Want your
own Fotopage?








 
husin's FotoPages

By: husin zainudin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Friday, 9-Oct-2009 01:33 Email | Share | | Bookmark
Bertugas di SAbAH.......

Aku pun tak terfikir aku akan datang ke daerah ini..satu kawasan yang begitu asing sekali..Kg Mundas yang terletak satu jam dari Lahat Datu..satu perkampungan yang dihuni oleh kebanyakkan pendatang asing yang tidak mempunyai kad pengenalan mahupun sijil kelahiran..penduduknya berbangsa Bajau, Bugis, Indonesia, Filipina, Pakistan dan sebagainya....

Alahai atas dasar bertugas XXXXXX...telah dua minggu aku disini..gembira pun ada ..bosan pun ada...walaupun kami tinggal berdekatan laut (sebelah laut)...namun nak mandi laut belum sekali pun aku lakukan..selain lautnya berpasir, airnya pun kotor...hanya yang mampu aku lakukan setiap hari hanyalah memandang laut, melihat ombak dan melihat anjing berlarian ditepi pantai..sekali sekala dapat tengok nelayan mudik dengan perahu...adakalanya aku bosan sekali, lantas aku pergi memancing ikan haruan..rupanya di sini banyak ikan haruan..orang kat sini tak suka makan ikan air tawar..dapatlah juga 5 hingga 10 ekor..apalagi kami bakar dan buat kari..

Yang baiknya aku dapat menunaikan sembahyang 5 waktu disini dengan baik..selalunya aku pergi ke masjid yang tak jauh dari sini...kadangkala aku jadi imam dan adakalanya aku jadi bilal..nak tolak tak boleh..orang kampung suruh..ikut aje la...walaupun rasanya aku tak layak lagi..oleh kerana penduduknya adalah pendatang, budaya mereka pelik betul..bayangkanlah orang Islam pun membela anjing...yang peliknya lagi kalau ada dikalangan mereka meninggal dunia..sebulan yang pertama, kubur orang yang mati akan dipasang lilin dan dipagar...katanya mengelakkan hantu datang mengorek kubur..menurutnya, mereka pernah lihat makhluk dari laut berkepala anjing datang kekubur yang baru dikebumikan dan mengorek kubur..ada sekali tu mereka kejar makhluk tersebut tapi tak dapat tangkap...selain itu ada juga diantara mereka memainkan muzik menggunakan gitar selama seminggu diatas kubur yang baru dikebumikan katanya untuk menghalang penyiksaan keatas orang mati..alahaiiiiiiiiii

Kebelakangan ini banyak peristiwa berlaku ..selain amaran angin kuat yang datang dari taufan yang menyerang Filipina..banyak lagi peristiwa berlaku..ada sekali tu semua penduduk kat sini dah berlari meninggalkan kampung untuk ketempat tinggi bila ada amaran angin kuat..cemas juga kami dibuatnya..hanya kami yang tinggal...kami bukan boleh tinggalkan tempat bertugas macam tu aja..sebab kami ni kena menentukan keselamatan kat sini..nasib baik taufan tak kuat walaupun ombak yang menyerang pesisir pantai kuat juga..kalau berlaku tsunami, mana kami nak lari..orang kg dah lari bersama keluarga dan barang2..kami masih ada kat situ...

Ada sekali tu heboh kumpulan buluh runcing dari Indonesia nak meyerang Malaysia dari Sabah..menurutnya mereka akan menyerang Tawau, Semporna dan Lahat Datu..apalagi berjaga sakan lah kami..paling ditakuti bukan dari kumpulan tersebut tetapi dari pendatang Indonesia yang bercambah kat sini..walaubagaimanapun alhamdulillah belum berlaku apa-apa tapi kami tetap berjaga-jaga...

Itu saje kali ini..nanti aku akan ceritakan lagi..banyak bahan nak cerita tapi masalah internet menghalang..banyak entry aku tak sempat masuk seperti hari raya dan sebagainya..gambar pun belum boleh masuk sebab internet slow sangat..salam dari Kg Mundas!!


gambar tak letak ke bah? Fri 23-Oct-2009 08:12
Posted by:anissa
Add comment


Monday, 10-Aug-2009 14:09 Email | Share | | Bookmark
MeNcaRi HiDaYaH di TaNah SucI..24 Jul hingga 5 Ogos 09

 
 
 
 
 
 
View all 36 photos...
Bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala dengan berkat izinNya dapatla ana menjejaki bumi sucimu, Mekah al Mukarramah dan Madinah al Munawwarah...Allah Maha Besar..Allah Maha Besar..Selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Saw dan para sahabat.

Pada 24 Ogos 09 mencatat sejarah bila buat pertama kalinya ana tiba di Jeddah dan dalam melayani keletihan tanpa disedari oleh Ana, airmata mengalir tanpa disedari bila melewati bandar Madinah.. sungguh syahdu..kuasa tuhan tiada siapa yang menyangka ana mampu mengunjungi kota suci Rasulullah..berbahagia sungguh rasanya...sambil berselawat ana terkenang akan perjuangan Rasulullah dalam mengembangkan Islam di kota madinah..ramai pahlawan Islam gugur di bumi suci ini..semoga Allah akan merahmati para syuhada ini.

