|
|
| Monday, 24-Mar-2008 20:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
DiNNer OLeh UmmI-HuNAn ReSTAurAnT...
|
|
Seharian hari ni aku dan Yati berada di rumah..aku dah minta perlepasan dari pejabat untuk berada di rumah untuk memantau orang mencuci rumah...Kami telah mengupah cleaner untuk mencuci satu rumah termasuk shampoo carpet...biasalah bila kita keluar rumah..keadaan rumah mesti baik seperti ketika kita masuk dahulu..anak-anak aku terpaksa aku tinggalkan dalam jagaan Adie...
Penat bekerja kat rumah..ada pula terima jemputan dari Ummi yang hendak belanja kami makan malam..kali ini kami bercadang hendak merasai keenakkan makanan Chinese di Hunan Restaurant di Herndon,Reston...Kami tiba disana pada jam 7.30 malam..apalagi Ummi pun order makanan.. biasalah Ummi ni kalau bab makan ni dia tak kisah...Selain kami sekeluarga Ummi juga menjemput Azah sekeluarga...kira ramailah terlibat malam ini...
Macam-macam Ummi order...dari ikan,ayam ,daging,sayur, semuanya ada..puas hati betul makan..lepas tu yang bestnya lepas tu ada juga hadiah untuk kami sekeluarga..itulah untungnya dapat kawan macam ni..amat menghargai kawan...nampaknya selepas ni kami pasti kehilangan seorang lagi kawan yang baik...walaubagaimanapun kami berdoa agar Ummi akan sentiasa di murahkan rezeki..diberikan ketenangan dalam kehidupan..Amin...
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 23-Mar-2008 20:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
FaREwElL di RuMAh KaK SAiMuN....
|
|
Malam ini Kak Saimun/Mej Aziz pula buat jamuan meraikan kami..Jamuan sepatutnya bermula pukul 6 petang tetapi terpaksa dilewatkan sementara menunggu kami..tetamu lain telah lama tiba..
Sejak balik dari makan tengahari di rumah Cik Siti aku dan Yati terus pergi ke rumah kami untuk membersihkan rumah kerana esok cleaner datang nak cuci rumah..pelbagai barang makanan serta barang-barang lain masih ada tersimpan..Dalam masa yang sama Ummi,Lili dan Azah datang membantu..legalah sikit..dengan bantuan mereka tiga orang maka jam 7.30 barulah selesai urusan pembersihan tersebut..lega sungguh...
Kami tiba di rumah Kak Saimun pada jam 8.05 malam..Kak Saimun telah menyediakan makanan yang telah lama aku tidak makan iaitu nasi kerabu....sedap sungguh rasanya..bertambah-tambah aku makan..lama dah tak makan sesedap ini...tetamu lain juga aku tengok sama juga seperti aku..moga murah rezeki keluarga ini..
Kak Saimun juga rupanya telah menghadiahkan sepasang pakaian setiap seorang anak-anak aku sedondon dengan pakaian anak-anak mereka..macam kumpulan Boria Sungai Pinang pula..ternyata anak-anak aku amat gembira sekali..mungkin ini adalah kegembiraan terakhir untuk mereka bersama-sama disini..semoga mereka akan tetap bersahabat baik hinggalah mereka dewasa..itulah yang kami harapkan...
Balik dari rumah kak Saimun..aku,Adie dan Yati pergi semula ke rumah aku untuk membuang sampah kerana esok adalah hari pembuangan sampah...nak jadi cerita ketika tengah membuang sampah tersebut kunci kereta Adie hilang..entah jatuh di mana pun tidak pasti..akhirnya selepas setengah jam mencari barulah jumpa..rupanya tersorok dibawah longgokkan sampah.. alhamdulillah.. lega..kalau tidak aku pasti rasa bersalah pada Adie..tapi ada harga yang aku perlu bayar dengan penemuan kunci tersebut...selepas tu kami pun mengangkat beg-beg dan dimasukkan ke dalam kereta kami kerana malam ni kami sekali lagi sleepover di rumah Adie...Balik aja aku terus menyiapkan pula FP aku ni..tapi macam biasalah keadaan yang letih begini..berteraburlah ayat dan bahasa..tambahan pula jam sudah menunjukkan ke pukul 1 pagi..lepas ni aku pasti ZZZZZZZZZZZZZZZZ..letih bebbbbbb..
