bahawa setiap manusia mempunyai hati yang berbeza walaupun rambutnya sama. Kawan-kawan aku anggap bagai saudara rapat yang tidak boleh ditolak seandainya pertolongan dipinta. Tohmahan buruk pada kawan-kawan akan dinafikan walaupun adakalanya benar. Begitulah tingginya nilai kawan pada aku ketika itu. Namun pada hakikatnya aku diperdaya kerana keluhuran diri aku sendiri. Aku ditipu lantaran kebodohan aku sendiri.Aku hanya dijadikan sebagai batu loncatan aja bagi beliau mencapai sesuatu
Demi tuhan selama ini aku terlalu menggangap dirimu mu terlalu sempurna. Pernah kawan-kawan yang lain termasuk abang dan adik kandungku menasihati aku. Tapi aku tidak mempedulikan. Malahan yang paling sedih aku menganggap saudara-saudara ku itu dengki dengan aku. Oh tuhan! Maafkan aku. Aku telah dibutakan pintu hati kerana terlalu menyanjungi kamu. Mungkin mereka berkecil hati dengan aku. Tapi mereka tetap sabar dengan karenah aku sebenarnya.
Tuhan maha kaya sebenarnya. Ia memperlihatkan kebenarannya pada hari itu.Ketika itu tuhan seolah-olah sengaja mempamerkan sikap kamu sebenarnya.Dengan mataku sendiri aku nampak kamu. Selama ini aku tidak percaya. Tapi hari tu ada buktinya.Aku bersyukur pada tuhan kerana rupanya aku belum terlewat sebenarnya. Segala janji dan katamu kini palsu belaka. Kau pendusta yang pandai mengambil kesempatan atas kebaikkan aku. Kau terlalu kejam. Kau tinggalkan kawanmu ini ketika beliau dalam kesusahan. Malahan kau langsung tidak mempedulikannya. Dulu ketika kesusahan melanda kau. Dialah yang sering menjadi pendengar setia,penasihat setia. Kini bila kau senang kau lontarkan dia. Kau ketepikan dia dalam segala urusan.malahan kau seolah-olah langsung tak kenal dia bila bertemu. Walaubagaimana aku perlu terima kenyataan sebenarnya. Sikap manusia ada pasang surutnya.Bila susah diperlukan,bila senang diketepikan.Itu lumrah alam sebenarnya.Tidak perlu diketepikan hakikat ini.Sekurang-kurangnya selepas ini aku akan lebih berhati-hati dalam berkawan.Di dunia ini kini sukar mencari kawan sejati.Ia mungkin satu dalam seribu. Namun aku percaya masih ada kawan sejati didunia ini.Ia tidak akan mengubah prinsip aku dalam ertikata berkawan. Berkawan yang pentingnya keikhlasan. Walupun sakit hati sebenarnya tapi kita insan perlu meneruskan kehidupan. Dan aku juga perlu meneruskan kehidupan aku untuk mendapat sekeping ijazah yang diimpikan keluargaku. Selama ini aku tidak memikirkan semua ini. Segala bebanan kini seolah terlerai.Kekusutan yang selama ini membelenggu fikiran bebas sebebas-bebasnya.Terimakasih kawan atas segala-galanya. Segulung ijazah akan menggantikan nilai persahabatan yang kau rungkaikan.
Seandainya kau membaca surat ini, sesungguhnya aku berani mengatakan kerugianlah kerana tidak menghargai persahabatan ini. Aku yang lebih mengenali diri aku.Dan aku tahu setakat mana keikhlasan diri aku dalam menilai erti persahabatan..kerana aku tahu aku adalah.....
To Be Continue...
Cennabing betul..buang masa aku aje..sorry kawan-kawan...
|
|
|
|
|
|
| Monday, 3-Mar-2008 16:36 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Menghitung Hari...27 Hari Lagi...
|
|
Seharian bekerja sekarang ni penat sekali...kalau diikut hati malas untuk bekerja lebih lagi...Di hujung perjalanan aku di bumi Bush terasa banyak betul rintangan yang mendatang..ketabahan aje yang dapat membendung semua ni..moral pun boleh tergugat kalau dugaan begini sering terjadi..walaubagaimanapun hidup ni mesti diteruskan...mengalah tu tidaklah..kita orang islam perlu kuat semangat..merungut tu biasalah..tapi hati kena maintain..cabaran perlu kita hadapi..
Walaubagaimanapun susah kat sini,tapi mengenangkan aku akan kembali ke tanahair, semangat pun bertambah kuat..ingin ku bertemu dengan semua saudara mara dan 'adik beradik' disana yang dah lama ditinggalkan..ingin kembali ku kenang kemesraan yang terjalin selama ini yang kini kian hilang bila kalian semua pergi..dengan beberapa kerat kengkawan yang masih bersatu hati kami teruskan aktiviti kita dahulu tapi dengan suasana yang sungguh suram..terasa sungguh kehilangan kalian semua...kadang-kadang aku ingin menyendiri dari semua aktiviti disini namun mengenangkan masih ada kengkawan yang sehati, ku lupakan niat tersebut supaya masih ada sisa kenangan manis disini...kegembiraan terpaksa dicari ..ia tidak datang dengan sendiri..berita dari 'adik beradik' adalah ubat mujarab untuk meneruskan langkah-langkah yang masih bersisa..namun ternyata kami kurang bimbingan dan mudah kali alpa dengan kehidupan ini..kadangkala tersasar perkataan,perbuatan menyebabkan ada yang terasa..ada yang terkecil hati..namun kami bingkas cuba melupakan..tidak mahu berlarutan..sedangkan lidah lagi tergigit..inikan kami semua....kekadang tu kami pasrah..mengikut rentak hati..ternyata pengalaman membezakan kami dengan kalian semua..kami terasa kehilangan sebenarnya..telah lama hilang semenjak kalian pergi..kini aku pula akan menyusuri kalian..harap 'adik beradik ' yang tinggal akan kuat semangat dan meneruskan kehidupan seperti sediakala..sesungguhnya pada suatu hari nanti..kita akan sambung kembali cerita lama yang dulu kita harungi bersama-sama..sungguh indah detik ketika itu...Kini aku semakin hampir..tapi sedih meninggalkan 'adik beradik' yang lain..ku harap kita semua akan tabah menghadapinya seperti 'adik beradik' yang lain yang lebih awal meninggalkan jejak disini...suatu masa dan suatu ketika kita semua akan kembali bersama..cuma masa dan ketika aje yang membezakannya...
|
|
|
|