Hotel penginapan yang berdekatan Masjid Nabawi seakan memanggil ana dan sahabat-sahabat ana untuk segera menuju ke sana...alhamdulillah ana dikurniakan 2 sahabat baik yang ana rasa mampu membimbing ana untuk mencari hidayah Allah ini...Azmi dan Rosli, kami ibarat 3 sahabat baik..seolah-olah kami ditakdirkan untuk bertemu disini..tidak mampu berenggang..kemana saja kami bertiga..dengan bimbingan mereka, alhamdulillah ibadat kepada Allah akan lebih mudah..syukur kepada tuhan

Memang indah Masjid Nabawi..tidak langsung tergambar akan keindahannya..para pengunjung mencecah jutaan pada setiap masa..biar panas terik namun bahangnya amat tidak terasa..masing-masing mahu beribadah yang sebaik-baiknya..Raudah tempat paling suci didalam masjid Nabawi sentiasa sesak...sungguh indah dan takjub..manusia melupakan seketika dunia..mengejar ahirat seolah-olah akan mati esoknya..salam dan selawat keatas Rasulullah di makamnya serta di Makam Abu Bakar dan Omar seolah-olah mendekatkan diri kita kepada mereka..tidak hairanlah airmata akan mengalir..sungguh sayu rasanya...tidak dapat dinyatakan dengan hati...hanya Allah yang mengetahui...bagaimana dapat dibayangkan kita memberi salam kepada rasulullah ketika kita berada amat dekat dengannya hanya beberapa langkah dengan makamnya..bezakan kita memberi salam kepada Rasulullah dari Malaysia..terasa amat kerdil sekali...seolah-olah kita merasakan bersama perjuangannya...

Kesempatan yang ada juga digunakan untuk mengunjungi Makam Baqi iaitu perkuburan Syuhada yang terbunuh dalam menegakkan Syiar Islam serta perkuburan sahabat dan isteri Rasulullah..lebih kurang 10 ribu perkuburan ada disini..

Dari tanah halal Madinah kami menuju ke tanah haram Mekah..Kami memakai ihram dan Miqat di Masjid Bir Ali..terasa kerdil sekali bila pertama kali memakai ihram..Kami melaungkan "Labbaikallah Hummalabaik..Labbaikala sarikalakalabaik..Innal Hamda Wanniaqmata, Lakawal Mulk..La Sarikalaq"
Amat takjub dan bersemangat bila laungan ini kedengaran..Allah Huakbar..Allah Huakbar..Walillah Hilham...Baitullah semakin hampir..Ya Alah maha suci engkau yang mengizinkan ana dan para sahabat menatapi dan mengunjungi rumahmu...sungguh besar kurniaMu kepada kami Ya Allah..Kau terimalah ibadah umrah kami yang Allah ..Jadikanlah umrah kami umrah yang Mabrur dan diterima oleh Mu..Ya Allah Ya Rahman..Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Seperti Masjid Nabawi fadilat mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram amatlah besar..maka akan rugilah kepada sesiapa yang masih belum mengunjungi tanah suci ini.Bandingannya terlalu besar ibarat langit dengan bumi...Bersyukur sekali ana berpeluang datang kesini..tiada tempat seindah yang ana dapat rasakan selama ini melainkan hanya di kedua tanah suci ini..betapa damai dan agungnya ciptaan Allah...berpeluang melihat Kaabah sebenarnya bagiakan mimpi..melihat batu Hajarul Aswad iaitu batu dari syurga adalah tidak pernah dibayangkan..beribadah bersama jutaan umat Muhammad dalam pelbagai bangsa yang telah berjaya disatukan disini..fahaman dan mazhab diketepikan..ibadah kepada Allah diutamakan...meneguk air zam-am pula seolah-olah kenikmatan yang tiada tandingannya... alhamdulillah begitu besar rahmat Allah Taala berikan kepada hambanya yang mengunjungi rumahnya.

Sebelum kembali ke tanahair Ana dan sahabat baik ana berjaya juga mendaki dan memasuki Gua Hiraq tempat Rasulullah buat pertamakalinya menerima wahyu dari Allah..Sungguh besar KuasaNya yang memberikan kekuatan kepada kami untuk menjejaki gua ini..Perjalanan mendaki bukit batu yang begitu curam ini mengambilmasa hampir 3 jam untuk pergi dan balik. Pendakian kami tiba di kemuncak Gua Hiraq adalah lebih kurang jam 12 tengah malam alhamdulillah...