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 23-Mar-2008 13:35 |
Email | Share | | Bookmark |
|
LuNcH Di RuMAh CiK SiTI...
|
|
Sungguh meletihkan..bukan mengeluh sebenarnya..tapi itulah hakikat yang berlaku..tertekan oleh keadaan...memikirkan masalah yang belum selesai menyebabkan hati rasa tidak tenang dan tenteram..urusan packing dah selesai tapi timbul pula urusan penyerahan rumah yang lebih membebankan..walaumacamanapun mungkin ada hikmah di sebalik kesusahan ini..dalam masa yang sama bantuan kawan-kawan tetap ada..terimakasih semua...jemputan yang diterima tetap akan dihadiri walaupun rasanya dah tak mampu kerana dihambat keletihan yang berterusan..tapi jemputan kawan-kawan perlu dihargai..
Hari ini breakfast dirumah Adie lantaran sleepover kat rumahnya...semalam tidur lewat pukul 3.30 pagi baru tidur..gara-gara tengok TV...bangun pagi rasa letih yang amat sangat..tapi nak buat macamana..kena pergi juga jenguk rumah bersama Yati dan Adie..pukul 1.30 tengahari terpaksa berhenti kejap untuk menghadiri jemputan makan tengahari dirumah Cik Siti..Kami sampai lewat ketika semua tetamu dah sampai...hanya permohonan maaf dipohonkan...kami dijamu makan nasi beriani yang sungguh enak...tambahan pula ada air bandung kesukaan aku..terus makan dengan penuh selera...
walaubagaimanapun kami tidak boleh lama disana dan memohon keizinan untuk balik kerana urusan rumah yang belum selesai...terimakasih Cik Siti & Tatik..susah-susah ajeeeeeee...
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 22-Mar-2008 20:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
FaReWeLl Di RuMAh Lt KoL hISYaM....
|
|
Malam ini kami berkunjung ke rumah LtK Hisyam/Kak Fazilah...Sekali lagi kami diraikan pada majlis perpisahan...bukanlah asing kepada kami berkenaan keluarga ini..selain menghormati mereka sebagai pegawai atasan kami, mereka juga ibarat abang dan kakak kami yang selama ini banyak membantu kami apa saja di bumi Bush ini..tanpa mereka agak sukar kami mengharungi kehidupan di sini..walaupun tidak lama kami bersama namun sikap kekeluargaan dan persahabatan mereka menyebabkan kami amat menghormati mereka dalam semua hal..ternyata kami akan kehilangan mereka selepas ini...
Selepas kami tiba di rumah tersebut pada jam 8 malam, aku dan Adie pergi pula ke Residen Inn untuk mengambil pengganti aku SSjn Samad dan keluarganya..ternyata mereka masih keletihan setelah mengharungi perjalanan yang maha panjang..Rupanya selain kami ramai juga jemputan lain..bertambah meriah majlis ini..
Menu yang disediakan tenyata hebat pada setiap kali jamuan yang disediakan oleh keluarga ini..ternyata keluarga ini selalu berbesar hati dalam meraikan tetamu yang datang ke rumah mereka...lihatlah hidangan yang disediakan...terimakasih kepada kak Fazilah yang bersusah payah menyediakan hidangan yang seenak ini..Yati pun pasti akan terasa kehilangan seorang kakak yang sentiasa mengajar beliau tentang pelbagai tip dan petua menyediakan masakan traditional yang hebat...
Pukul 10.50 malam kami memohon diri untuk pulang kerana ada agenda lain pula pada malam ini..Terimakasih LtK Hisyam/Kak Fazilah..semoga tuhan akan menganugerahkan rezeki dan kebahagian berpanjangan kepada kalian..kami pasti akan terasa kehilangan kalian
Terimakasih juga pada keluarga Adie/Shila yang mempelawa keluarga kami sleepover kat rumah mereka malam ini..Juga kepada keluarga Kak Saimun/Mej Aziz yang membenarkan anak2 aku sleepover di rumah mereka..sudah 2 hari aku tidak melihat anak aku sebenarnya..teringat juga pada mereka...
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 22-Mar-2008 13:01 |
Email | Share | | Bookmark |
|
LuNCh dI RuMAh AsRI TEleKOm...
|
|
Baki 8 hari di negara Bush ini memang penuh dengan nostalgia dan kenangan lama yang cuba dirungkaikan kembali..Keakraban dan persahabatan yang selama ini terjalin semakin cuba dijalin buat terakhir kalinya..dihujung pengembaraan kami ini..pelbagai keraian disajikan oleh kawan-kawan rapat..memang majlis yang yang penuh sentimental dan mengharukan..rupa-rupanya kami memang mempunyai ramai kawan-kawan yang sememangnya amat baik dan mengambil berat terhadap kami..