Tengahari di Masjid Nabawi



Panas terik bukan membawa masalah



Pembersihan sebelum masuk waktu di MN



kesenian MN



Air zam-zam yang ada di merata-rata di MN



pemandangan di luar MN



pemandangan di luar MN



Jemaah menuju ke MN utk sembahyang subuh



pemandangan dlm MN



mlm di MN



selepas sembahyang subuh di MN



sempat juga bergambar di Tanah Halal ini



Jemaah berpusu-pusu keluar selepas sembahyang subuh di MN



Penghuni syurga di Makam Baqi



Bergambar di MN sebelum menuju ke Mekah



Mimbar Masjid Quba..masjid yg pertama di bina rasulullah ketika hijrah ke Madinah



Dihadapan Masjid Quba



Bersama mak & mak mertua



Bersama sahabat baik Rosli di Ladang Kurma



Berlatarbelakangkan Bukit Uhud



Bukit tempat pemanah tentera Islam ketika Perang Uhud



Bersama 2 kawan baik yg menjadi sumber inspirasi



First time pakai ihram ketika nak buat umrah kali pertama



Di hadapan Masjidil Haram,Mekah



Masjidil Haram



Alahuakbar..Alahuakbar



Saie di Bukit Safa dan Marwah



Naik unta di Jabal Rahmah..10 Riyal tau!!!!!



Jabal Rahmah...tempat mustajab untuk berdoa



Allahuakbar..Allahuakbar



Kami umatmu mengunjungi Mu Ya Allah...



Insyaalah ana akan kembali lagi...



Penat mendaki gua Hiraq..rehat kejap...



2 kawan baik di puncak gua Hiraq



Akhirnya tiba di pintu Gua Hiraq...syukran...



Bersama jemaah lelaki..barisan depan 2 dari kanan adalah Datuk Amran ..Setpol PM, bekas YB Kelantan














Insyaalah gambar akan menyusul selepas ini.....

tumpang seronok tengok ana dapat juga pi buat umrah n sejuk bila mata memandang gambar-gambar kat sana...kalau ada pengalaman lain yg menarik bolehlah dikongsi bersama.... Sat 29-Aug-2009 22:21
Posted by:hamran bin husain halefaaf04@yahoo.com
Salam S/Sjn,

Lama tak dengar kabar berita, harapan edd semoga keluarga semua sihat sentiasa, Saja je nak ucapakan Selamat berpuasa kepada S/Sjn dan family. Semoga ceria hendaknya.

Wassalam
Sat 5-Sep-2009 14:48
Posted by:Edd
maaf kawan-kawan internet belum ada kat rumah.. Wed 9-Sep-2009 06:44
Posted by:sindc
View all 5 comments Add comment


Monday, 13-Jul-2009 13:58 Email | Share | | Bookmark
NaSiB BaYi KHinZir...

 
Petikan dari internet:

Kejadian seekor khinzir melahirkan anak yang memiliki tubuh separuh manusia menggemparkan masyarakat antarabangsa terutama di kalangan doktor. Sebaik sahaja berita ini disebarkan secara meluas, ramai di kalangan doktor dari Amerika Syarikat dan Kanada dikejarkan ke bekas negara Soviet Union itu untuk memeriksa bayi lelaki yang memiliki tubuh separuh khinzir dan separuh manusia itu.



Anak khinzir yang dinamakan Alexander, seberat 3 kg dan mempunyai muncung serta rambut seperti bulu khinzir. Sepasang kakinya adalah normal dan tangannya menyerupai tangan binatang (kaki). Kajian baka menunjukkan bayi itu memiliki kromosom manusia dan khinzir. Dia mempunyai otak manusia dan adakala menangis seperti bayi normal tetapi ada kalanya dia mendengus seperti khinzir di dalam kandang.

Menurut laporan, anak khinzir itu dilahirkan hasil ujikaji genetik ganjil yang dijalankan oleh penternak khinzir, Yuri Tenchin yang menyuntik air mani manusia pada dua ekor khinzir. Ujikaji aneh yang dibuat enam bulan lalu itu berjaya membuatkan seekor khinzir melahirkan bayi khinzir perempuan tetapi mati ketika dilahirkan.

Menurut Tenchin, dia menjalankan ujikaji itu untuk membaiki baka mutu khinzir. Dia mahu menghasilkan spesis khinzir yang mampu menjaga diri mereka sendiri.

Ujian genetik ini menimbulkan kemarahan pemimpin agama kerana manusia tidak berhak campur tangan dalam urusan Tuhan.

Beberapa pakar dari Amerika dan Kanada bagaimanapun berpendapat kewujudan bayi khinzir itu mungkin berpunca daripada kesan radioaktif yang menyelaputi Ukraine selepas kejadian kebocoran kilang nuklear Chernobyl pada April 1986.

Menurut pakar radiasi, dia tidak fikir dalam apa cara kebetulan sekalipun ia boleh terjadi. Ini kerana Alexander dilahirkan di bandar Slavutich, 160km dari reaktor Chernobyl.

Adalah mustahil seekor khinzir boleh mengandungkan anak manusia. Alexander dilaporkan lebih gembira menjalani kehidupan sebagai seekor khinzir daripada seorang bayi. Dia gemar bergelumang dengan lumpur dan mengotori makanannya.

Cara dia makan tidak ubah seperti khinzir. Dia menghulurkan muncung kepada makanan sambil tangannya mencarik-carik meja.

* Hari ni hari pertama aku bekerja di Kem Lapangan Terbang Sungai Petani..rasanya agak best juga kerja kat sini..tugasan aku belum tahu lagi..samada sebagai jurulatih atau apa saja..tak kisahlah...yang penting tempat kerja baru aku ni dekat dengan rumah aku dan my family..bolehlah aku merancang sesuatu sebelum aku menamatkan perkhidmatan dalam ATM

abah tengah mencari maklumat pasal PR Manik Urai Tue 14-Jul-2009 12:10
Posted by:sindc
S/Sjn apa kabar? Mcm mana dengan keluarga di Malaysia? S/Sjn kat Kedah ke Pahang? Anyway... menjelang ramaddan yang akan datang saya ingin memohon maaf sekiranya ada yang tersinggung atau terkasa bahasa antara saya dengan keluarga S/Sjn. Semoga persahabatan kita berkekalan, Insyallah... Fri 7-Aug-2009 15:58
Posted by:Edd
waalaikum salam..sekarang ni sayaada kat Sg Petani, kak Yati masih kat KL..minggu depan kami pindah duduk rumah sendiri kat Nibong tebal..kami semua sihat..alhamdulillah..kami juga minta ampun dan maaf jika ada salahdan silap selama ini..insyaalah saya akan up date pengalaman saya pergi umrah selepas ini.. Mon 10-Aug-2009 05:05
Posted by:sindc
View all 8 comments Add comment


Thursday, 9-Jul-2009 09:05 Email | Share | | Bookmark
KaRAm SinGh WaLia .....AyAt PoWeR Bebbbbbbb!!!!!

 



1. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah

2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan

3. Tiada rotan, pelempang berguna juga

4. Biar lambat asalkan tak cepat

5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi

6. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula

7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar

8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock

9. Secupak takkan jadi 18 cupak

10. Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati meninggalkan kulit,
manusia mati meninggal dunia

11. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut.

12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap

13. Alang-alang mandi biar guna sabun

14. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras

15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun

16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang... bisu

17. Hidup segan mati di tanam

18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa

19. Lembu punya susu cap teko dapat nama

20. Sehari selambar benang lama-lama benang habis

21. Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau nak ngail
di laut (beli la pukat tunda lagi baik)

22. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa

23. Membujur lalu melintang pukang

24. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik
hari tak hujan

25. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut

26. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili

27. Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh belah


*** esok hari terakhir aku kerja kat SB..mulai minggu depan aku akan mula bekerja di SP..

Care to comment?


Tuesday, 7-Jul-2009 12:56 Email | Share | | Bookmark
ApA NaK JaDi PaDa DuNia Ni......

 
Ini cerita yang aku petik dari sebuah laman web mengenai orang Islam yang membela anjing..meloya tekak bila membacanya...sila buka laman web ini. www://.mykittun.com. korang bolehlah beri komen nasihat padanya..rasanya beliau dah tersasar jauh...

Dia telah membela 50 ekor anjing, menjadikan anjing sebahagian dari kehidupannya, membelanjakan banyak wang untuk mengimport anjing dari luar negara, membenarkan anjing menaiki kereta Mercedesnya; demi membela anjing, dia sanggup berpindah dari bandar ke kawasan terpencil. Tetapi setiap kali apabila dia membawa anjingnya keluar bersiar-siar, dia menarik perhatian ramai di kalangannya yang memandangnya aneh. Ini adalah kerana, dia orang Melayu. Tidak pantang, makin banyak anjing dibela



MKI (Peniaga, 37 tahun) walaupun beragama Islam, tetapi dia bukan sahaja tiada pantang terhadap anjing, malah kian hari kian banyak anjing dibela. Sungguhpun ada orang yang berpendapat bahawa orang Muslim tidak boleh membela anjing, bahkan ada orang yang terus memakinya online, hacker yang mencerobohi blognya, dia masih berharap untuk menyampaikan satu mesej melalui perlakuannya – iaitu menghormati setiap satu nyawa!

Tidak disebut membela anjing itu haram

“Sebenarnya dalam al-Quran tidak disebut bahawa orang Muslim tidak boleh membela anjing, anjing tidak dilihat sebagai najis, orang Muslim tidak ada pun larangan untuk membela anjing , orang Muslim di Arab Saudi dan negara China ada membela anjing, hanya disebabkan perbezaan antara mazhab-mazhab Islam, tambahan pula adat berlainan di Malaysia, ini menjadikan ramai tersalah sangka bahawa orang Islam tidak boleh membela anjing.” Ibubapa MKI telah mengajarnya sejak kecil untuk menghormati nyawa, tidak kira apa jenis makhluk pun ada nilai nyawanya, bahkan sejak kecil pun membenarkannya membela anjing. Oleh itu, pada pandangan MKI anjing merupakan kawan yang setia, dan akan selalu di sisi tuannya, tidak kira miskin atau kaya.