Hari ini kami diraikan dengan jamuan makan tengahari oleh En Asri/Zura..Keluarga Adie/Shila juga turut dijemput..Kesediaan rakan blog kami Zura menyediakan pelbagai juadah yang amat teristimewa menyebabkan selera kami bertambah..masakan sambal tumis sotong,ikan croaker goreng, sayur lemak dan lain-lain lagi sungguh menyelerakan terutama dimakan dalam suasana sejuk begini... ... Ditambah pula dengan hidangan bubur sagu selepas itu menjadikan kenikmatan jamuan ini berlipat ganda..syukur pada tuhan...
Dalam pada itu dengan tak disangka-sangka tuan rumah juga telah menyediakan sambutan birthday untuk Syamil..yang specialnya kek itu Zura yang buat sendiri..bertuahlah Syamil kerana diraikan oleh tuan rumah dengan hasil kek yang dicipta sendiri..
Pukul 3 petang kami minta izin untuk kembali..banyak lagi urusan rumah yang belum selesai..walaubagaimanapun terimakasih pada Zura/Asri kerana menjemput kami makan tengahari..jasa kalian tidak akan dilupakan...
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 19-Mar-2008 12:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Hadiah Pemberian Kawan-Kawan..
|
|
Haiiiii..tak sempat aku nak tulis apa-apa dalam FP aku ni..hanya gambar-gambar hadiah pemberian kawan-kawan aku masukkan dulu...ceritanya boleh buka dalam blog aku..
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 16-Mar-2008 20:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Farewell Oleh En Isham & Lily....
|
|
Malam ini sekali lagi kami diraikan..Kali ini oleh keluarga En Isham dan Lily MITI..Jemputan mereka terdiri dari staf dan pegawai Defence Office, MSD dan Pertanian..majlis ini berlangsung dengan penuh meriah dan gelak ketawa...mungkin agak lama tak ada perjumpaan makan-makan begini.....bila dapat berjumpa begini memang riuh rendah..terutama suara kawan aku sorang tu..
Terimakasih juga pada En Isham yang menghadiahkan aku buku yang sungguh menarik mengenai Washington DC..yang pentingnya gambar-gambar di dalamnya yang sungguh menarik..dulu aku ingin membeli buku ini tapi lupa pula sebab terlalu banyak bertangguh..tup-tup! malam ini aku dihadiahkan buku ini..pucuk dicita ulam mendatanglah...
Kami dijamu makanan special nasi ayam..lama sungguh tak kena penangan nasi ayam ni..bertambah-tambah aku..nak tambah kali ke 3 dah clear habis dah..laris betul..TQ Lily sebab masak masakan sesedap begini..Paling tak lupa malam ni aku dipelawa En Isham menunggang motor besarnya..tak sanggup aku..kaki pun rasanya tak cukup panjang..bukan sebab aku ni pendek sangat..tapi motor tu terlampau besar..he..he..he....kiranya dapat ambil gambar kira oklah juga nooooo..
Jam 10.30 malam kami minta izin untuk balik dulu..Terimakasih En Isham/Lily kerana buat jamuan untuk kami..kalau ada terkasar bahasa terlanjur perbuatan selama ini kami mohon maaf.. sesungguhnya yang baik itu dari Allah yang buruk itu selayaknya dari kami..
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 16-Mar-2008 11:07 |
Email | Share | | Bookmark |
|
'Cooking Demonstration' di Rumah Puan Normalayati..
|
|
PERWAKILAN WASHINGTON DC hari ini menganjurkan 'Cooking Demonstration' di rumah Puan Normala di Horse Dr, Vienna. Pada awalnya ada di war-warkan kehadiran Ambassador namun akhirnya dibatalkan. Namun demostration diteruskan oleh 2 orang ahli PERWAKILAN yang mempamirkan bakat masing-masing iaitu Yati dan Kak Eton..Yati telah membuat pertunjukkan cara-cara membuat Cinnamon Roll manakala Kak Eton dengan makanan traditional Jepun iaitu Sushi...
Jangkaan majlis bersurai seperti yang diharapkan telah gagal menepati jangkaan kerana di masa yang sama satu mesyuarat juga diadakan untuk satu majlis ala-ala terhebat dizaman ini apalagi kalau majlis perkahwinan Najib MARA yang akan dibuat sambutan disini pada 5 Apr 08.. nampaknya aku tak sempat menghadiri majlis ini..
Walau bagaimanapun terimakasih kepada semua yang membantu Yati terutama Puan Ummi yang bertindak sebagai assistant yang cekap. Begitu juga kepada photografer iaitu Shila & Lynn yang tolong membuat liputan hari ni..kalau tidak tak adalah cerita dalam FP aku ni...cantik gambar yang diambil ..terimakasih..lain kali nak minta tolong ambil gambar lagi...