“Saya ingat satu kali saya pulang ke rumah pada pukul 2 pagi, anjing saya masih di depan pintu rumah menunggu kepulangan saya, saya terasa amat terharu…”

Walaupun ramai kawan Muslim enggan melangkah; kawan-kawan dan ahli keluarga menghormati hasratnya Beliau kata: “ada orang berpendapat perbuatan saya membela anjing adalah haram dalam Islam, saya tidak akan mendapat peliharaan malaikat, apabila mati saya tidak dapat masuk syurga. Berkaitan perkara ini saya telah pun meminta ajaran pengajar agama, beliau pun tidak dapat membuktikan al-Quran dan Sunnah ada menyebut tentang perkara ini.” “Saya tidak akan memaksa kawan-kawan menziarahi rumah saya, kerana saya menghormati pendirian mereka; sebaliknya kalau saya perlu mengurung anjing apabila mereka datang menziarahi, maaf, saya tidak akan berbuat demikian!”

Beli tanah untuk menunaikan hasrat membina “rumah haiwan”

Disebabkan pengajaran ibu bapanya dan minatnya sejak kecil, MKI amat sayang terhadap benda bernyawa di alam semulajadi. Oleh itu, pembinaan “rumah haiwan” selama ini merupakan matlamat yang dikejarnya penuh semangat. 6 tahun lalu dia berada di sesuatu tempat berdekatan kaki bukit Tanah Tinggi Genting di negeri Pahang dan membeli 2 ekar tanah, lalu menunaikan hasratnya yang bertahun-tahun lama. Di sini, binatang tersayang peliharaan MKI mempunyai ruang akitivi yang tidak terhad, jauh dari bisik-bisikan dan perbahasan, meneruskan kehidupan asli mereka dengan tenang.


Care to comment?


Wednesday, 1-Jul-2009 13:24 Email | Share | | Bookmark
HaRRy PoTTer - MalaySiA VersIon...

 
 
 
View all 6 photos...



















Best ni kalau betul-betul. Israel pun bleh kita tumbangkan..... he he he Thu 2-Jul-2009 06:05
Posted by:Mrs Att  - [Link]
creative Thu 2-Jul-2009 08:17
Posted by:1961  - [Link]
Syukur Alhamdulillah yang Taty sudah ditemui dan sudah pulang kerumah. Semoga dia sihat sejahtera! Salam untuk mereka sekeluarga dan untuk semua rakan2 lama dari DC. Kak Yam sentiasa mengingati anda sekelian. Tue 7-Jul-2009 22:15
Posted by:Mariam Becker (Kak Yam) putrijohor@yahoo.com
View all 4 comments Add comment


Saturday, 27-Jun-2009 00:31 Email | Share | | Bookmark
MinGGu YaNg SIbuK...

Minggu ni memang sibuk bebenar aku ni...pagi semalam aku balik PB petang patah balik ke KL bawa kedua mak dan mertua aku datang ke rumah..hari ni aku dan kedua orang tua aku ni kena pergi kursus umrah kat Hijjaz Legend....lepas tu esok aku hantar balik orang tua aku ke kampung dan kemudian patah balik...esok kerja...sibuk bebenar..tak sempat nak rehat..hujung bulan ni aku dah berlepas ke Mekah al Mukarramah..moga-moga tuhan beri kesihatan yang baik pada aku...

Walaubagaimanapun hari ni aku sertakan satu email yang diterima dari kawan yang aku rasa amat kelakar dan boleh dijadikan tauladan. Ia berkisar dari suray hamba Allah kepada Ust Akil Havy dalam bahasa Perak....
........................................................................................................................................

Assalamualaikum yop!

Teringat mase dulu mase deme jadi penyanyi lagu rock driyard dulu

yop.Best benor dengor lagu deme masa tuh.'Hanya ketenangan....' lebih
kurang begitulah lagu deme dulu. MAsa tuh seluor deme ketat yop.TAruh
botoi kat kaki pun tak celuih yop. Rambut jangan cakap ler,mata deme pun
haram nampak dibuatnyer. Baju pulak kalo takder baju 'earth shaker'
lambang matahari tu,tak rock yop betui tak?

Tup tup rock pun habis zaman gemilangnya termasuklah dengan deme
yop.Semua mat rock kampong BOTA tertanya-tanya mana pergi rocker-rocker
malaya dulu yea?Kroje apaler deme tuh kalau dah tak nyanyi.?Yelah
diorang tuh semua bukannya tak crodek,handei-handei gak diorang tuh.

Tup tup plak awak dengor nama deme keluor kat pentas ceramah yop.Ape ke
hei si akhil tuh dah berceramah plak.Dah tak nyanyi ker lagi? Deme plak
ceramah agama.Sejuk hati dengornyer yop deme dah jadi orang.Yelah kalo
benih yang baik campak kelaut jadi pulau yop.

Ceramah deme seronok dengornye.Cerita macam-macam,ngaji pun ada,nyanyi
pun ada dan juga politik pun ada.Berkat juga hidup deme dengan jadi
penceramah mengingatkan orang lain akan kebesaran Allah. Seronok tengok
deme dah jadi ostaz.Ostaz rock pulak tuh yop.Bukan senang rocker dah
jadi ostaz.Selalunyer ostaz yang tukar jadi rocker yop.

Tup tup yop deme lame dah tak ceramah kat masjid-masjid ataupun pentas
politik yop.Semua orang tertanya-tanya mane deme pergi ni.Dah kaye ker
gamaknye si akhil ni sampai haram nampak muke ni.

Tup tup deme masuk Astro yop.Ada rancangan sendiri plak tuh yop.Bangga
teman yop deme masuk TV.BUkan senang masuk TV yop.Teman lame dah ngidam
masuk TV.HAram dapat pun.kalau masuk TV sendiri selalu lah yop itupun
setakat YOUTUBE jer.Rakam dan tengok sendiri.Tentang deme masuk Astro
yop,teman tumpang sekaki gak yop.Kira deme berdakwah sampai kelangit
yop.Ngalahkan kapei trobang yop tingginye taraf deme.Murah dah rezeki
deme yer yop.

Tapi yop,bila teman terpikio masa dulu,rezeki ni ada dua jenis yop.Satu
rezeki Allah bagi pasal Allah sayang.Dua rezeki Allah bagi pasal Allah
benci yop.Harap deme bukan yang kedua ye yop.Bila Allah bagi rezeki atas
kerana sayang yop,Allah bagi rezeki tu dengan dugaan sekali yop.Dia nak
duga kita samada kita ni cakap berdegor-degor ni hebat benor ker kita ni
yop.NAsihat orang supaye jaga anak tuan-tuan supaya jangan sampah
masyarakat,tapi kat deme, deme ada nengok ker anak-anak deme yang 4orang
dari benih deme tuh yop.

Teman nengok comey anak-anak ustaz akhil hai.Apalah salah anak-anak tuh
abah tak balik-balik lama dah ni.Dengorkan cerita abah masuk Astro.Hebat
abah kita tapi yop itu semua Allah duga yop.BAru Allah bagi rezeki sikit
yop deme dah buat hei.Awak bukan kisah benor pun pasei deme dengan bini
deme yop.Itu awak paham yop.Lawo memang lawo tapi kite bukan nakkan
lawonye yop tapi kita nakkan baiknye yop betui tak?Lantaklah itu hey
deme.Tapi anak yop,awak tak tahan bab ini yop.Nak nangis pun ada
yop.Gamak deme ninggal anak-anak lama-lama yop?Kalu awak yop,seminggu
tak tengok muka anak-anak yop,rasa macam nak balik kejap-kejap tuh yop.

Yop akhil! Dugaan deme ni lebih pada Allah nak duga deme jer yop.KAte
orang kampong yop 'our kids not always looking the presents that we give
to them,but the present of us infront of them'.Apalah sangat pompuan tuh
yop.Seronok dengan pompuan ni yop paling kuat pun sejam jer yop.Lepaih
tuh deme pikir kelain dah yop.Isteri boleh tukor ganti yop.Itu deme
pandei-pandeilah yop.Tapi anak yop,tak same yop.Anak deme tetap anak
deme yop.Kesianlah kat anak-anak deme yop.Baliklah yop.Usaplah kepala
diorang yop.Dioarang rindu benor dengan deme yop.Diorang tuh kalau boleh
bior abah diorang tak kaya pun tak per yop.JAnji abah ada depan diorang
yop.Apalah salah diorang yop.

Masa deme pergi mahkamah hari tuh yop.Deme lenggang tangan jer
yop.Seronok benor nengok deme datang mahkamah.Tapi bini deme
yop,berangkut sampei 6 orang neman kan maknyer.Susah yop dokong anak
kecik ni.Lengoh tangan yop mendokongnyer.TApi deme datang lansung tak
peluk anak-anak deme tuh.Sedih benor rasa tengok deme macam tuh.

Deme kata deme berjuang atas jalan Allah tapi deme dah kona kelain awak
nengok.Udah-udah ler tu yop.Apalah sangat hebat deme menyanyi
terpekik-pekik konon nak bagi keinsafan pada orang lain.Apalah sangat
rambut deme yang konon rebounding tuh yop.Tu semua yop, DUNIA jer
yop.HAri ni hari deme yop,esok hari deme juge yop.Tapi lusa yop belum
tentu lagi yop.Seronok bercinta ni yop lain yop.Semuanya nafsu jer
yop.KAlu deme pikio balik,semua tuh buang duit jer yop.BUang mase dan
buang tebiat jer yop.

Teman nangis masa nulis ni yop.Kesian anak deme yop.MAkan ker atau
sekolah ker diorang hari ni yop.?Kes macam deme ni yop sama macam kes
kumpulan iklim tuh yop.Kesian anak-anak kat kampong diterengganu
tu.Apalah salah anak-anak sampai abah taknak balik?

Yop Akhil..udah-udahlah jadi artis tuh.Tak kemana perjuangan deme tuh
pun.NAbi Mohammad kalau dia tahu yang dengan menyanyi tuh boleh mengajak
orang mengesakan Allah,lama dah nabi buat dulu.Udah ler yop.Besorkan
anak-anak tuh lagi penting yop.Diorang tuhlah yang nak usung keranda
deme nanti yop.MAlaikat tak tanya pun berapa ramai yang masuk islam bila
dengor lagu deme tu yop.Tapi yop malaikat tanya apa peranan deme sebagai
ketua keluarga yang Allah sebagai tunjang deme yop.