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 15-Mar-2008 14:47 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Farewell oleh Adie Shila...O's Place Baltimore
|
|
Hari ni kami dengan sukacitanya menerima jemputan makan tengahari dengan adik beradik kami yang paling rapat kat sini..hampir 4 tahun kami sentiasa bersama-sama..hari ini semakin hampir kami akan berpisah untuk buat sementara...sedih jugakan bila terkenang saat-saat bersama dan tibalah hari ini mereka adakan jamuan perpisahan yang menandakan hari-hari perpisahan semakin hampir dan kenangan indah bersama akan ditinggalkan..tapi itu adalah hakikat yang perlu diterima...
Mereka memang membuat jamuan yang sungguh istimewa sekali..di tempat yang jauh tapi paling menarik sekali..O's Place Baltimore...sebelum tu Adie membantu aku mencari kereta untuk di sewa kerana aku dah tak ada kenderaan lagi..malangnya kedai sewa kereta Enterprise dah tutup..pucat juga aku dibuatnya..macammana nak pergi makan ni..nasib baik masa tu teringat pula kereta pejabat lalu talipon Lt Kol Hisham beritahu nak pinjam kereta..nasib baiklah kereta tak ada siapa gunakan hari ni...rezeki aku kot..
Selepas tu kami bertolak ke sana dan tiba di sana hampir pukul 4 petang..nasib baik buffet ada lagi..apalagi terus makan dengan berselera..pelbagai menu makanan Chinese, Indian, Pakistan dan macam-macam lagi..puas hati betul makan...seronok tengok anak-anak aku makan..Ingatkan lepas makan dah habis acara..rupanya ada surprise dari mereka untuk kami..mereka membuat kejutan dengan memberi hadiah perpisahan pada kami sekeluarga..terkedu kami sebenarnya..mereka ni selalu sangat memberi hadiah pada kami..kalau hadiah biasa tak apalah..tapi hadiah-hadiah yang amat berharga..itu yang paling kami sedih sekali..rasanya tak terbalas jasa kami kepada mereka..Sesungguhnya mereka ni memang satu keluarga yang baik dan juga kawan yang baik..dan adik beradik yang baik juga...kami berdoa semoga Allah yang maha Esa akan menganugerahkan keberkatan dan kebahgiaan pada kehidupan keluarga mereka dan dilimpahi rezeki yang melimpah ruah..amin
Ingatkan selepas tu kami akan balik terus rupanya dalam kereta ada plan baru muncul..kami nak pergi shopping pula..kali ni di Leesburg Corner Outlet...sempat lagi walaupun masa dah tinggal dua jam lagi..Aku ikut aje..tambahan pula anak-anak aku masih belum puas lagi bermain dengan anak mereka..
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 15-Mar-2008 09:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Hanya Tinggal Kenangan...SKR 181
|
|
Hampir 4 tahun kau berkhidmat untuk aku..tanpa masalah... kau gigih & tabah bersama ku kemana jua..dalam panas mentari ..dalam sejuk membeku... kita tetap bersama..Hari ni kita terpisah oleh takdir yang menentukan..namun kenangan bersama akan tetap kekal biar di mana jua aku berada..terimakasih atas segalanya..
Hari ini hari terakhir SKR 181 berkhidmat untuk ku..khidmat yang akan memisahkan beliau dengan aku..tugas terakhir yang akan ia laksanakan untuk aku ialah menghantar aku ke Carmax, Sterling dengan satu tujuan yang sangat menyedihkan..tak dapat aku bayangkan...Bersama En Mat dan Jay kami bergerak ke sana selepas sarapan pagi dirumah aku..Kami jamu makan nasi lemak sambal sotong dan ayam goreng je..dia orang berdua ni memang sebenar-benarnya kawan kerana tak pernah melupakan aku dalam membantu apa jua...sebelum aku pun dia orang ni juga yang banyak membantu kawan-kawanku yang lain..
Kami sampai di sana lebih kurang jam 12 tengahari..selepas berurusan dan berjumpa dengan dealer carmax kami pergi minum Starbucks sebelum urusan kereta selesai..45 minit kemudian urusan selesai dan SKR 181 terpaksa aku tinggalkan di sana sebelum segala proses selesai..pertama kali aku tinggalkan ia dalam jangkamasa lama..dan aku akan mengunjunginya kembali buat kali terakhir dan mengucapkan selamat tinggal yang terakhir kepadanya...
|
|
|
|