Udah-udah ler tuh yop.Tak kesior teman nak dengor lagu deme yop.Bukan
dapat duit pun yop dengor lagu deme.LAgi kena keluor duit adalah yop.

YAng baik itu Allah dan yang buruk itu teman yop.




Husin, apakah ada berita terkini tentang Taty? Apakah sudah ditemui? Kami senantiasa mendoakan keselamatannya, Amin! Salam kasih untuk Yatie dan anak2. Tue 30-Jun-2009 21:55
Posted by:Mariam Becker (Kak Yam) putrijohor@yahoo.com
TQ atas keperihatinan Kak Yam..saya dimaklumkan oleh Ustaz Zaki melalui Abang Zali...Taty dikesan berada di rumah lelaki yang menculiknya di Tawau (kalau tak salah)..Bapa lelaki tersebut menalipon Abang Zali memaklumkan kedudukan anaknya...dia berhasrat akan menghantar Taty kembali ke Semenanjung dan minta jangan apa-apakan anak beliau..itu aje..doakan yang terbaik dari mereka..TQ Wed 1-Jul-2009 11:36
Posted by:sin
berita terkini: maklumat dari Kak Nab..Taty dah kembali ke rumah...berkat doa kawan-kawan semua.. Wed 1-Jul-2009 13:04
Posted by:sin
View all 5 comments Add comment


Monday, 22-Jun-2009 14:13 Email | Share | | Bookmark
bErDoa UntUk KesEjAhtEraaN KeluArGA KaK Rod/AbaNg ZaLi..

Di kesempatan ini marilah kita berdoa kepada Allah yang Maha Esa untuk mendoakan kesejahteraan dan keselamatan kepada keluarga ini serta melindungi anak mereka Taty yang ditimpa musibbah.. semoga doa kita akan dimakbulkan oleh yang Maha Esa..

Rentetan dari kehilangan yang Taty hampir 2 minggu ini jelas memberikan tamparan kepada keluarga ini..laporan kepada pihak berkuasa dan media masih belum dapat menyelesaikan masalah..Taty disyaki dilarikan oleh seorang lelaki dari Sabah dengan menggunakan ilmu hitam. Maklumat terkini dari pihak polis dan Imigresen menunjukkan Taty telah dibawa ke Tawau, Sabah. Sukar dipastikan niat lelaki ini namun hasil petunjuk dari alim ulama yang ditemui oleh keluarga ini menunjukkan penggunaan ilmu hitam adalah amat terbukti dan dipercayai didalangi oleh sendiket yang menculik anak gadis untuk dijadikan mangsa untuk mengembangkan kegiatan mereka..wallahuaklam...

Saya menyeru semua yang membaca FP ini agar melakukan ikhtiar yang terdaya untuk membantu menyelesaikan kes ini....Selemah-lemah ikhtiar kita adalah berdoa..marilah kita berusaha mengembalikan harapan pada keluarga ini agar sinar kembali menerangi mereka...

***** Kak Rod masih bercuti hingga kini manakala Abang Zali pula sibuk berusaha mengesan jejak walaupun ternyata amat sukar..pihak berkuasa pula dilihat terlalu perlahan bertindak walaupun petunjuk telah kelihatan...masyaalah...

mungkin mereka sekarang tengah sibuk di Manik Urai! Wed 24-Jun-2009 04:41
Posted by:zainal-watie
Kepada Radziah dan Zali, Kak Yam sungguh terkejut mendengarkan musibah yang menimpa Taty. Kak Yam berdoa sangat2 agar dia dapat ditemui dengan secepat mungkin dalam keadaan baik dan sihat sejahtera. Saya hanya dapat membayangkan penderitaan Radziah dan keluarga. Semoga Allah akan melindungi Radziah sekeluarga terutama saat ini, Taty, dari segala bahaya, bencana atau musibah. Insya'allah. Thu 25-Jun-2009 20:46
Posted by:Mariam Becker (Kak Yam) putrijohor@yahoo.com
Add comment


Monday, 22-Jun-2009 13:59 Email | Share | | Bookmark
LaIn di RanCaNg LaiN JaDInyA...

 
 
 
View all 6 photos...
Sepatutnya kami berkampung rumah Ustaz sebab nak jumpa Jay..tapi akhirnyanya Jay tak jadi datang ke KL..tapi tak mengapa..pesta makan tetap diteruskan dengan juadah yang tersedia..di samping tu sambutan hari bapa tak dilupakan...kebetulan En Berahim bawa kek..ahaaa!!! potong keklah kami














Lepas tu kami pergi melawat Kak Rod dan Paduka Jali yang ditimpa musibah...nanti aku akan ceritakan...lepas tu kami berkejar pula ke KLIA untuk hantar pengantin baru Lynn dan Yus kembali ke USA..nasib baik sempat....

Care to comment?


Wednesday, 17-Jun-2009 13:47 Email | Share | | Bookmark
KHABAR DARI PATTANI BERDARAH..AMBIL PERHATIAN

 
 
 
Assalamualaikum...

kepada ikhwah fieddin

di sini ana layangkan sebuah surat dari saudara kita di Pattani Thailand. BACA dan HAYATI!! inilah realiti yang harus kita hadapi!! bukan sebuah hukum yang utopis! Baca lah saudaraku!! rasakan penderitaan saudara kita!!

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam Revolusi,salam Merdeka
Kepada Bapak-bapak,Ibu-ibu,adik-adik ,pemuda,pemudi yang berjiwa nasionalisme sekalian



Lihat lah darah-darah yang mengalir di rumah Allah kenapa itu ? kenapa? Apa yang terjadi di rumah Allah itu? Apa yang terjadi sebenarnya di kampung Ai-Payae ini begitu banyak nya sakit dan mati adapun 10 orang meninggal dan yang sakit parah lebih kurang 13 orang.yang meninggal rumah sakit 1 orang, Teganya apakah ini pembuatan sesama manusia.Tentu bukan manusia yang membuatnya, walaupun ia dinamakan manusia ini pasti manusia yang tidak mempunyai hati yang nurani teganya mereka melakukan hal-hal kejam didalam rumah Allah begini.



Kepada Bapak-bapak, Ibu-ibu, adik-adik, pemuda, pemudi yang berjiwa nasionalisme sekalian

Lihatlah darah-darah itu, kenapa ini terjadi? Apakah punca penyebabnya?
Kalau kita kenangkan masa yang lampau “ Tragedi yang di timpa Tuan Haji Sulung atau yang dikenal dengan Ayah Long ” Meninggalnya tidak bernisan hanya tinggal isu jasadnya dibuang di luat inikah nasib pejuang demi kebenaran untuk umat Islam.



Pada hari ini lihat lah mayat-mayat yang berserakan itu, Apakah salah untuk beribadah dalam masjid untuk mencari kebenaran yang hakiki.Tetapi teganya mereka siram dengan mengunakan biji timah terhadap mereka yang tidak bersalah itu, Apakah kekuasaan yang dimilikinya bisa melakukan sesuka hatinya saja

Binatang sayang sama sejenisnya tetapi bisakah bilang orang –orang yang melakukan ini “Sebagai Binatang ” Tentu itu pantas.

5 tahun lalu masih diingatan yaitu Tragedi Masjid sejarah kresek dan pembataian umat Islam pada Bulan Mulia Ramadhon di Ta-ba (Takbai)
Apakah kita bisa terdiam hanya melihat kejadian-kejadian itu berlalu begitu saja tega melihat rumah kita dipijak-pijak begitu saja, Maukah dibilang sebagai pengecut dirumah kita sendiri
Kini….Sudah saatnya bukan waktunya hanya terdiam lena dan tesenyum manis dengan berjuta raynan dan tipuan orang-orang yang lain pegangannya lain yang kita sembah lain pula yang dia sembah sadarlah ! sadarlah!!

Kejadian di masjid Ai-Payae hari ini kalau kita bertanya kepada anak-anak berumur bawahan 10 tahun siapa yang melakukan dimasjid Ai-Payae?Anak-anak itu akan menjawab “ SIAM SIAM dan sudah pasti SIAM (Thai)

Sedih sayu melihat darah bersebaran dalam masjid, marilah kita catat dalam hati, Masjid kampong Ai-Payae menjadi bukti begitu kejamnya Siam (Thai) melakukan kepada kita, Siapa yang mengaku mempunyai darah Melayu Fathoni Darussalam yang menghirup oksijen dibumi Fathoni Darussalam, yang sedang membaca lembaran kertas ini azamkan diri masing-masing, Darah yang mengalir dalam masjid Ai-Payae itu adalah darah saudara-saudara kita saudara senasib dan sebangsa dengan kita.

Rasa ini bukanlah dendam yang harus disimpan tetapi ia harus terbalas dan segera dibalas atas pembuatan jahanam ini. Jangan biarkan darah Melayu mengalir begitu saja darah melayu tidak boleh dijual beli seenak-enaknya.
Ya…Allah Tambah kanlah mereka yang ditimpa musibah pada hari ini berikanlah kekuatan, kebenaran dan keadilan kepada mereka Ya…Allah Amin…Amin ya Robball-alamin.

Pemuda Fathoni
10 / 06 / 2009

sumber dari: http://harampatah.blogspot.com/



*****************************************************************************************

Owner:

Ya Allah... kejamnya perilaku kaum Kaffir tehadap saudara kami...
ya Allah.. binasakanlah kaum Kuffar!
ya Allah... binasakanlah kaum Kuffar!
ya Allah... binasakanlah kaum Kuffar!

dengan darah-darah ini
sejuta muslim akan bangkit untuk membela
saudaraku!
pembelaan Allah pasti akan datang!!
pasti!!

Diposkan oleh Muhibbul_syaheed di 01:34
Label: News ala Jundullah


Care to comment?


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.